Fiona ligat mengemas beg untuk dibawa bersama ke Russia. Tetapi kali ini Fiona tidak pergi ke Russia dengan rakan-rakannya sahaja, kini dia pergi ke sana bersama anak pasangan kembarnya.
Jika diikutkan, dia tidak mahu membawa pasangan kembar itu tetapi disebabkan pembantu rumah mereka sedang mengalami sakit jadi dia terpaksa membawa pasangan kembar itu.
Nak suruh Amsyar jaga? Memang tak lah! Pernah suatu hari Fiona menyuruh adik lelakinya untuk menjaga pasangan kembar itu untuk satu hari, balik saja dari kerja, rumah Amsyar telah bersepah dengan butiran tepung merata-rata dan paling menyakitkan hati, Amsyar sedang lena tidur!
"Aadelle, ada nak bawak apa-apa lagi tak sebelum mama zip beg?" soal Fiona kepada anak perempuan sulungnya.
"Mine and Aayden's favourite winter coat."
"Alamak, pakai coat lain boleh tak? Mama tak jumpa lah coat favourite korang," kata Fiona sambil menggaru kepalanya.
Aadelle menggeleng perlahan sebelum menghulur dua pasang kot kepada Fiona.
"Ish ish ish, adult memang cari pakai mouth ke?" kata Adelle sambil memuncungkan mulutnya.
"Thank you sweetheart," Fiona mengucup sekilas dahi anak perempuannya. Aadelle tersenyum lebar sebelum menggeleng perlahan.
"No problem mama, itu kan memang tugas Aadelle."
"Mama, Aayden mengantuk," kata Aayden sambil menggosok perlahan matanya manakala sebelah tangannya memeluk bantal kesayangannya erat.
Fiona menoleh ke arah Aayden sejenak. Rambut serabai Aayden yang terjuntai ke bawah diraup ke belakang. Nampak sangat anak lelakinya itu terlalu mengantuk , lagipula harini mempunyai banyak aktiviti.
"Mama sibuk, jom kita tidur dulu Aayden," kata Aadelle memujuk adik kembarnya. Aayden mengangguk perlahan sebelum tangannya dirangkul oleh Aadelle.
Fiona menghantar pemergian pasangan kembar itu dengan matanya sebelum mengeluh perlahan. Dia juga sudah mengantuk tetapi ada kerja yang perlu disiapkan sebelum gerak pergi ke Russia.
Fiona mengukir senyuman nipis apabila melihat nama si pemanggil pada telefonnya.
"Hey, kenapa call?"
"Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh sahabatku dunia dan di akhirat," kata Tyara di hujung talian.
Fiona tertawa kecil sebelum menjawab salam.
"Eh mana dua ekor kembar tu? Aku rindu lah nak tengok dia."
"Dah masuk tidur dah, ni kau kenapa call?" soal Fiona semula. Memang suka tukar topik minah ni.
"Ni bila kau nak balik Malaysia? Aku nak kahwin dah hujung bulan nanti, jemput datang ye," jawab Tyara di hujung talian dengan senyuman lebar.
"Eh betul lah? Dengan siapa? Eh! Macam mana boleh tersangkut korang dua ekor ni!"
Fiona, anak-anaknya dan rakan-rakannya tiba di Russia dengan selamat. Mereka mempunyai rumah sewa sendiri yang telah di sponsor untuk masing-masing.
Championship itu berlangsung pada esok hari, jadi Fiona membawa anak pasangan kembarnya berjalan-jalan di bandar Russia yang sedang bermusim salji itu.
"Cepat pose! Mama nak tangkap gambar korang nak bagi Tok Ya nanti," Tok Ya merupakan nama panggilan Datin Aliya kepada cucu-cucunya.
Aadelle dan Aayden berpegangan tangan sambil sebelah lagi tangan menunjuk peace dengan senyuman lebar sehingga menayangkan lesung pipit.
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomansaCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...