Fiona mengeluh buat kali ketiga. Dia berasa sangat bosanketika berada di dalam kelas Madam Lee. Sejujurnya gadis itu sudah mengkaji bab sedemikian sebelum Madam Lee mengajar jadi, Fiona sudah tentu tahu bagaimana penerangannya.
"I want all of you to make a two person presentation. Minggu depan present ye," pesan Madam Lee lalu keluar dari kelas itu.
"Tyara, jom present dengan aku nak?" soal Fiona. Tyara menoleh ke arah Fiona.
"Sorry weh, tapi Adam dah ajak aku dulu lah.. aku tak berani nak tolak," jawab Tyara. Fiona menggangguk perlahan
Fiona kemudian bangun dari tempatnya lalu kaki melangkah ke arah Aayan yang sedang serius menulis. Fiona berdiri di hadapan Aayan yang sedang duduk itu, dengan perlahan Aayan mendongak memandang Fiona.
"Nak apa?" soal Aayan pelik. Dia mengerutkan dahinya.
"Boleh tak kau group dengan aku untuk presentation next week?" soal Fiona lembut. Aayan ialah satu-satunya harapan sekarang.
"Kalau tak nak?" soal Aayan sambil tersenyum sinis. Dia bangun merapati Fiona, kini jaraknya dengan Fiona hanya seinci.
"Kau kena lah nak!" Aayan tergelak kecil mendengar jawapan Fiona lalu hanya menggangguk.
"Okey."
"Esok tau kita bincang," kata Fiona seraya pergi meninggalkan Aayan. Aayan menghela nafas berat lalu mengemas barangnya. Penat.
Aayan kemudian pergi ke tempat di mana dia memakir motornya pagi tadi. Dia kemudian menunggang motor lalu memakai helmet. Semua gadis-gadis di university itu mula merapati Aayan.
"Nak tangkap gambar boleh?"
"Boleh selfie tak?"
"Pose macam ni ha,"
"Single lagi ke?"
"Eh, awak yang masuk TV tu kan? Ice prince?"
Aayan hanya senyum kelat memandang gadis-gadis itu. Dia berasa sangat tidak selesa apabila dirapati oleh gadis seramai itu.
"I got many work to do. Please excuse me," kata Aayan beku kepada gadis-gadis itu. Terus semua menayangkan wajah cemberut memandang Aayan.
"Hey ladies. Please jangan menyondol tunang I," sampuk Fiona yang tiba-tiba berada di situ. Dia menutup mulutnya. Tidak sengaja menyebut perkataan tunang. Niatnya hanya untuk menolong Aayan sahaja. Aayan mengjungkitkan keningnya lalu memandang Fiona.
"Cinta, you pergi mana tadi? Lama I tunggu you," kata Aayan lembut bagi merealisasikan lakonan.
"Weh bla weh!"
"Orang punya lah!"
Selepas beberapa minit, semua gadis yang merapati Aayan mula beransur tiada. Aayan menghela nafas berat.
"Thanks," kata Aayan lalu memulas mintak motornya laju memulakan panduan.
"Dia tinggalkan aku macam tu je? Hello? Aku dah tolong kau kot!" jerit Fiona.
Fiona membuat gerakan kegemarannya, backward crossrolls pada ice rink itu. Harini dia ingin bergerak bebas di situ. Skating merupakan self healing baginya.
Setelah membuat beberapa gerakan, Fiona meluncur keluar dari ice rink itu. Air mineral yang sudah disediakan, diambil kemudian meminumnya.
"Fiona? Is that you?" soal seorang jejaka tampan. Jejaka itu mula merapati Fiona. Fiona kemudian menoleh ke arah pemilik suara
"Sorry? Who are you?" soal Fiona lembut kepada jejaka tampan itu. Jejaka itu mengukir senyuman manis di bibir. Jejaka itu langsung tidak nampak seperti berasal daripada Malaysia.
