Fiona baru sahaja hendak turun ke bawah untuk mencari Aayan kerana bangun sahaja daripada tidur, jejaka itu sudah tiada di sebelahnya. Namun Fiona dapat mesej daripada abangnya yang dia berada di rumah wanita itu.
Langkah Fiona terhenti di hadapan sebuah bilik di dalam rumah itu. Dimana bilik yang Aayan telah melarang Fiona daripada melangkah masuk di situ. Fiona yang berasa tidak sedap hati akan pintu itu yang terbuka sedikit terus melangkah masuk ke dalam.
Bilik itu sangat lah luas. Mempunyai sebuah meja dan kerusi kerja. Fiona terus melangkah mendekati meja tersebut. Komputer Aayan tiba-tiba terhidup, Fiona tanpa ragu-ragu cuba mengisi kata kunci komputer itu.
"Apa eh? Haa.." Fiona menekan papan kekunci itu dan akhirnya tekaannya tepat!
TING!
"Hm? Abang?" fail tentang Fathif Azeem tertera di situ. Segala isi maklumat tentang Fathif Azeem semuanya tertulis di situ dengan tepat.
TING!
Fiona terdengar suara daripada dalam laci meja itu, dia terus cuba membuka satu-persatu laci itu sehingga lah terjumpa satu laci yang terkunci.
Fiona menggaru belakang kepalanya. Dia cuba menyeluk sesuatu di dalam pasu bunga kecil. Tiada. Dia cuba menyeluk sesuatu di bawah meja itu.
"Gotcha!" kunci laci itu sudah berada di tangan Fiona. Fiona cuba membuka laci itu dan akhirnya... berjaya!
Terdapat satu telefon pintar berwarna hitam. Tiba-tiba sahaja telefon itu hidup, notifikasi dan dapat notifikasi.
TING!
Phoenix, we're on our way. Please wait..
Fiona berasa ragu-ragu ingin membaca isi mesej yang penuh. Nak tekan ke tak nak..
"Tekan je lah!" aplikasi WhatsApp dibuka. Kesemua nombor yang berada di dalam telefon itu langsung tidak di save. Fiona membaca isi kandungan mesej itu namun tangannya tergelincir dan terbaca mesej sewaktu 28 November, iaitu pada tarikh perkahwinan Fiona.
Tak sangka plan kita untuk kau kahwin dengan Fiona berjaya. Sekarang cuba siasat abang dia sebaik yang mungkin.
Fiona terkedu.
Tiba-tiba sahaja siren polis kedengaran dalam kawasan perumahan mereka. Fiona terus menyimpah telefon tersebut ke dalam poketnya sebelum berlari sepantas kilat turun ke bawah.
"Eh lepas lah!" Fathif Azeem sudah digari oleh pihak polis.
"Maaf encik. Encik telah ditahan atas tuduhan pembunuhan pelajar sekolah dan menjadi pengedar dadah, sila ikut kami ke balai untuk melakukan siasatan."
"Aku tak buat semua tu! Luth tolong bagitahu diorang aku tak bersalah!" Fathif Azeem meronta-ronta untuk melepaskan diri. Aayan hanya diam dengan tangan dimasukkan ke dalam poket.
"Kenapa ni?" soal Fiona dengan dahi yang berkerut.
"Liya! Tolong abang, abang tak bersalah. Abang dituduh Liya, abang tak buat semua ni!" kata Fathif Azeem dengan mata yang berkaca.
Fiona menoleh ke arah Aayan dan Zareef yang hanya berdiam diri.
"Syaitan macam korang layak masuk neraka," kata Fathif Azeem sebelum melangkah pergi.
Fiona menghantar pemergian abangnya hanya dengan mata. Pipi Aayan ditampar dengan kuat sehingga jejaka itu terteleng ke kiri. Dadanya turun naik dek kerana geram.
Aayan memegang pipinya yang terasa pijar dengan dahi yang berkerut.
"Sayang kena.."
"Kau tak payah nak bersayang-sayang sangat lah Aayan Hariez Luth. Aku nak kau terangkan apa maksud benda ni," Fiona menunjuk telefon yang dia jumpa sebentar tadi. Butiran mesej Aayan dan Zareef pada tarikh 28 November dibuka.
Terus membulat anak mata berwarna biru itu.
"Kenapa..."
"Kau jujur dengan aku, kau kahwin dengan aku atas sebab kerja bodoh kau tu je lah kan? Kau tak pernah langsung cinta aku kan?" soal Fiona dengan mata yang sudah berkaca. Telefon di tangan dicampak kuat. Aayan memejamkan matanya sejenak.
