Bab 6

577 23 0
                                    

"Okay guys. Next month kita ada competition ice skater. Lelaki dan perempuan yang perform cantik harini saya pilih untuk masuk bertanding dengan negeri lain. Saya pilih seorang lelaki dan perempuan untuk dijadikan partner yang bertanding," pelajar pelajar yang berada disitu mula menjerit suka.

"Coach, maksudnya yang bertanding tu berpasangan lah kan? sorang lelaki dengan perempuan?" soal seorang pelajar perempuan yang berada di situ.

"Yep, that's right. By the way yang menang pertandingan ini akan dianugerahkan sebagai The Best Partner 2023. Jadi siapa yang nak akan gelaran tu, do your best." Coach Lyn memandang seorang demi seorang dengan penuh harapan.

Semua yang berada disitu menjerit suka. Mereka berlatih dan berlatih. Mereka membuat pelbagai gerakan yang mereka pernah pelajari. Fiona meluncur mendekati Aayan, Harraz dan Tyaraz

"Korang rasa siapa yang layak dapat masuk bertanding?" soal Fiona kepada rakan rakannya. Mereka sedang menunggu giliran untuk dinilai.

"Entah lah. Tapi yang aku pasti perempuan mesti kau. Kau dah menang banyak award weh," ujar Tyara lembut kepada Fiona. Fiona hanya tersenyum nipis.

"Korang? Taknak try bertanding jugak ke?" soal Fiona kepada Aayan dan Harraz.

"Tak." jawab Aayan.

"Taknak. Tapi kalau dapat tu rezeki lah," kata Harraz dengan tangan yang berada di dalam poket.

"Fiona!" kini giliran Fiona pula dinilai gerakannya. Dia mengikat rambutnya. Pelajar pelajar yang berada di situ kesemuanya memberhentikan kerja melihat Fiona.

"Aku rasa dia lah yang dapat position ni,"

"Weh! Lawa gila moves dia,"

"Mesti dia dapat bertanding lagi,"

"Power gila akak Fiona,"

"Untungnya kita dapat satu rink dengan orang femes,"

Seusai Fiona dinilai gerakannya dia terus senyum kepada pelajar pelajar yang mengidolakannya. Dia senyum lebar kepada semua yang menyaksikan gerakkannya.

Dia melihat Aayan yang berada di penjuru hanya tersenyum sinis sambil melipatkan tangan ke dada.

"Aayan!" kini giliran Aayan pula dinilai. Semua pelajar perempuan mula merapati.

"Handsome!"

"Ice prince ! Aaa!"

"Comel nya!"

Fiona merapati mereka kemudian membuat wajah geli. Dia tengok Aayan tu takdelah power mana. Aku lagi power! Korang semua gatal!

Setelah dinilai seorang demi seorang. Coach Lyn telah membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dilihat oleh matanya sendiri. Kini dia akan membuat pengumuman memberitahu nama yang layak.

"First of all, korang semua ni da improves banyak! Saya kagum dengan kamu semua. Okay okay semua dah tak sabar nak tahu kan? Bagi yang perempuan, macam yang korang semua dah agak. Yep Fiona!" semua memberi tepukan gemuruh kepada Fiona.

"Dia memang layak!"

"Dia talented dan ada banyak pengalaman!"

"Untuk lelaki pulak sangat sengit ye lagi lagi Aayan dengan Izz yang dapat keputusan seri. So.. apa kata kita biar Fiona yang pilih," Coach Lyn menunggu Fiona untuk memberi jawapan.

"Saya pilih Izz," semua yang berada disitu memberi tepukan gemuruh buat Izz. Izz menghadiahkan senyuman seikhlas hati buat Fiona.

Fiona memandang Aayan yang sedang bercakap di telefon. Wajah Aayan kelihatan serius. Setelah Aayan mematikan panggilan telefon dia terus keluar dari ice rink itu.

"Amsyar... tengah buat apa tu?" soal Fiona lembut kepada adik lelakinya yang berada di sofa ruang tamu rumah besar itu.

          "Tak buat apa apa pun, kau nak apa?" Amayar menjungkit kan keningnya memandang Fiona yang hanya tersenyum manis.

          "Bawak kan aku pergi kedai boleh tak? Aku nak beli barang lah," Fiona mengusap lembut rambut milik adik nya itu.

          "Boleh tapi duit minyak motor aku kau bayar lah," Amsyar mula bangun menuju ke pintu utama rumah itu diekori oleh Fiona.

           "Kau nak keluar pakai baju macam ni ke?" Amsyar memandang pakaian Fiona atas bawah. Seksi la babun!

          "Alah, boleh kan? Nak keluar sekejap aje dekat kedai depan tu je kan," Fiona menuju ke motor Suzuki GSX - R 1000R milik Amsyar.

          Amsyar menghulur helmet berwarna hitam kepada Fiona. Fiona mengambilnya lalu memakainya di kepala.

          "Kau ni budak budak ke? Pakai helmet pon terbalik gila!" Amsyar menarik helmet di kepala Fiona lalu memakaikannya di kepala kakaknya itu.

          Amsyar memulas minyak motornya lalu memulakan perjalanan. Tanpa Fiona sedari ada dua buah kereta Honca Civic mengikuti mereka.

        Setelah sampai ke kedai, Fiona mula mencari barangan keperluannya kemudian membayar barangan itu.

          "Kak, aku pergi toilet kejap eh? Sakit perut lah. Aku rasa sebab nasi goreng kau masak pagi tadi kot," Fiona memukul bahu Amsyar kuat. Amsyar hanya tergelak kecil lalu pergi ke tandas awam.

           "Culik dia macam yang bos suruh. Aku nak tengok budak budak Levine's ni cari tak perempuan ni," tujuh orang budak budak dragon dengan bertatu naga dileher pantas menuju ke arah Fiona lalu mengangkat badan Fiona pergi ke kereta Honda Civic mereka.

          "Tolong! Tolong!" jerit Fiona cuba melepaskan diri.

           Anak buah dragon terkejut dek kerana cermin kedua dua kereta mereka pecah kesemuanya. Tayar juga pancit. Mereka tergamam.

          "Terkejut? Aku yang buat semua ni sebenarnya," celah satu suara yang sedang berdiri di atas bumbung Honda Civic itu dengan memegang sebatang kayu besbol.

          "Amsyar! Tolong aku!" jerit Fiona kuat. Amsyar yang sedang berdiri di atas bumbung pantas turun.

          Kayu besbol di tangan dibaling ke arah salah seorang anak buah dragon. Amsyar menepis ke semua serangan kemudian membuat serangan balas. Amsyar sangat mahir dalam ilmu pertahankan diri kerana dia telah menguasai taekwondo, silat dan juga muay thai semasa berumur 15 tahun lagi.

           Namun Amsyar tewas juga selepas sebuah lori gas datang dengan membawa dua belas orang di dalamnya menyerang Amsyar serentak.

          Tiba tiba mereka terdengar bunyi siren polis dikawasan itu tetapi tidak dapat jumpa kehadiran kereta polis itu. Mereka terus melanjutkan kerja belasah Amsyar.

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now