"Assalammualaikum," Aayan melangkah masuk ke dalam rumahnya bersama Fiona di sebelahnya.
Setelah beberapa minggu, akhirnya Fiona sedar juga daripada koma. Keadaannya juga semakin pulih jadi doktor membenarkan Fiona untuk keluar hospital cuma perlu untuk datang ke hospital seminggu dua kali untuk melakukan pemeriksaan.
Namun hampa, sejak sedar dari koma perangai Fiona terus berubah dingin kepada Aayan. Entah kenapa dia berasa sangat benci kepada jejaka itu.
"Sayang, mengantuk ke? Pergi lah naik bilik dulu tidur," kata Aayan dengan membawa beg keperluan Fiona di hospital masuk ke dalam rumah.
Tanpa sebarang kata Fiona terus melangkah masuk ke dalam rumah itu dan naik ke tingkat atas. Aayan hanya tersenyum hambar melihat perangai isterinya.
"Astaghfirullahalazim.." Aayan yang terasa seperti badannya disentuh lembut terus meraup muka nya. Dia terus menutup pintu utama rumah apabila rasa malam itu sangat berangin.
"Sayang, tak tidur ke? Abang ada bawa bubur ni," Aayan melangkah masuk ke dalam bilik tidur itu dengan membawa dulang.
Dulang diletakkan di atas meja. Kaki terus melangkah merapati isterinya yang sedang termenung pada balkoni bilik itu. Bahu isterinya diusap lembut.
"Jangan sentuh lah!" Fiona menepis tangan Aayan kasar. Pandangan tajam diberikan.
"Lapar tak? Abang ada buat bubur. Sini abang suap kan," mangkuk bubur itu dipegang. Aayan terus melabuhkan punggungnya pada katil mereka.
"Aku boleh makan sendiri." Fiona merampas mangkuk bubur itu lalu menyuap ke dalam mulut.
"Baca bismillah sayang."
Aayan terus melangkah masuk ke dalam tandas itu membersihkan diri setelah tiada sebarang perkataan keluar dari mulut Fiona.
Bam bam bam!
Pintu diketuk beberapa kali dari luar tandas itu. Aayan terus membuka pintu tandas itu dengan keadaan berkemban.
"Kenapa say-"
Fiona terus melangkah masuk kedalam tandas itu. Badan Aayan ditolak perlahan ke tepi kemudian melepskan muntah pada mangkuk tandas itu.
Membulat mata Aayan apabila melihat Fiona muntah mengeluarkan rambut. Fiona memegang rambutnya sendiri, rambutnya gugur sedikit dengan kepala berlumuran darah.
"Astaghfirullahalazim," Aayan meraup mukanya sekali lagi apabila terasa badannya dicengkam dari belakang. Fiona pula sudah menangis perlahan.
"Argh!" Aayan menendang pintu tandas itu apabila tidak boleh dibuka seolah-olah dikunci dari luar. Tubuh Fiona diangkat kemudian ditendang buat kali terkahir terbuka juga.
Telefon ditekapkan kepada telinga, Aayan mendail Azeem. Tiba-tiba sahaja telefonnya tercampak jauh.
"Bismillahhirrohmanirrahim..." bibir sentiasa membaca ayat kursi.
"Kenapa call aku malam-malam ni? Isteri kau dah okey?" Soal Azeem dihujung talian dengan suara yang serak basah.
"Datang rumah aku sekarang."
Panggilan dimatikan. Aayan terus mengelap darah yang mengalir di kepala Fiona. Tiba-tiba sahaja wanita itu meracau.
"Allahuakbar.. Allahuakbar.." Aayan melaungkan azan.
Beberapa minit menunggu akhirnya tiba juga Azeem di rumah itu banglo tiga tingkat itu.
"Kenapa ni?" soal Azeem apabila tubuhnya ditarik oleh Aayan sehingga naik ke bilik mereka.
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomanceCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...