Bab 12

521 18 0
                                    

"Kak, keluar lah dari bilik kau. Sampai bila kau nak kemurungan macam ni?" pujuk Amsyar yang berada di depan pintu bilik Fiona.

Sudah beberapa hari sejak kematian Ameer, Fiona menjadi kemurungan. Hidupnya tak tentu hala, makan pun kadang kadang sahaja. Setiap hari pasti menangis mengingatkan kembali arwah Ameer.

"Hisk..hisk.. tak payah kacau aku lah!" marah Fiona yang berada di dalam bilik. Amsyar bengang jadinya apabila kena jerit sebegitu.

"Woi! Kau ingat kalau kau nangis macam orang gila ni, pakwe kau hidup balik ke! Tak lah gila! Cuba kau solat, ingat tuhan. Baca kan yasin ke, kan elok tu daripada melalak siang malam!" kata Amsyar bengis. Fiona terus terdiam.

               Apabila teringat balik, selepas Fiona pulang daripada penegebumian arwah Ameer, Fiona terus tiba-tiba menjadi histeria.

"Yang dah pergi biar lah pergi, jangan kita mengharapkan untuk mereka kembali," kata Amsyar perlahan. Dia teringat akan Aaira. Dahinya disembamkan ke pintu. Di sebalik pintu juga Fiona menyembamkan dahinya ke pintu.

"Cepat lah siap, aku teman kau pergi kubur." kata Amsyar lembut.

"Hm," jawab Fiona.

                Fiona menyiram kubur milik arwah Ameer dengan perlahan lahan. Amsyar yang berada disebelahnya dengan berpakaian baju melayu hitam hanya melihat.

                "Helo? Kau ada kenal suspek?" kata Amsyar yang sedang bercakap di telefon. Fiona menjelingnya, kacau.

               "Aku pergi kat motor dulu," kata Amsyar kepada Fiona sambil bercakap di telefon.

               Seusai Fiona menyiram kubur milik arwah Ameer dan membaca yasin, dia terus pergi ke paip untuk membasuh kaki yang kotor dek terkena lumpur.

               Splash!

               "Woi! Buta ke?" jerit Fiona. Habis bajunya basah dek kerana terkena percikan lopak oleh kerana motor Suzuki GSXR 1000R yang memandu dengan laju. Fiona menghafal nombor plat motor itu, LU7H.

              "Kalau aku jumpa kau lagi, aku rosakkan motor kau!" marah Fiona sambil menghentakkan kakinya.

               "Apa bising bising ni?" soal Amsyar yang terus berlari ke arah Fiona kerana terdengar suara kakaknya.

               "Tengok baju aku, basah!" adu Fiona.

               "Sikit je tu, dah lah jom balik. Mama papa kata business partner dorang nak datang," kata Amsyar sambil menarik kakaknya ke motornya.

               Amsyar memandu dengan laju menuju ke perkarangan rumah. Dia kemudian memarkir motornya di hadapan rumah mereka. Dia dapat melihat kereta tetamu sudah pun sampai dan berada di dalam.

               "Eh motor ni!" kata Fiona, mula merapati motor Suzuki GSXR 1000-R itu. Nombor plat dibaca LU7H. Fiona terus mengambil batu bata yang berada di situ.

               "Kau buat apa ni kak? Ni motor orang lah! Ni motor tetamu mama kot! Kau jangan macam macam weh, mahal ni," kata Amsyar sambil menarik narik Fiona masuk ke dalam rumah.

               "Alah, aku usik sikit aje!" Fiona mengukir menggunakan batu pada motor itu. Marker pen dikeluarkan dari beg kemudian menulis Fiona is here.

              "Ya Allah!" jerit Amsyar. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

               "Apa bising bising ni?" soal Datin Aliya selaku ibu mereka. Datin Aliya merapati Fiona dan Amsyar diikuti tetamunya.

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now