"Kau kahwin dengan aku sebab cinta atau sebab semata nak siasat abang aku?" Fiona mengetap giginya. Lututnya sudah terasa longgar mahu terjatuh tetapi masih menguatkan diri untuk berhadapan dengan suaminya.
Aayan diam. Dia menunduk. Cinta?
"Jawab lah! Jadi betul lah kau sebenarnya tak cinta kan aku langsung?"
Aayan hanya diam. Perasaannya bercampur baur. Dia sendiri tidak tahu perasannya pada insan dihadapannya yang digelar isteri ini.
Memang betul, pada awalnya perkahwinan mereka hanyalah perancangan sahaja. Dia merancang untuk berkahwin dengan Fiona supaya boleh menyiasat tentang Fathif Azeem dan supaya boleh menjaga Fiona daripada musuh-musuhnya kerana wanita itu telah terlibat dalam pekerjaannya.
Fiona menanggukkan kepalanya perlahan. Baik, dia sudah faham dan telah membuat keputusan.
"Ceraikan aku."
Aayan mengangkat kepalanya memandang Fiona tidak percaya. Namun riak wajahnya pantas dikawal. Air liur ditelan kesat.
"Fiona Auliya binti Furqan Aziz aku ceraikan dikau dengan talak satu."
Ringan saja bibir Aayan melafazkan perkataan tersebut.
Dengan sekelip mata, air mata Fiona telah mengalir dengan deras.
"All men are liars," bisik Fiona perlahan sebelum melangkah keluar daripada rumah itu. Namun Aayan dapat menangkap bisikan itu.
Aayan hanya menghantar pemergian Fiona dengan matanya. Hatinya tidak terdetik langsung untuk mengejar wanita itu. Mengapa?
Fiona menghampiri ibunya dengan tangisan. Datin Aliya yang tidak faham apa-apa terus membawa anak perempuannya ke dalam dakapan.
"Kenapa ni sayang?" soal Datin Aliya lembut seraya menyeka air mata Fiona. Datin Aliya sudah tahu tentang Fathif Azeem dan telah menyuruh suaminya ke balai polis.
"Kenapa? Pasal Luth ke?"
Fiona jatuh terduduk di hadapan ibunya. Air mata menjadi semakin deras.
"Li..Liya.. suruh Luth ceraikan Liya.." kata Fiona dengan tersedu-sedan.
"Dia ceraikan ke?"
Fiona mengangguk laju. Bibir Datin Aliya hanya mampu mengucap sahaja.
"Lu..Luth.. ta..tak cin..cintakan Liya, dia tak mampu nak mengaku," semakin kuat tangisan Fiona. Datin Aliya mengusap lembut belakang badan anak perempuannya.
"Sakit.."
"Kemungkinan dia bukan jodoh Liya ke? Banyak lagi lelaki lain yang boleh terima dan cintakan Liya. Liya muda lagi, mama tak harapkan apa-apa sangat daripada anak mama ni."
"Sakit.." Fiona memegang dadanya erat.
"Sudah, sudah... jangan nangis." Datin Aliya memeluk erat Fiona.
"Tapi Liya cintakan dia."
"Sebaik sahaja Luth dah berjaya buat Liya nangis teruk macam ni, Liya masih sayangkan dia ke? Liya tak pernah nangis teruk macam ni disebabkan lelaki tau."
"If he truly loves you he wont did this to you. Sekarang, dia sendiri tak mampu bukak mulut dan hanya berdiam diri, Liya rasa Liya akan boleh tahan ke dengan lelaki macam ni?" tambah Datin Aliya lagi. Semakin laju air mata Fiona mengalir.
Ya, sememangnya Datin Aliya tiada hak untuk berkata begitu. Namun demi untuk menguatkan semangatnya, Fiona perlu membenci Aayan demi tidak menyakitkan diri sendiri.
"Ala Bizkrillahi Tatmainnal Quloob."
"Hanya dengan ingat Allah sahaja hati kita akan menjadi tenang," Surah Ar-Ra'd:28.
Datin Aliya membisik Surah Yusuf ditelinga Fiona sehinggalah wanita itu tenang dan terlena di dalam dakapan ibunya.
Datin Aliya mengusap lembut wajah cantik anak perempuannya yang sudah pucat.
THE END
ceh takdela gurau je
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomanceCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...