Fiona perlahan-lahan menapak keluar daripada kereta rakannya. Pintu kereta ditutup dengan lembut sekali.
"Grazie Matteo (Terima kasih Matteo)," ucap Fiona daripada luar kereta.
Matteo perlahan-lahan mengukir senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Nessun problema (tiada masalah)," kata Matteo sebelum memulakan panduan.
Fiona melangkah masuk ke dalam akademi skating untuk memulakan latihan setelah tamat kelas di universiti.
Disebabkan Fiona belum lagi beli kereta di Italy, dia terpaksa meminta Matteo, kawan baiknya untuk menghantarnya ke sana buat sementara waktu kerana Amsyar tidak boleh menghantarnya selalu.
Fiona masuk ke dalam bangunan itu dengan senyuman lebar di bibir. Sudah dua bulan dia menetap di Italy dan semua melayani dirinya dengan baik.
"Fiona!" semua yang berada di situ berkerumun merapati Fiona yang baru melangkah masuk setapak.
"Perché? (kenapa?)," soal Fiona pelik dengan dahi yang berkerut.
"Puoi sostituire Bella per la prossima settimana? la sua gamba era ferita. (Boleh kah awak menggantikan Bella untuk minggu depan ? Kakinya tercedera)," kata Amara, sahabat baiknya di situ. Amara dan Fiona menjadi sangat rapat sejak Fiona menetap di situ dan sering membantu Fiona selain Matteo.
Fiona mengerutkan dahinya. Ganti kan Bella untuk minggu depan? Oh ya! Minggu depan bakal mengadakan skating championship di tengah bandar Itali. dan Bella merupakan salah satu wakil daripada akademi mereka.
"ma non lo faccio.. (tapi saya tak..)"
"Aiutaci! Dopotutto, hai più esperienza, (tolonglah demi kami! Lagipun awak lebih berpengalaman)," rayu Amara dengan nafas yang masih tercungap-cungap kerana Bella mengalami kecederaan secara terkejut.
Fiona terdiam. Dia berfikir sejenak.
"Ada lima peringkat dalam hubungan kalau kau nak tahu."
Aayan mengerutkan keningnya. Dah kenapa dia ni?
"Bak kata orang, cinta pandangan pertama. Waktu ni kau selalu angau-angau, rasa bahagia seakan mimpi jee," kata Harraz sambil tersenyum lebar.
"Yang kedua pulak, waktu ni hubungan dah jadi lebih mendalam. Korang dah start rapat dan selesa antara satu sama lain," kata Harraz lagi.
Aayan menayangkan wajah jengkel.
"Okey yang ketiga ni penting. Macam mana boleh jadi tawar hati? Peringkat ni korang akan asyik gaduhh je. Semua benda kecik jadi besar isu."
"Yang keempat pula..."
"Okey dah cukup! Kau menganjing aku eh? Hek eleh cermin diri sendiri tu dulu bro! Mana Tyara kau? Dah give up ke kejar dia?" sindir Aayan membuatkan semua yang berada di situ tergelak besar.
"Aku dare kau untuk call dia," sampuk kata Qalish.
"Apa aku akan dapat?"
"Bapak aku collab dengan group kau, nak?"
Harraz tersenyum lebar. Siapa je tak nak? Untung kot! Lagi-lagi syarikat bapa Qalish bukan biasa-biasa.
"Jangan call boleh? Serabut tahu," kata Tyara di hujung talian.
"Aku nak kau, mama aku pun nak kau," kata Harraz sebelum mematikan talian. Tyara terkedu.
"Pft."
"Goodluck bro, all the best," kata Aayan seraya menepuk bahu Harraz yang sudah menggeletar.
Tiba-tiba iPhone Harraz berdering. Terus bibirnya mengukir senyuman lebar apabila melihat nama si pemanggil.
"Aku lapar, jom keluar makan," kata Tyara di hujung talian.
