Bab 27

455 13 0
                                    

Masjid Al-Mu'Min

Dengan sekali lafaz, Fiona Auliya telah sah menjadi isteri kepada Aayan Hariez Luth di masjid Al-Mu'nin iaitu masjid milik keluarga Aayanz. Disebabkan majlis akad nikah itu dibuat secara tertutup jadi, keluarga dan kawan terdekat sahaja yang di jemput hadir.

                  Fiona menghulur tisu kepada rakannya, Tyara. Dia yang nikah tapi kawan sebelah yang nangis, drama betul!

                   "Weh, kau dah sah jadi isteri orang," kata Tyara sambil menyeka air matanya.

                   "Jangan lah nangis, nanti rosak make up kau," pujuk Fiona sambil mengusap ngusap belakang Tyara.

                    "Kenapa tiba-tiba kau agree nak kahwin dengan Aayan? Aku speechless betul," soal Tyara masih lagi menyeka air matanya.

                     Fiona kemudian menunduk, tidak tahu mahu jawab apa sedangkan dia tiada perasaan pun dengan jejaka itu tetapi demi permintaan orang tua dia sanggup berkahwin, walaupun hati masih sayang akan arwah Ameer.

                     Aayan pula tiba-tiba sahaja datang merisik, tiada angin tiada ribut. Padahal mereka tidak pernah menyimpan perasaan sesama sendiri.

                     "Laki kau datang sini, " Tyara mencuit bahu Fiona.

                      Fiona mengangkat kepalanya memandang ke arah Aayan yang sedang menuju ke arahnya. Aayan terus duduk di sebelah Fiona kemudian menyarung cincin buat si isteri lalu mengucup dahi si isteri buat beberapa saat supaya kamera sempat menangkap gambar.

                    "Shaking huh?" bisik Aayan lembut di telinga Fiona. Hanya dia sahaja yang dengar.

              Fiona kemudian menyalam tangan Aayan, tangan suami dicium lama supaya kamera sempat menangkap gambar.

"Cantik nya isteri aku ni," puji Aayan lembut. Fiona hanya tersenyum nipis.

"Tak sangka abang aku dah jadi suami orang," kata Aaira sambil menyeka air matanya yang deras mengalir.

  "Kakak aku pun dah jadi isteri orang tapi tak adalah sampai nak nangis teruk macam ni," kata Amsyar yang berada di sebelah Aaira sambil memeluk tubuh.

"Siapa yang kahwin, kau ke abang kau sampai over sangat nangis ni," tambah Amsyar lagi.

Aaira mengangkat wajahnya kemudian memandang ke arah jejaka kacak itu. Jejaka itu sangat kacak dengan berpakaian baju melayu putih. Namun, Aaira tetap menjelingnya tajam.

                   Setelah sesi akad nikah pada pagi itu, semua terus balik ke bilik hotel masing-masing untuk berehat kerana malam pula majlis persandingan jadi semua ahli keluarga diminta berehat dahulu di bilik yang keluarga pengantin sudah tanggung kosnya.

                "Alahai, cantik betul member aku ni," tegur Tyara yang sedang duduk di atas katil bilik hotel Fiona. Aaira dan Qamelia juga turut berada di situ.

Sebentar sahaja lagi, jam tepat menunjukkan pukul 8 malam majlis persandingan akan bermula. Ramai yang dijemput hadir seperti ahli keluarga, kawan-kawan dan business partner.

"Akak, make up kan kawan saya ni lawa-lawa tau!" sempat Tyara pesan pada jurumekap Fiona. Sempat jurumekap itu tergelak kecil.

"Iya, malam ni cik Fiona mesti nampak lain dari yang lain! Apa omputeh cakap? Ha gojes!" Semua yang berada di dalam bilik itu hanya melepaskan tawa apabila mendengarnya.

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now