Fiona mengeringkan rambut nya menggunakan hair dryer selepas selesai mandi. Tiba-tiba telefonnya berdering, nama pemanggil dilihat sekilas lalu mengangkat panggilan.
"Hai, tengah buat apa?" soal Aayan lembut. Fiona terkedu. Dia melihat semula nama pemanggil di telefon kemudian menjungkitkan keningnya. Pelik.
"Kau kenapa? Buang tabiat eh?" kata Fiona menyindir.
"Mana ada. Kalau kau tak busy, aku nak ajak kau keluar sekejap aje," kata Aayan di hujung panggilan. Fiona melihat ke arah jam sekilas.
"Ha yelah. Kejap aku tukar baju,"
"Aku dah mintak izin parents kau dah. Cepat sikit, aku dekat depan rumah kau ni," kata Aayan. Fiona mengangguk lalu mematikan panggilan.
Fiona membuka almarinya yang besar seperti saiz bilik itu. Dia kemudian memilih hoodie berwarna putih kemudian disarungkan ke badan. Kaki pantas langkah turun ke bawah.
Fiona mengetuk perlahan tingkap kereta milik Aayan. Aayan kemudian dengan sengaja membuka pintu tempat penumpang menggunakan kaki nya yang panjang, malas mahu keluar kereta kau ingat ni princess treatment ke?
"Seriously?" soal Fiona lalu melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu. Aayan kemudian memandu kereta Lamborghini Aventador SVJ miliknya keluar dari kawasan perkarangan rumah banglo besar itu.
"Wah, kita nak pergi mana ni?" soal Fiona teruja. Jalan penuh dihiasi dengan lampu warna-warni.
"Kau ikut je jangan banyak mulut," jawab Aayan mendatar. Fiona menayangkan wajah cemberut. Setelah 10 minit perjalanan kini sampai di destinasi.
"Kau taknak turun ke?" soal Aayan pelik. Dia membuka seat beltnya kemudian keluar dari kereta.
"Padang bola sintetik? Kita buat apa malam-malam kat sini?" Fiona turun dari kereta. Matanya melihat sekeliling padan itu penuh bersinar kerana mempunyai empat lampu besar di setiap penjuru.
"Ikut je," Fiona kemudian mengekor Aayan hingga masuk ke dalam padang.
"Duduk sini," arah Aayan kepada Fiona. Fiona kemudian duduk di kerusi yang disediakan di depan padang itu.
"Eh ingat kan tak datang tadi," sindir Qalish yang tiba-tiba muncul.
"Sorry lambat, aku pickup dia," kata Aayan sambil menunjuk ke arah Fiona yang sedang terkebil kebil.
"Siapa ni? Awek kau ke?" soal Qalish sambil menilik wajah Fiona.
"Haah, tu awek Yen. Jangan kacau dia nanti Yen bunuh kau," kata Harraz kepada Qalish. Yen merupakan singkatan daripada Aayan.
"Sejak bila?" sampuk Fiona. Harraz memberi pandangan tajam kepada Fiona lalu Fiona hanya berdiam diri.
"Haha, finally! Selama ni datang game orang lain bawak awek tapi Yen sorang, tapi kalini dia bawak awek woo!" kata Qalish semangat. Harraz hanya tergelak kecil.
Aayan menjeling Qalish dan Harraz tajam. Dia kemudian membuka hoodie nya kini Aayan hanya memakai jersey sahaja di badan.
"Cepat weh, dah nak start," ajak Qalish kepada Aayan dan Harraz lalu ketiga tiga jejaka itu masuk ke padang untuk memanaskan badan. Fiona hanya melihat sahaja pergerakan mereka, sesekali mengeluarkan telefon untuk merakam.
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomanceCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...