Bab 37

371 12 0
                                    

"Macam mana dengan keadaan isteri Luth?" Soal Aayan cukup cemas. Tangannya menggigil hebat apabila dapat tahu isterinya berada di dalam zon merah. Pantas jejaka itu balik ke Malaysia dengan menggunakan private jet milik Harraz dan segera datang ke hospital milik keluarganya.

"Dia belum keluar lagi," jawab Dato Furqan sambil mengusap belakang isterinya, Datin Aliya yang sedang menangis teresak-esak itu.

"Anak kita bang."

Aayan menggenggam erat penumbuknya, jika dia ikut isterinya balik ke Malaysia keadaan seperti ini tak akan terjadi, benda yang paling dia takut sekali sudah terjadi.

Semuanya salah dia. Aayan cukup menyalahkan dirinya atas kejadian yang telah berlaku sekarang. Rambutnya yang serabai itu diraup kebelakang kasar.

Akhirnya pintu bilik bedah itu dibuka dari dalam, muncullah susuk tubuh Kak Amanda dengan berpakaian kot doktor keluar dari bilik itu. Ya, Kak Amanda merupakan seorang doktor yang berpelajaran tinggi.

"Macam mana dengan keadaan isteri Luth?" Soal Aayan cemas apabila melihat muka Kak Amanda serius.

"Pesakit tercampak keluar dari bahagian cermin hadapan kereta menyebabkan banyak serpihan kaca pada badan pesakit dan apabila pesakit mendarat pada jalan tar menyebabkan pesakit dapat hentakan yang kuat," Aayan memejamkan matanya apabila mendengar penerangan Kak Amanda.

"Pendarahan pada kepala pesakit sangat banyak, jika kami terlambat berhentikan pendarahan itu mungkin akan jadi lebih teruk."

"Kesimpulannya, Liya koma dan leher patah. Peluang untuk dia hidup hanya 50 persen," kata Kak Amanda sebelum dia menunduk. Aayan yang mendengar terus membulatkan matanya. Semuanya salah dia!

Datin Aliya yang mendengar terus terduduk dengan memegang dadanya. Sakit.

"Mama, kita kena berdoa dengan Allah supaya tuhan berikan dia kekuatan," pesan Azeem seraya membantu ibunya untuk bangun, kepala isterinya diusap lembut.

"Thanks. You did your best."

Aayan terus terduduk pada kerusi yang berada di hadapan bilik bedah itu.

"Sekejap lagi kami akan pindahkan pesakit," kata Kak Amanda sebelum melangkah pergi.

"Sir."

Aayan terus menoleh ke arah Aqeef yang baru tiba di hospital itu, kelihatan jejaka itu sangat kusut kerana Aayan menelefonnya pada pukul 3 pagi dan diminta segera.

"Kawasan berdekatan tak ada cctv, tapi aku dapat rakaman ni dari dash cam Fiona," ujar Aqeef seraya mengeluarkan iPad miliknya lalu video Fiona dilanggar dimainkan.

Aayan melihat video itu dengan dahi yang berkerut. Waktu itu Fiona sedang memandu seperti biasa tetapi ada sebuah lori yang lalu arah bertentangan dengannya kemudian sengaja melanggar kereta wanita itu.

Fiona sempat mengelak dengan memandu jalan bertentangan namun nasib tidak menyebelahi dirinya, datang sebuah lagi lori datang melanggarnya serentak dengan lori sebelum itu.

Aqeef memejamkan matanya melihat video yang cukup tragis itu.

"Dah periksa nombor plate lori tu?" Soal Aayan cukup keras menahan amarah.

"Dah, tapi nombor itu tak berdaftar," jawab Aqeef sambil menekan-nekan sesuatu pada iPadnya.

"Tapi, dash cam Fiona dapat tangkap nama syarikat lori tu dan muka kedua-dua pemandu lori. Kami akan lakukan siasatan dengan segera," kata Aqeef sebelum menutup iPadnya.

"Polis-" kata-kata Aayan terhenti apabila Aqeef menyampuknya.

"Kita terlambat, polis dah tahu pasal benda ni dan polis pun nak buat siasatan. Mungkin esok pagi akan dilaporkan dalam berita tentang insiden Fiona," potong Aqeef mendatar sebelum satu susuk tubuh menghampiri mereka.

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now