"It's me, Ryan. Ryan Wilson. Your childhood friend in US," kata jejaka tampan itu. Jejaka yang tampan berambut ash grey dan mata berwarna hazel itu memandang lama ke dalam anak mata Fiona, mengharapkan gadis itu masih ingat akan dirinya.
"Ryan? Oh! You're Ryan? When did you came to Malaysia?" soal Fiona tidak sangka. Jejaka yang asli dari US itu sememangnya rakan karibnya dan Aayan sewaktu kecil di US. Mereka sering bermain bersama-sama saat kecil.
"Tiga bulan lepas," jawab Ryan dengan pelat melayunya. Fiona tergamam dapat mendengar Ryan bertutur dalam bahasa melayu.
"Im learning Malay because I want to chat with you," kata Ryan lembut dengan senyuman manis di bibir.
"Boleh cakap melayu ke?" soal Fiona sengaja bertutur dalam bahasa melayu. Ryan menggangguk.
"Sikit-sikit. I understand Malay but Im not good at speaking,"
Selepas beberapa minit berkenalan, Ryan pelawa untuk dinner bersamanya dan mereka bertukar nombor telefon. Ryan sangat bahagia kerana dia sudah menyimpan perasaan pada Fiona lagi sejak di US. Dia jugalah yang sentiasa berada di sisi Fiona di US semasa Aayan sudah pindah ke Malaysia.
Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, Fiona sudah menelefon Amsyar untuk mengambilnya di tempat itu. Ryan tidak boleh menghantarnya kerana Ryan perlu menjumpai seseorang atas urusan kerja di dalam mall itu.
"Aku tak boleh ambik kau, minyak aku habis. Tapi aku dah suruh Luth ambik kau, cuba tengok dia ada tak dekat situ sebab katanya dah sampai," kata Amsyar di dalam talian. Fiona mendengus kasar. Kalau tak boleh ambik, bagitahu lah awal-awal! Dia kemudian mematikan panggilan.
"Mana Luth ni?" soal Fiona sudah menunggu di pintu masuk utama mall. Matanya mencari cari kelibat Aayan. Kaki mula melangkah untuk pergi mencari Aayan sehinggalah dia berhenti seketika kerana terasa ada sesuatu bermain di kakinya.
"Meow," Fiona mengukir senyuman nipis. Dia terus menunduk dan bermain dengan anak kucing itu. Aayan yang baru sahaja keluar dari tandas diluar pusat membeli belah itu terus menyorok di sebalik dinding melihat Fiona bermain dengan anak kucing itu. Bibirnya mengukir senyuman nipis kemudian kaki mula melangkah merapati Fiona.
Selepas selangkah, Aayan berhenti kemudian menyambung menyorok di sebalik dinding setelah melihat sosok tubuh seseorang merapati Fiona.
"Fiona? Tak balik lagi ke?" soal Ryan dalam pelat melayunya. Fiona terus menoleh ke arah jejaka yang tinggi itu. Dia terus bangun dengan anak kucing berada di dalam dakapannya.
"Tengok ni, kucing!" anak kucing itu disuakan ke muka Ryan. Ryan tergelak kecil lalu menyambut huluran Fiona. Ryan mengusap lembut bulu kucing itu sehingga membuatkan kucing itu tertidur di dalam dakapannya.
"Wah! Dia dah tidur lah! Pandainya you jaga kucing!"
"Shh. Jangan bising nanti dia bangun," kata Ryan lembut kepada Fiona. Fiona tergelak kecil begitu juga dengannya.
"Let me send you home," ujar Ryan lembut. Fiona mengangguk perlahan lalu kaki melangkah masuk ke dalam passenger seat kereta Ryan.
Aayan hanya melihat dari jauh. Dia dapat melihat Fiona bergelak tawa bersama Ryan namun bukan bersamanya. Aayan kemudian menunggang motornya lalu menongkat dagu.
"Kenapa aku rasa something dalam diri aku bila nampak Liya gelak dengan mamat lain?" soal Aayan kepada dirinya.
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomanceCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...