Bab 32

430 12 0
                                    

"Amsyar lepas habis majlis nanti ke baru gerak pergi New York?" soal Fiona kepada ibu bapanya yang sedang beratur untuk masuk ke dalam kapal terbang yang bernama Mega Airline. Mega Airline merupakan syarikat penerbangan Amerika yang sering menjadi pilihan utama oleh keluarga Fiona.

"Amsyar, Aaira dengan Azeem gerak malam nanti," jawab Datin Aliya mendatar.

Amsyar dan Aaira tidak mengikut menaiki kapal terbang seperti keluarga yang lain oleh kerana tingkatan 4 dan 5 telah mengadakan majlis akhir tahun pada tarikh yang sama mereka berlepas jadi mereka perlu berlepas lambat sedikit.

Fathif Azeem pula ada miting dengan syarikat ternama jadi dia juga perlu berlepas waktu malam bersama dengan Amsyar dan Aaira, manakala isterinya sudah bergerak bersama yang lain.

"Tak mengantuk ke, dear?" soal Aayan lembut apabila sudah tiga jam berlepas Fiona masih ligat bermain dengan telefon pintarnya.

"Tak. Belum puas upload story lagi ni," jawab Fiona sambil merakam langit kebiruan daripada tingkap kapal terbang itu.

"Followers ramai mintak update," tambah Fiona lagi. Inilah jadinya apabila mukanya telah diperkenalkan pada skrin kaca televisyen dengan gelaran figure skater yang bakal mengharumkan nama negara.

"Layan followers je ke? Suami kat sebelah tak nak layan?" Aayan memeluk tubuhnya. Merajuk!

"Uhm, suami kat sebelah dah hari-hari tengok, bosan!" sengaja Fiona mengusik Aayan.

"Oh bosan ye? Takpe," Aayan kemudian merampas telefon di tangan Fiona. Telefon itu diangkat setinggi tingginya.

"Bagi lah balik!" Fiona cuba mencapai balik telefonnya namun ketinggian mereka sangat jauh beza.

"Nope."

"Cakap apa?"

"Luth, please," tergagap gagap gadis itu cuba biasakan diri memanggil Aayan panggilan sebegitu.

"Tu je?"

"Luth, pleaseee," meleret suara Fiona sambil menggoncangkan tubuh jejaka itu. Aayan kemudian tersenyum lebar lalu mengucup bibir gadis itu sekilas.

Naik memerah muka Fiona dibuatnya, Aayan kemudian menghulur telefon milik Fiona lalu matanya dipejamkan sambil tersengih-sengih.

Setelah 18 jam dan 17 minit penerbangan mereka kini mendaratlah mereka ke destinasi yang ingin dituju, New York.

Aayan membuka matanya perlahan-lahan kemudian kepala ditoleh memandang si isteri telah lena tidur di atas bahunya. Bibir merah jejaka itu kemudian mengukir senyuman nipis.

"Sayang, bangun," kejut Aayan sambil mengusap lembut kepala gadis itu.

"Mana mama dengan papa?" soal Fiona sambil menggeliat. Sekelilingnya sudah kosong hanya tinggal mereka berdua sahaja.

"Diorang dah keluar dah, jom?" Aayan kemudian bangun diikuti Fiona. Mereka beriringi keluar sambil memegang tangan.

Sebelum dua pasangan itu melangkah keluar daripada kapal terbang itu, sempat kesemua pramugari, pramugara, juruterbang dan krew-krew yang lain kesemuanya berbaris menunduk hormat kepada mereka, lebih tepat lagi Aayan.

Fiona sangat terkilan melihat kesemua krew membuat sedemikian, kepala terus ditoleh ke arah si suami. Aayan hanya mengangguk kepalanya kepada semua krew-krew di situ.

"Tadi tu semua kawan abang ke?" soal Fiona apabila mereka sudah berada di dalam kereta bergerak menuju ke homestay.

"Bukan dear, thoose are my employees."

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now