Bab 45

395 11 0
                                    

Fiona gelak jahat sambil mengedit gambar Aayan bersama motor jejaka itu. Stiker kasut merah jambu di tampal pada kasut Aayan di dalam gambar suaminya.

"Nak letak apa lagi eh," Fiona meletakkan sayap rama-rama pada gambar Aayan.

Sesekali dia memandang wajah Aayan yang sedang lena tidur di sebelahnya itu dengan senyuman penuh makna. Aayan terlalu penat semalam, tidur pun selepas subuh.

"Ni mesti cute!" stiker hello kitty diletakkan di atas motor Aayan dalam gambar itu.

"Semua yang ada-ada pada diriku, membuat aku-ku-aku jatuh cinta!" Fiona menyanyikan lagu 'Pencuri Hati' yang dinyanyikan oleh Ayda Jebat sambil meletakkan stiker Barbie pada motor Aayan.

"Come on baby say you love me! Love me say you love me!" sesekali Fiona mencuit pipi Aayan. Lembut sangat!

Gambar itu kemudian Fiona menghantarnya pada story Instagram Aayan berserta lagu Pencuri Hati dengan ketawa jahat. Balik lah lambat lagi lepas ni!

"Alala lawa nya princess ni! Kalah saing kita!" kata Fiona sambil zoom gambar Aayan yang telah di edit.

Aayan terbangun dari tidurnya dengan tiba-tiba. Dia terkejut kerana mengalami mimpi ngeri tentang Fiona mengedit gambarnya serba serbi berwarna merah jambu.

Kepala ditoleh ke sebelah kanan. Fiona sedang asyik melihat komputer riba miliknya.

"Hai, good morning!"

Aayan menghembus nafas lega sebelum membuka iPhonenya. Berdesup notifikasi masuk daripada Instagram. Aayan menelan air liur kelat.

"Bro, demam ke ni?"

"Alright tak alright? Ke bini pegang phone?"

Aayan melihat banyak mesej masuk daripada rakan-rakannya. Terus kian membulat matanya.

"Handsomenya suami kita!" kata Fiona yang sedang melihat komputer riba Aayan. Aayan terus merampas komputer itu dengan satu tangan. Muncullah wajah kesayangan Fiona dan para-para wanita, Cha Eun Woo.

"Gambar ni, siapa edit?" soal Aayan masih menahan sabar. Gambarnya ditunjuk kepada Fiona.

"Tak tahu! Pulang kan balik Eunu kita!"

"Tak. Boleh. Bagitahu sekarang siapa yang buat,"Aayan masih lagi menahan sabar.

"Tak tahu, tak tahu, tak tahu!" Fiona cuba mencapai komputer riba itu daripada Aayan. Cha Eun Woo kesayangan dia tu!

"Kalau macam tu, tak ada Cha Eun Woo," Aayan menutup skrin komputer riba itu sebelum dicampak ke tepi.

"Aaa! Bagi lah balik!" rengek Fiona sambil menghentak-hentak kaki. Badan Aayan digoyangkan dengan kuat namun sedikit pun tidak beranjak.

"Siapa. Yang. Edit?"

"Ish, ye lah! Liya yang edit, kenapa? Comel kan?" Fiona mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Damn, I can't stay mad at you."

Aayan mencebik sebelum melekapkan mukanya kepada bantal. Bantal itu dipeluk dengan erat.

"Lah merajuk ke? Woi bangun, tak gentle la bro!" Fiona mengusutkan rambut milik Aayan.

Aayan hanya diam.

"Pergi lah dekat Eunu tu! Pergi!"

"Hek eleh, itu pun nak merajuk. Mengada!"

"Oh, kalau sayang merajuk boleh pulak?" Aayan mengangkat mukanya memandang tepat ke arah mata Fiona.

"Perempuan semua betul, lelaki semua salah! Faham?" Fiona merapatkan wajah antara mereka. Matanya dikecilkan memandang anak mata biru itu.

Aayan geleng laju.

Kedua-duanya hanya diam dengan lama sambil berpeluk tubuh.

