Pipi mulus milik Fiona diusap dengan lembut. Sesekali mata birunya hanya memandang wajah yang sungguh cantik itu. Perlahan-lahan bibir merah jambunya di sebalik pelitup muka mengukir senyuman nipis.
"What a pity your life. Miserable enough after marrying Aayan," mata biru itu berkata sebelum mengusap lagi sekali wajah Fiona yang sedang koma.
"If you touch her its like you touch me," keras Aayan bersuara perlahan.
"Hey hero, welcome back." Aaron mengangkat kedua-dua belah tangannya seolah mengalah setelah melihat tangan kiri Aayan memegang pisau kecil.
"Back off," anak mata berwarna biru Aayan menikam anak mata biru Aaron.
"Whoa whoa relax. Aku datang cuma nak melawat," bisik Aaron perlahan dengan senyuman cukup sinis di balik pelitup mukanya.
Aaron kemudian tertawa kecil. Tangannya naik sekali lagi untuk mengusap wajah Fiona namun ditepis kuat oleh Aayan. Aayan terus mengunci badan Aaron.
"I wonder who you are behind this mask," pantas Aayan menarik pelitup muka dan topi yang dipakai Aaron serentak.
Wajah Aaron yang tersenyum sinis menghiasi kornea matanya. Membulat mata Aayan melihat wajah itu, sangat serupa dengannya.
"Who are you?" Disebabkan refleks terkejut, Aayan tercampak badan Aaron sehingga belakang badan jejaka itu terhentak pada dinding.
"Abang kau."
Aaron bangun seraya meregangkan sedikit badannya yang terasa sakit itu.
"Lebih baik kau tanya bapak kau mana perginya mak kandung kau," kata Aaron dengan senyuman sinis di bibir sebelum membuka pintu wad Fiona.
Langkah Aaron terhenti apabila tubuh Qalish berada di hadapan wad itu. Kopi di tangan terus terjatuh apabila melihat dua Aayan di hadapannya.
"Mana satu Aayan?" Qalish bersedia memegang sepucuk pistol di belakang seluarnya.
"Aku."
"Aku."
"Kau jangan nak menipu lah anjing," Aayan menarik kolar baju Aaron namun Aaron telah mencekik leher Aayan terlebih dahulu.
"Whoa whoa relax guys." Qalish menghalakan muncung pistol itu ke arah Aaron dan Aayan silih berganti.
"Kau nak tembak aku?" Soal Aaron dan Aayan serentak membuatkan Qalish memegang kepalanya.
"Betul-betul lah! Mana satu Aayan yang original?"
Aaron terus melepaskan cengkamannya pada leher Aayan sebelum tertawa kecil lalu melangkah keluar dari wad itu.
"It was fun to play with you guys. See ya next time," Aaron melangkah keluar daripada wad itu dengan melambai ke arah dua jejaka yang masih terpinga-pinga itu.
"Ni Aayan ke?" Qalish menilik lama muka Aayan.
"Kau nak kena sekeh ke? Tengok muka aku betul-betul," sememangnya wajah Aaron dan Aayan serupa tetapi Aayan mempunyai parut di keningnya.
Aayan melangkah masuk ke dalam syarikat bapanya dengan wajah mendatar. Semua staf di dalam bangunan itu hanya diam memandang susuk tubuh tinggi itu berjalan.
Sombong. Aayan sendiri bercakap bahawa dia tidak akan sesekali pun mengambil alih syarikat bapanya itu namun mengapa dia menunjuk muka di situ?
"Masuk." Dato Luqman berkata apabila mendengar ketukan daripada pintu pejabatnya. Muncullah wajah anak lelakinya di situ.
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomantizmCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...