Bab 41

392 10 0
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar telah tiba. Di mana hari konvokesyen dilangsungkan pada hari ini. Semua pelajar berpakaian kemas dan segak sekali!

Tidak lupa pasangan suami isteri, Aayan dan Fiona telah merancang untuk memakai baju berwarna biru gelap untuk istiadat itu.

"Eh sama lah!" kata Fiona teruja apabila melihat Aayan menyarung selempang berwarna merah jambu sepertinya. Kedua-dua pasangan itu telah berjaya mendapat selempang merah jambu.

"You did well, sweety," kata Aayan sebelum membetulkan jubah yang dipakai Fiona.

Tyara yang berada di belakang mereka terus menunduk sambil menayangkan wajah jengkel. Pura-pura tak nampak!

"Tak boleh cantik sangat, nanti ada orang tergoda tengok isteri abang," kata Aayan dengan tangan masih ligat membetulkan jubah Fiona.

Fiona tertawa kecil sebelum mengalihkan pandangannya pada Tyara yang sedang menayangkan wajah jengkel.

"Tak apa, aku dah biasa struggle sorang," kata Tyara dengan tangan masih ligat merapikan jubahnya.

"Siapa suruh tak cari suami," sengaja Aayan bersuara.

Fiona tertawa kecil sebelum menolak tangan Aayan daripada merapikan jubahnya. Fiona terus pergi membetulkan jubah milik Tyara.

"Alalala kesian dia ye," tangan Fiona masih ligat merapikan jubah Tyara.

Disebabkan nama Aayan merupakan nama paling awal, dia perlu beratur dahulu di bahagian hadapan manakala Fiona di tengah-tengah.




"Tyara!" jerit Harraz dengan sejambak bunga di tangan. Sesi menerima skrol telah pun berlalu.

Tyara menjulingkan matanya ke atas. Tak serik-serik!

"Nah bunga untuk you! Congrats! So.. you accept I tak?" Harraz menghulur sejambak bunga kepada wanita itu dengan senyuman manis.

"Sebernanya macam ni tau, I langsung tak ada perasaan dekat you. I reply chat you pun sebab kesian aje so please leave me alone," kata Tyara sebelum mengurut pelipisnya. Stres!

Wanita itu sudah penat dengan kehadiran jejaka itu yang sering mengganggunya. Tyara hanya mahu fokus kepada pembelajaran bukan percintaan.

"Tengok atas," Harraz menunding jarinya ke langit. Semua mata tertumpu pada helikopter berterbangan di udara dengan membawa banner yang tertulis 'Congrats Tyara!'.

Terus membulat mata Tyara melihatnya apatah lagi ramai orang sudah mengeluarkan telefon untuk menangkap gambar.

"What? Are you crazy?" soal Tyara separa menjerit.

"Crazy over you."

"I layan you as a friend je, tak lebih pun. You pula yang perasan kenapa? Dah la. Mail makan tanghulu, I cau lu," terus Tyara melangkah kakinya untuk meninggalkan jejaka itu.

"You mesti in love gila dengan I kan? Siap belanja pantun lagi," Harraz menyaingi langkah Tyara. Sejambak bunganya dihulurkan kepada wanita itu.

"Please, at least take this."

Tyara mengeluh perlahan sebelum menyambut huluran Harraz.

"Aku hantar kau masuk universiti swasta suruh kau belajar bukan bercinta," tegur Datin Tyana setelah Harraz melangkah pergi.

"Tyara tak bercinta umi! Dia tu kawan aje," jawab Tyara sebelum memejamkan matanya rapat. Inilah perangai uminya!

"Kawan apa nya sampai sanggup bayar helikopter semata nak wish dekat kau?"

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now