"Leher tu kenapa ada kesan gigitan, kak?" soal Aaira kepada Fiona apabila mereka telah melabuhkan punggung pada kerusi meja makan untuk bersarapan beramai-ramai.
"Ha?! Err..."
"Kena gigit dengan anjing lah tu," jawapan Azeem membuatkan kesemua yang berada di situ tergelak besar. Serta merta jejaka itu mendapat renungan tajam daripada Aayan. Berani kau panggil aku anjing?
"Anjing?" soal Aaira yang masih lagi tidak faham.
"Apa ni abang! Tak baik cakap macam tu depan budak-budak," marah kak Amanda kepada suaminya. Walaupun marah, tetapi masih tersisa gelak tawa pada wanita itu.
Naik merah muka Fiona menahan malu. Aayan yang berada di sebelah dijeling sekilas.
"Lama-lama hilang la love bi.." kata-kata Amsyar terhenti apabila Aayan dan Fiona merenungnya dengan tajam. Air liur ditelan.
"Err.. Apa plan korang harini?" soal Fiona cuba menukar topik.
"Malam nanti Aaira nak pergi jalan-jalan dekat Times Square," jawab Aaira sebelum menyuap pankek ke dalam mulutnya.
"Dengan siap.."
"Aku pun." Amsyar memotong soalan Aayan. Aaira di sebelahnya dipandang sekilas.
"Jadi korang pergi sekali lah ni?"
"Tak."
"Haah." jawab Aaira dan Amsyar serentak. Aaira menjeling Amsyar di sebelahnya.
"Pergi sekali ke tak ni?"
"Haah sekali," Amsyar bersuara dahulu sebelum Aaira menjawab.
"Korang? Nak pergi mana nanti?" soal Azeem kepada Fiona dan Aayan.
"Kitorang plan nak pergi Central Park kejap lagi," jawab Aayan sambil mengelap mulut Fiona yang comot itu menggunakan jarinya.
"Korang?" soal Fiona pula.
"Tak tahu lagi, kami hentam je nak pergi mana," jawab Azeem sambil menyuap pankek ke dalam mulut.
"Kamu betul-betul nak ke dekat lelaki ni?" soal bomoh itu sambil menilik gambar Aayan.
"Saya nak sangat-sangat dekat dia kak, tolong lah saya," jawab Putri penuh terdesak.
"Rupa dia macam suami orang," ujar bomoh itu masih lagi menilik gambar Aayan. Putri mengangguk laju.
"Jadi kau berkenan dekat suami orang lah ye," bomoh itu tergelak besar.
"Kau sanggup ke buat apa yang aku suruh?" soal bomoh itu sambil merenung tajam anak mata Putri.
"Saya sanggup kak! Apa sahaja."
"Aku nak beberapa helaian rambut bini dia dengan bangkai anjing, kau boleh bagi?" soal Bomoh itu lagi. Putri sedikit terkilan namun pantas mengangguk laju.
"Boleh kak!"
"Bayaran dia tak mahal pun, cukup lah kau bagi darah kau sedikit sebagai bayaran," ujar bomoh itu dengan senyuman selebar lebarnya.
"Boleh! Ambik lah!"
"Ha! Ha! Ha! Tak lama lagi lelaki ni akan jadi milik kau."
"Hahaha! Tak sabarnya!"
"Tapi, dengan satu syarat. Setiap bulan kau kena menghadap aku, bagi darah kau dekat aku setiap bulan, boleh?"
"Boleh! Boleh sangat." Perlahan lahan bomoh itu mengukir senyuman sinis setelah Putri keluar dari rumahnya.
"Manusia kalau dah terlampau taaasub, semua benda dia sanggup buat! Dan jangan lah sesekali engkau menyesal dengan tindakan kau." ujar bomoh itu sambil tergelak besar.
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomanceCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...