"Ish, ye lah! Nak apa? Cuba straight forward," akhirnya Fiona mengalah buat pertama kalinya. Hmh! Jatuh market.

Aayan tersenyum nakal sebelum berbisik kepada telinga Fiona.


Amsyar berjalan keluar daripada sekolah itu bersebelahan dengan Aaira. Makin laju langkah Aaira, makin laju juga langkah Amsyar berjalan di sebelah gadis itu.

Mereka berdua ingin pergi ke destinasi yang sama, tempat parkir motor. Kebetulan, Amsyar juga memakirkan motornya bersebelahan dengan motor Aaira. Eh, ye ke kebetulan?

"Ish, bagi lah!" marah Aaira apabila Amsyar merampas kunci motornya. Orang nak balik ni!

Amsyar menggeleng perlahan dengan senyuman sinis di bibir.

Aaira berpeluk tubuh sebelum bibirnya terukir senyuman sinis. Sebelah tangannya mengangkat kunci motor Amsyar pula.

Terus membulat mata Amsyar.

"How?" soal Amsyar separa menjerit.

"Too slow." kata Aaira sebelum mencampak kunci motor jejaka itu.

"Kau buat apa dekat sini? Bukan kau dah dapat result ke?" soal Aaira dingin sebelum menghidupkan enjin motornya.

"Nak jumpa kau."

Terjungkit sebelah kening Aaira.

"Aku dah dapat result SPM, minggu depan aku sambung belajar dekat Itali."

Aaira mengangguk perlahan. Riak wajah cuba dikawal.

Amsyar tersenyum manis. Bukan selalu dia senyum pada gadis itu dengan ikhlas.

"I wish I can spend more time with you," kata Amsyar sambil menghidupkan enjin motornya.

'Me too'

"It's crazy the fact that everyday you just keep looking better and better in my eyes. See you again Aaira Luthfia, tunggu aku."


Kereta diberhentikan di hadapan sebuah rumah kayu yang berada di kawasan pedalaman kampung. Aayan membuka pintu penumpang untuk Fiona.

"Rumah siapa ni?" soal Fiona pelik memandang seluruh bahagian rumah bersaiz sederhana itu.

"Tak tahu, mama dengan mummy suruh kita honeymoon dekat sini," jawab Aayan seraya membuka kaca mata hitam miliknya. Tangan dimasukkan ke dalam poket.

"Ha? Dekat sini? Gila ke honeymoon dekat kampung?" soal Fiona separa menjerit. Aayan menutup telinganya kerana terasa bingit.

"Tak tahu, abang ikut je tak tahu pulak dekat sini."

"Ah tak ada, jom balik!" Fiona yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta Aayan tiba-tiba kereta itu bergerak dengan sendiri.

"Eh! Nak pergi mana woi!"

"Sorry, mama Aliya suruh aku ambik kereta Aayan bawak balik. Dia paksa korang stay sini lima hari, kalau tak dia sendiri datang tibai korang!" kata Qalish sambil mengeluarkan kepalanya daripada tingkap kereta itu.

"Anjing! Kau bagi balik kereta aku!" Aayan merapati keretanya namun serta merta Qalish menekan pedal minyak lalu berlalu pergi.

"Abang lah ni! Yang tak mati kan enjin kereta tu kenapa?" Fiona menghentakkan kakinya dengan kuat. Agaknya boleh roboh rumah dihadapan mereka itu.

Aayan mengurut pelipisnya perlahan. Kereta sudah lah tiada, Fiona pula hampir menjadi hulk.

"Kita nak naik apa ni kalau pergi kedai."

Tiba-tiba sahaja Aayan dapat panggilan telefon daripada Qalish. Apa lagi anjing ni nak.

"Belakang rumah tu ada motor ex5, kalau nak transport naik lah motor tu hihi," belum sempat Aayan jawab Qalish telah mematikan panggilan.

Aayan mengeluh perlahan. Nampak gayanya dia perlu duduk di rumah itu selama lima hari. Langkah perlahan-lahan mendekati Fiona untuk memujuk wanita itu.

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now