"Anything for you," kata Harraz sebelum mematikan panggilan. Dia terus menyorak kegembiraan.
Fiona mengakhiri gerakannya dengan triple axle. Walaupun ianya susah tetapi gerakan tersebut merupakan gerakan kegemarannya.
Amsyar menyokong kakaknya daripada luar ice rink. Apabila kakaknya dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi kategori solo, Amsyarlah insan pertama yang berdiri bagi menyokong Fiona.
"hai fatto del tuo meglio! (kamu sudah lakukan yang terbaik!)," kata Amara dan Bella sambil memeluk Fiona. Bintang baharu mereka.
Fiona tersenyum manis. Dia berasa sangat bersyukur kerana bakatnya disanjungi mereka semua.
"Grazie per il sostegno (terima kasih atas sokongan)," kata Fiona sambil membalas pelukan sahabatnya.
Amsyar berjalan beriringan dengan Fiona sambil tangan kanannya ditongkatkan di atas bahu Fiona kerana ketinggiannya lebih tinggi dari kakaknya.
Disebabkan mereka parkir jauh, jadi mereka perlu berjalan sedikit untuk sampai ke kereta.
"Kau okey tak?" soal Amsyar apabila melihat Fiona seperti tidak stabil.
Fiona menggeleng perlahan. Dia terus menuju ke longkang berdekatan untuk muntah.
"Teruk sangat dah ni, dari haritu lagi kan? Jom lah pergi klinik," pujuk Amsyar.
Fiona menggeleng perlahan.
"Aku tak nak. Aku okey je."
"Oh, kau degil ye? Kalau kau still degil macam ni, aku hantar kau balik Malaysia," ugut Amsyar sebelum berdiri. Enjin keretanya dihidupkan.
Fiona terpaksa menurut perintah Amsyar untuk pergi ke klinik.
"dov'è tuo marito? (Mana suami puan?)," soal doktor itu dengan senyuman lebar. Fiona mengerutkan dahinya mendengar soalan itu. Dah kenapa doktor ni?
"mio marito lavora, (suami saya kerja)," tipu Fiona. Doktor itu mengangguk perlahan menandakan dia faham.
"congratulazioni signora per essere incinta. La tua gravidanza è ora di cinque settimane, (Tahniah puan kerana sudah mengandung. Kandungan puan sekarang sudah berusia lima minggu)," kata doktor itu dengan senyuman lebar.
Terus membuntang mata Fiona. Perutnya diusap perlahan. Jadi anak di dalam kandungannya ini merupakan anak..
"non dimenticare di venire in ospedale o in clinica per controllare la tua gravidanza, giusto? (Jangan lupa datang ke hospital atau klinik berdekatan untuk buat pemeriksaan kandungan puan ya?),"
Terus membulat anak mata Fiona.Namun riak wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin. Fiona mengangguk perlahan sebelum keluar. Mulutnya tidak mampu mengeluarkan sebarang perkataan.
"Macam mana? Okey tak?" soal Amsyar yang hanya tunggu di dalam kereta. Jejaka itu sedang menyiapkan assignment untuk di hantar esok di dalam keretanya.
"Aku pregnant," kata Fiona perlahan. Terus tersedak Amsyar dibuatnya.
"Pregnant? Maksudnya anak dalam kandungan kau ni anak.."
Fiona mengangguk perlahan. Dia tahu apa yang berada di fikiran Amsyar. Anak Aayan. Ya, insan yang dia sudah berasa benci kepadanya.
Amsyar mengurut pelipisnya perlahan.
"Amsyar, aku craving nasi lemak."
"Weh, kau gila ke? Mana nak cari nasi lemak dekat sini?" soal Amsyar separa menjerit. Nak mengidam pun agak-agaklah. Kita bukan di Malaysia !
Fiona termenung lama memandang perutnya yang masih kempis. Perutnya itu diusap lembut. Walau apa jua, anak di dalam perutnya merupakan tanggungjawabnya yang sepenuhnya.
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomanceCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...