Bab 8

509 19 0
                                    

          "Aayan... boleh la.. kau tak kesiankan aku ke?" soal Fiona lembut. Dia merayu kepada Aayan untuk menyertainya.

"Nope," Aayan kekal dengan jawapannya iaitu tidak mahu.

"Ill do anything you want. So please.." rayu Fiona kepada Aayan.

"Tarikh bertanding bila?" soal Aayan ringkas.

"12 Oktober. Boleh la.. please,"

          "What? Lagi tiga minggu je lagi, kau fikir sempat ke?" kata Aayan serius.

           "Kita boleh buat kalau kau buat keputusan cepat!"

"Miss Fiona, awak tak focus kat kelas saya ye," tegur Madam Lee selaku lecturer di university itu. Fiona terkejut dengan pantas memandang bukunya. Aayan tergelak kecil.

"Tengok lah dulu," jawab Aayan mendatar.

Selepas beberapa minit, kelas pun tamat. Fiona memberi Aayan masa untuk membuat keputusan. Fiona mengeluarkan telefonnya kemudian mendail teman lelakinya, Ameer.

"Sayang, dah sampai Malaysia ke?" soal Fiona teruja kepada Ameer.

           "Baru je sampai, kenapa?" jawab Ameer lembut.

           "You taknak jumpa I ke? I rindu you.." kata Fiona.

           "Tak boleh lah sayang, I ada kerja nak siap kan. Sorry okay?" jawab Ameer.

            "Okay.. eh you nanti kita sambung eh? Kawan I nak cakap dengan I sekejap," Fiona menekan punat merah mematikan panggilan kemudian terus memandang Aayan yang berada di hadapannya.

             "Dah dapat jawapan?" soal Fiona memandang Aayan. Aayan mengangguk.

             "Malam ni kita training. Jangan lambat kalau tak, aku ubah fikiran." jawab Aayan mendatar kemudian terus pergi meninggalkan Fiona.

Aaira melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya diekori oleh Amsyar. Aaira telah memberitahunya bahawa abangnya ingin berjumpa dengan Amsyar kerana ingin berterima kasih sebab menyelamatkan adik kesayangannya.

"Abang! Aaira dah balik!" jerit Aaira dari tingkat satu. Dia menjerit kerana mungkin abangnya berada di bilik.

"Duduk lah dulu sementara abang aku turun," kata Aaira kepada Amsyar. Amsyar hanya mengangguk.

Aayan turun ke tingkat bawah. Dia terkejut melihat Amsyar yang berada di dalam rumahnya. Pantas dia mendekati Amsyar. Amsyar juga mendekati Aayan untuk memperkenalkan

"Macam mana kau boleh masuk rumah aku? Takkan adik aku lupa nak kunci pintu?" dengan pantas Aayan mengunci badan Amsyar ke lantai.

"Aduh! Sakit!" jerit Amsyar. Dengan pantas Aaira menuju ke ruang tamu rumah dan menarik kuat rambut abangnya itu sehingga terdorong kebelakang.

"Abang ni kenapa? Dia tetamu kita lah! Dia ni lah yang selamat kan adik haritu," kata Aaira marah. Dengan pantas Aayan melepaskan Amsyar.

"Sorry." kata Aayan. Dia memandang jejaka yang hampir sama tinggi di depannya itu.

Amsyar memakai baju kemeja putih yang disingsing hingga kesiku dengan seluar jeans hitam. Ketampanan Amsyar sangat menyerlah.

"Adik pergi buat air dulu. Abang sembang lah dengan dia," Aaira meninggalkan Aayan dan Amsyar bersendirian di ruang tamu. Aayan duduk di sofa berhadapan dengan Amsyar.

"Nama? Umur?" soal Aayan kepada Amsyar. Dia sudah tahu nama sebenar Amsyar tetapi sengaja mencari topik perbualan.

"Amsyar. Farhan Amsyar. Umur 17," jawab Amsyar mendatar. Dia mengangkat keningnya menunggu Aayan memperkenalkan diri.

"Aayan," jawab Aayan ringkas.

"Okay. Besar jugak eh rumah korang," kata Amsyar cuba mencari topik. Aayan hanya mengangguk.

"Aku nak cakap terima kasih sebab dah tolong adik aku. Aku harap lepasni kau boleh jauh kan diri dari adik aku," ujar Aayan serius.

"Eh? Tapi kenapa?" Amsyar terkejut. Badannya ditegakkan memandang Aayan.

"Kau ramai musuh. Kau pasti ke yang adik aku akan selamat bila dengan kau? Apa akan jadi kalau adik aku dekat dengan kau? Kau tak rasa ke lepasni adik aku akan jadi sasaran musuh kau?" soal Aayan sinis.

"T..tapi,"

"Tapi?" soal Aayan.

"Aku tak percaya kan kau. Tengok muka kau, ada kesan lebam. Kau bergaduh dengan orang kan?" sambung Aayan lagi.

Aayan tahu bahawa kesan lebam itu kerana dia dipukul oleh orang bawahan dragon. Tetapi sengaja digunakan untuk memberi alasan. Amsyar mengepal penumbuknya.

"Aku hormat kau sebab kau abang Aaira. Aku tak janji aku boleh lindungi Aaira sepenuhnya tapi aku boleh buktikan melalui perlakuan," jawab Amsyar sambil menunduk. Dia begitu serius. Aayan bangun dari tempat duduknya.

"Kau pasti?" soal Aayan sambil tersenyum sinis. Amsyar juga bangun dari tempat duduknya.

"Tak pun. Tapi aku sangat sangat pasti," Amsyar tersenyum sinis memandang tepat mata biru milik Aayan.

"Okay. Im watching you," Aayan menepuk perlahan bahu Amsyar kemudian terus duduk di sofa.

"Nah. Ada teh panas untuk korang," Aaida meletakkan dulang yang berisi tiga cawan di meja ruang tamu itu.

"Thanks," kata Amsyar lembut. Secawan teh di ambik kemudian diminum. Begitu juga dengan Aayan.

Aaira duduk bersebelahan dengan Amsyar yang berhadapan di sofa abangnya. Dia memandang abangnya itu.

"So? Macam mana? Abang dah kenal ke dia ni?" soal Aaira kepada Aayan.

"Dah," Aayan terus naik ke biliknya untuk bersiap. Setelah siap bersiap dia kemudian turun menuju ke pintu utama rumah.

"Abang, nak pergi mana? Lagi lima minit mummy dengan daddy balik kan?" soal Aaira kepada abangnya itu.

"Abang ada training. Adik sembang lah dengan Amsyar. Sorry tau tak boleh sembang lama," Aayan mendekati Aaira kemudian mengusap lembut adiknya itu. Dia kemudian memandang Amsyar.

"Siap kau kalau kau sakitkan adik aku," kata Aayan serius.

Amsyar bangun dari sofa kemudian terus menghulurkan tangan untuk menyalam Aayan. Aayan menyambut huluran itu kemudian tersenyum sinis.

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now