Bab 42

377 10 0
                                    

Sudah sekian lama Fiona tidak menghadiri latihan meluncur ais. Pelbagai cabaran yang melibatkan nyawa ditempuhi olehnya dan Aayan menyebabkan wanita itu terpaksa menunda sesi latihannya.

Hari ini Aayan sudah berjanji untuk menemaninya sewaktu latihan tetapi tiba-tiba sahaja jejaka itu dapat panggilan telefon dan terpaksa untuk pergi. Aayan telah berjanji untuk mengambil Fiona waktu sesi latihan tamat nanti.

Hari Fiona tidak lah terlampau bosan. Sebab apa? Sebab geli hatinya apabila melihat gelagat Tyara dan Harraz di situ.

"Fiona my dear! Long time no see," tegur Coach Lyn sambil memeluk Fiona. Fiona ibarat permata kepadanya kerana telah berjaya mendapat kemenangan dalam dunia meluncur air berkali-kali dan telah mengharumkan namanya sebagai jurulatih.

"Yeah, I miss you!"

"Fiona, I nak offer you competing skating, free dance. I tak kisah you nak go solo or pair. So please I harap you dapat join bertanding, dunia skating dah lama tak saksikan bakat you," kata Coach Lyn dengan penuh harapan. Bakat yang ada pada Fiona tidak boleh disia-siakan!

Fiona terdiam sejenak. Sudah lama dia tidak bertanding sejak kahwin. Skating merupakan separuh dari hidupnya. Apa salahnya jika dia masuk?

Dia mahu masuk tetapi secara berpasangan. Dengan siapa? Adakah Aayan mahu masuk semula ke dalam dunia meluncur ais?

"Tapi coach, saya dah tak sehebat dulu."

"Tak apa, practise make perfect."

"Saya tanya husband saya dulu ye coach, nanti dah dapat jawapan saya contact coach."

"Baik, I faham. I berharap sangat-sangat you dapat join."

"Dont worry coach, you can count on me."

Serentak Fiona dan Coach Lyn menoleh ke arah dua pasangan muda itu.

"Tyara, jom lah pair dengan I," pujuk Harraz dengan mulut memuncung.

"Tak nak!"

"Patut ke I offer dua ekor tu juga? Dua-dua ada bakat," soal Coach Lyn sambil memandang lama dua manusia yang sedang bergaduh.

Fiona tersenyum lebar. Sememangnya sejak remaja lagi Tyara telah menemaninya dalam dunia meluncur ais dan bakat wanita itu memang tidak boleh disia-siakan. Harraz? Bakatnya belum terserlah sepenuhnya tetapi boleh di asah lebih lagi.

"Diorang serasi dalam mata saya."


Amsyar menghidupkan enjin motor Suzuki GSX-R 1000R miliknya dengan perasaan cemas. Setelah dapat panggilan kecemasan daripada Aaira, jejaka itu terus menyarung hoodie hitam dan pantas pergi ke rumah keluarga milik gadis itu.

"Aaira? Aaira! Bukak pintu ni woi!" Amsyar mengetuk kuat pintu rumah agam itu. Selepas tiada sebarang jawapan, rambut hitamnya diseka dengan kasar.

"Sial lah! Fuck!"

Kaki pantas melangkah ke belakang rumah agam itu, pintu terbuka! Tanpa membuang masa Amsyar melangkah masuk ke dalam rumah itu. Tubuh Aaira yang longlai dipegang lembut supaya memberi sokongan.

Wajah Aaira jelas pucat dengan banyak kesan lebam di muka. Pisau di tangan gadis itu di ambil kemudian di campak.

"Tell me who the fuck did this shit to you?!" soal Amsyar berang apabila melihat kesan lebam telah merosakkan wajah cantik gadis itu. Rumah agam itu jelas kelihatan bersepah.

Amsyar dapat panggilan daripada Aaira bahawa rumah dia dipecah masuk dan ibu bapanya tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan sahabat Datin Aisyah di Singapura. Aaira telah menelefon abangnya, Aayan namun tiada jawapan.

"Did he touch you? Did he fucking touch you?!"

"Am... Amsyar.. thanks for coming," kata Aaira sebelum memejamkan matanya rapat. Matanya terasa begitu berat.

