Bab 44

382 10 0
                                    

Perlahan-lahan matanya dibuka. Wajah Fiona terserlah di kornea mata birunya. Mata dicelik beberapa kali sebelum menggosok.

"Bidadari mana ni?" soal Aayan masih mamai. Adakah dia sudah mati semalam?

"Bidadari bapak lu!" Fiona menampar kuat pipi Aayan supaya tersedar dari mamai. Aayan mengerutkan dahinya.

"Oh, dah tak sayang nyawa ke? Nasib semalam abang Azeem hantar abang balik rumah. Kalau tak jadi janda lah Liya lepas ni, janda hot!"

Fiona... Fiona... kalau jadi janda hot betul-betul agaknya apa jadi eh?

Fiona meletakkan kepalanya di atas dada bidang Aayan. Dapat dia merasakan degupan jantung suaminya. Fiona memejamkan matanya rapat, abangnya telah menceritakan tentang misi mereka semalam. Apakah akan terjadi dengan hidupnya jika Aayan tidak terselamat?

"I cannot imagine my life without you, you mean the world to me abang," kata Fiona lembut seraya memeluk badan suaminya. Aayan mengucup perlahan dahi isterinya.

"Shh. Calm down sayang."

"I didn't mean to left you, you have my words cinta," bisik Aayan perlahan.

Fiona menayangkan wajah jengkel. Geli! Kita je boleh sweet, dia tak boleh!

"Kenapa buat muka macam tu?"

"Bangun lah woi! Kita ada training skating kejap lagi, lupa ke?" Fiona menepuk kuat badan suaminya.

Aayan meraup mukanya. Dia hampir saja terlupa tentang itu. Malas-malas tubuhnya bangun daripada katil.



"Woi kenapa datang sekolah? Kau belum sihat sepenuhnya kan?" soal Amsyar mendatar apabila wajah Aaira menghiasi pandangannya.

"Suka hati aku lah," jawab Aaira sebelum menjeling Amsyar. Benci! Sewaktu gadis itu duduk di rumah keluarga Amsyar, jejaka itu asyik mengusiknya sahaja.

"Sakit-sakit pun rajin datang sekolah. Kenapa? Ada kekasih hati ke?" sengaja Amsyar menekankan perkataan kekasih hati.

Aaira mengerutkan keningnya. Apahal?

"Ish, diam lah," jawab Aaira sambil memasukkan bukunya ke dalam loker. Kening Amsyar terangkat sedikit.

"Tak nak." Amsyar merangkap Aaira pada locker gadis itu. Tangan kiri dan kanan Amsyar betul-betul telah menghalang laluan Aaira.

Amsyar diam. Tanpa menunggu lama, Aaira terus mengangkat tangannya untuk memukul bahu Amsyar kuat. Pantas Amsyar melepaskan tangannya. Badan kecil tapi berbisa!

"Ouch!"

"Padan muka."

"Muka kau ada kesan lebam lagi, kenapa degil sangat pergi sekolah," kata Amsyar seraya mengekor langkah Aaira. Aaira hanya diam sehinggalah dia terlanggar bahu seseorang.

Sebelum Aaira terjatuh, Amsyar sempat menangkap tubuh kecil itu.

"Aaira?" kata Tengku Aidan bagi mendapat kepastian.

Aaira terkilan. Dalam banyak-banyak orang kenapa mesti Tengku Aidan yang dilanggar olehnya?

"Aaira, aku mintak maaf sangat-sangat.." sebelum sempat Tengku Aidan menghabiskan ayatnya Aaira telah melangkah pergi diikuti Amsyar.

"Aaira! Tolong dengar penjelasan aku! Please!" Tengku Aidan menarik pergelangan tangan Aaira. Amsyar pantas menepis tangan jejaka itu.

Tengku Aidan memandang Amsyar dan Aaira silih berganti. Beberapa hari yang lepas, Qamelia telah mengajaknya untuk berputus.

Air mata telah bertakung di tubir mata Aaira.

"Aaira, please! Listen to me!"

"Stop it."

