Fiona menangis teresak esak di tepi katil hospital milik Ameer yang sedang tidak sedarkan diri. Ameer baru sahaja keluar daripada wad kecemasan. Ameer juga turut berada dalam zon merah.
Ameer hanya boleh bernafas dengan bantuan pernafasan sahaja, dengupan jantungnya juga lemah. Penuh tiub dan wayar dipasang pada badan tegapnya.
"What happened to him?" soal Fiona kepada salah seorang anak buah Ameer yang sentiasa berada di sisi Ameer di hospital.
"He got shot in the stomach with two shots. After being shots, he got hit in the head with baseball bat three times. Lepastu kena langgar dengan lori," terang Alan dengan terperinci. Fiona terlopong mendengarnya. Dia menggigil.
"What?! Does his family know bout this?" Fiona menyoal Alan lagi. Hatinya berdegup dengan pantas. Dia terasa seperti ingin pengsan apabila melihat Ameer sebegitu.
"Yep. But unfortunately his family could't come to Malaysia, maybe tomorrow we transfer him to US," Alan turut bersedih kerana dia gagal melindungi ketua nya sendiri. Fiona hanya menangis teresak esak di tepi katil itu.
"Dah malam ni pergi lah balik, rest. Ameer mesti tak suka tengok you nangis macam ni," kata Alan lembut kepada Fiona dengan pelat melayu nya.
"Tapi.. Ameer macam ma-"
"I kan ada. You pergi lah rest. I tengok TV tadi nampak you menang. Congrats," ujar Alan lembut. Dia juga menyaksikan pertandingan Fiona dalam televisyen.
"I balik dulu. Anything just call me," kata Fiona kepada Alan. Alan hanya mengangguk.
Driver keluarga Fiona telah terlebih dahulu menunggu Fiona di hadapan hospital. Fiona terus masuk ke dalam kereta tersebut kemudian dihantar balik ke rumah.
Sampai di rumah, Fiona diserang oleh banyak soalan daripada keluarganya. Mereka juga risau dengan keadaan Ameer.
"Ameer macam mana?" soal abang Fiona iaitu Fathif Azeem yang juga baru pulang dari tempat kerja. Fiona terus duduk di sofa bersebalahan dengan abangnya kemudian nangis.
"Dia bernafas pakai bantuan pernafasan je. Degupan jantung dia pun lemah," kata Fiona dengan air mata yang mengalir. Azeem terus menarik kepala si adik untuk diletakkan di atas bahunya.
"Shh. Jangan nangis. Adik kena sentiasa doa kepada yang satu. Kalau adik nangis, tangisan adik tak dapat bantu Ameer pun," ujar Azeem lembut. Dia mengusap lembut tangan adiknya.
"Adik kena kuat, kalau adik lemah mesti Ameer pun lemah," sambung Azeem lagi.
"Adik?" Fiona telah lena tertidur di bahu Azeem. Azeem hanya senyum nipis kemudian membawa adiknya kebilik kemudian menyelimutkan adik kesayangannya.
Fiona terbangun dari tidurnya pada pukul sembilan pagi dia terkejut apabila melihat telefonnya terdapat banyak missed calls daripada unknown number. Terus tangan menekan untuk mendail semula nombor itu.
"Helo?" soal Fiona.
"Hello. Kenapa you tak angkat call I. It was emergency," jawab Alan.
"Kenapa? Apa jadi? I baru bangun tidur," soal Fiona semula.
"I cakap ni you jangan terkejut. I harap you kuat," kata Alan.
"Noah. Dia dah tak ada." sambung Alan lagi. Noah merupakan nama sebenar Ameer.
"Noah passed away pukul 6 pagi tadi. I call you tapi tak dapat, kejap lagi Noah dah nak ditanamkan dekat tanah perkuburan islam. I dah share location," telefon di tangan Fiona terus terjatuh. Dia terduduk dan menggigil hebat. Matanya juga berair dek kerana sedih.
Kaki Fiona terus berlari melangkah turun ke tingkat bawah dengan mata yang berair. Dia melihat sekeliling rumah, kosong. Ibu bapanya dan abangnya kerja, adik lelakinya pula bersekolah.
Otak ligat memikir bagaimana hendak pergi ke tanah perkuburan. Nama Tyara ditekan, Fiona cuma berharap Tyara akan menjawab panggilan.
"Datang rumah aku sekarang, Ameer meninggal pagi tadi. Please Tyara aku harap kau boleh tolong aku," kata Fiona dengan menangis teresak esak.
"Okay okay. On the way," jawab Tyara.
"Fiona? Jangan letak telefon. Stay je call dengan aku, aku takut kau buat benda yang bukan bukan. Kalau kau nak nangis pun nangis jelah," Tyara sangat risau jika Fiona naik gila selepas mendapat berita itu. Dia berharap dia akan sempat membawa Fiona ke tanah perkuburan.
Setelah Ameer ditanam, semua ahli keluarga Ameer telah pun balik. Ahli keluarga Ameer hanya melihat dari tepi sahaja oleh kerana mereka bukan lah beragama Islam. Mereka tidak tahu proses pengebumian Ameer.
Fiona merenung lama ke arah batu nisan milik Ameer. Di situ tertulis nama milik Ameer iaitu Que Ameer Levine. Membacanya membuatkan hati Fiona berasa sedih. Alan dan Tyara pula setia menemani Fiona.
"Aku dah bagi kau warning, tapi kau degil. Aku cuma nak tolong kau je tapi tak tahu pulak kau ni lembab," tegur satu suara. Fiona menoleh ke arah si pemilik suara. Alan bersedia memegang pistolnya yang tersembunyi berada di belakangnya setelah melihat si pemilik suara.
"Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" marah Fiona. Dia berdiri merapati Aayan. Mata berwarna biru Aayan dipandang dengan rasa benci.
"Ego. Kau ingat aku nak sangat ke tolong kau? Im sure you'll be desperate to see me one day," kata Aayan perlahan tetapi kasar. Dia memandang ke arah Alan kemudian tersenyum sinis.
"Boss kau dah mampos, apa plan kau lagi lepasni? Boss kau tak nampak ke yang kekasih hati dia ni tengah berlawan nyawa dengan musuh dia?" soal Aayan kepada Alan. Alan terdiam.
"Kau tak payah sibuk masuk campur urusan orang," jawab Alan kemudian memandang ke arah Fiona dan Tyara silih berganti.
"Fiona? You boleh pergi dari sini tak? I ada benda nak cakap dengan jantan ni," kata Alan lembut kepada Fiona. Tyara yang mendengar pantas membawa Fiona ke keretanya. Takut untuk masuk campur.
"Aku nak kau kerja dengan aku, bagitahu siapa musuh korang. Kau tak kesian ke tengok girlfriend boss kau yang jadi mangsa?" soal Aayan dengan wajah bengis. Alan hanya menggenggam penumbuknya.
"Walau apa sekali pun, aku takkan khianat boss aku, lepasni aku akan berkhidmat dengan adik dia, dan kau orang yang Levine's akan singkirkan," kata Alan sambil tersenyum sinis.
"Aku tunggu."
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomanceCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...