Amsyar mengurut pelipisnya seketika apabila melihat Aaira telah pengsan di dalam dakapannya. Tidak mungkin dia akan meninggalkan Aaira keseorangan di rumah agam yang telah dipecah masuk itu.

Iphone miliknya dikeluarkan, nombor Aayan di dail segera. Ah! Tiada sebarang jawapan!

"Rumah famili kau kena pecah masuk, Aaira call kau banyak kali tak dapat. Aku bawak Aaira balik rumah famili aku dulu, cau." Amsyar meninggalkan pesanan di WhatsApp.

Amsyar mendukung tubuh kecil Aaira, gadis itu dibawa ke motornya dan diletakkan di bahagian belakang. Lengan gadis itu ditarik sehingga melingkar di pinggangnya. Sebelah tangan memegang hendal motor dan sebelah lagi memegang lengan Aaira.

"Teruk ke Amsyar?" soal Datin Aliya risau apabila melihat anak lelakinya masuk ke dalam rumah itu sambil mengangkat Aaira.

"Teruk." jawab Amsyar sepatah sebelum tubuh Aaira diletakkan di atas katil pada bilik tetamu.

"Famili dia dah tahu ke?"

"Amsyar call famili dia, tak ada seorang pun angkat."

Datin Aliya mengurut pelipisnya. Kasihan pada gadis itu, masih muda tetapi telah melalui pelbagai benda. Anak mata hanya mengekor pergerakan Amsyar yang sedang sibuk.

"Tulah, degil lah lagi nak tinggal rumah sorang-sorang," bisik Amsyar perlahan. Hanya dia sahaja boleh mendengar suaranya. Isi first aid kit dikeluarkan, kapas dibasahkan sebelum membersihkan sisa darah pada wajah gadis itu.


Aayan menendang kuat kepala musuh yang menghampiri dirinya. Walaupun seorang diri, dia mampu bertahan untuk berlawan dengan menggunakan sisa tenaga yang tinggal.

"Kitorang cuma nak akan pendrive Tan Sri tu aje, tak lebih pun!" kata si penyerang sambil menyeka darah pekatnya yang mengalir.

Aayan hanya diam. Identitinya tidak boleh diketahui orang. Pelitup mukanya dipegang erat supaya tidak terjatuh daripada muka.

Secara mengejut Aayan ditugaskan untuk menjadi pengiring VIP pada suatu majlis yang tergolong orang-orang bangsawan. Aayan tiada pilihan, dia terpaksa untuk menghadiri majlis itu sebagai pengiring.

Satu lagi penumbuk dihalakan ke pada muka kacaknya. Sekarang perlawanan menjadi 5VS1. Susah? Kacang saja bagi perisik berkelas tinggi seperti Aayan.

Tendangan kuat dihalakan ke kepala musuh. Rambut musuh dicengkam sebelum menghantukkan kepala musuh pada rakannya.

"This way Tan Sri," kata Aayan sambil membawa Tan Sri Akmal ke tempat yang selamat.

Tan Sri Akmal terus lari ke arah yang Aayan tunjuk tadi. Dia menolak badan Aayan tanpa mengucapkan terima kasih. Cis, tak terhutang budi betul.

Tan Sri Akmal telah dibawa ke tempat yang selamat. Aayan hanya menghantar pemergian kereta Alphard yang dinaiki Tan Sri Akmal dengan matanya. Sut yang dipakainya diperkemaskan.

"Aduh, dah lambat," jam ditangannya dikerling sekilas. Dia sudah berjanji untuk mengambil Fiona sewaktu wanita itu tamat latihan.

"Jangan lah merajuk dear," pujuk Aayan apabila Fiona melangkah masuk ke dalam keretanya dengan kasar.

Fiona hanya diam. Aayan menelan air liurnya kelat.

"Kita pergi rumah mama tau."

"Kenapa?"

"Tengok Aaira."

Fiona menggangguk perlahan.

"Luth." panggil Fiona.

"Yes, my love?"

"Liya rindu Luth," kata Fiona perlahan. Aayan melepaskan ketawa kecil sebelum mengusap lembut kepala isterinya.

"Really? I miss you too sayang."

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now