"Aaira, Listen first! I didn't mean it!"

"Enough."

"Aaira, ini semua salah faham saja.. tolong lah please accept me back, aku tahu kau perlu kan aku untuk teman kau, kau takut keseorangan kan? Aku mintak maaf sangat-sangat sebab dah sakit kan hati kau."

"Enough! I dont want to hear you anymore! I don't want to see your freaking face! Don't act like you know my pain!"

Terjungkit sebelah kening Amsyar. Tangannya dimasukkan ke dalam poket. Tengku Aidan pula telah menelan air liurnya kelat.

"If you hate to see my face, I'm leaving now."

Apabila Tengku Aidan telah hilang dari pandangan, terus air mata Aaira mengalir keluar dengan deras. Amsyar hanya menghulur sehelai tisu kepada gadis itu sebelum memujuknya.


"Hai Tyara!" tegur Harraz apabila Tyara lalu dihadapannya. Seawal tujuh pagi lagi Harraz telah menunggu Tyara di hadapan rumah wanita itu. Padahal nak keluarnya tengah hari!

Mengapa Harraz menunggu Tyara di hadapan rumah wanita itu? Kerana Harraz sering desak Tyara untuk keluar bersama-sama dan akhirnya Tyara terpaksa menerima untuk keluar makan kerana Harraz terlampau bising!

Tyara menjeling Harraz tajam sebelum melangkah masuk ke dalam kereta mewah jejaka itu.

"Kita nak makan dekat mana?" soal Tyara mendatar. Pandangan dibuang ke luar tingkap sambil memeluk tubuh.

"Ikut je lah."

Tyara menjeling tajam Harraz yang berada di sebelahnya.

"Kenapa jeling-jeling? Kalau nak tenung tu tenung je lah, tak apa untuk you semua I boleh bagi," kata Harraz dengan senyuman nakal di bibir. Tyara menjulingkan matanya ke atas, benci!

"Kenapa you susah sangat nak terima I? Apa yang tak cukup dekat diri I, cuba cakap."

"I ada trust issue dengan lelaki. Andai kata I dengan you, kalau you curang macam mana?" kata Tyara tanpa memandang Harraz.

"Me? Cheating on you?"

Harraz tertawa kecil.

"Im too red flag for others, sayang."

Terus menaik bulu roma Tyara. Air liur ditelan kelat, riak muka cuba dikawal.

"Diam lah."

"Accept me and I show you how good it feels to date a red flag that only behaves well for you, sweetheart."

"Ain't no way."

"I can buy everything for you. Literally everything."

Tyara tertawa kecil, wajah Harraz sempat dikerling sekilas.

"You can buy everything but you can't buy love."


Fiona sedaya upaya mencuba untuk menyempurnakan langkah kegemarannya iaitu triple axel. Sudah lama dia tidak mencuba gerakan itu sejak sibuk dengan pelbagai cabaran yang dihadapi.

Aayan menghulurkan tangannya supaya Fiona menyambutnya. Fiona menyambut tangan Aayan, tangan jejaka itu dipegang erat.

"Trust me." bisik Aayan perlahan.

Aayan memegang tangan Fiona sebelum berputar dengan laju. Selepas habis berputar, Aayan melepaskan tangan Fiona sebelum mereka membuat gerakan backward crossrols.

Fiona membuat gerakan layback spin dengan laju manakala Aayan hanya melihat isterinya dengan senyuman nipis di bibir. Fiona berasa sangat gembira apabila memijak tapak ais, ianya ibarat seperti separuh nyawanya dan Aayan sebagai suami perlu menyokong minat Fiona.

"Look, I have a new trick," Aayan menunduk memegang lengan kiri dan kaki kiri Fiona erat.

Terus membulat mata Fiona.

"Trust me." Aayan kemudian berputar dengan laju sambil memegang lengan kiri dan kaki kiri Fiona.

Fiona terkejut dengan gerakan jejaka itu kerana semakin laju Aayan berputar, semakin kuat Aayan perlu memegang lengan dan kakinya.

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now