"Assalammualaikum warahmatullah.." salam kedua diberi.
Aayan terus menadah tangan untuk membaca doa diikuti Fiona sebagai makmum mengaminkan doa suaminya.
"Aamiin.."
"Aamiin."
Tanpa menunggu lama Fiona terus menarik tangan Aayan untuk di salam lalu menarik tangan suaminya untuk mengikutinya.
"Eh sabar lah," ujar Aayan lembut. Sejadah mereka dilipat kemudian disangkut lalu tangannya lantas di tarik oleh Fiona keluar dari bilik mereka menuju ke ruang tamu.
"Duduk." arah Fiona mendatar sambil menepuk tempat duduk sofa disebelahnya. Aayan mengerutkan dahinya.
"Kenapa?"
Selepas mendapat jelingan tajam dari Fiona, Aayan pantas duduk di sofa sebelah isterinya.
"Teman sayang tengok k-drama boleh? Takut lah..."ujar Fiona sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.
Aayan menoleh ke arah tingkap, suasana di bandar New York masih gelap lagi kerana baru waktu subuh. Patutlah Fiona menyuruh dia menemaninya.
"Okey," jawab Aayan sebelum bersandar pada sofa itu. Mata dipejamkan seketika dek kerana mengantuk sambil menggenggam tangan Fiona.
Beberapa minit kemudian...
"Chagiyaa!" jeritan Fiona membuatkan Aayan serta merta terbangun kerana terkejut.
"Kenapa?" soal Aayan sambil memandang Fiona dan kaca televisyen silih berganti.
"Tak ada apa-apa hehe.. tengok tu Cha Eun Woo, hensem kan?" jawab Fiona sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk memandang kaca televisyen.
"Ha.. chagiya tu apa?"
"Sayang."
"Cha.. Eun.. Woo, sayang?" Aayan memandang ke arah Fiona dan kaca skrin televisyen tidak percaya. Fiona hanya mengangguk laju.
"Lepas ni kalau lapar coklat, mintak je Cha Eun Woo tu," ujar Aayan sambil memeluk tubuh. Mata dipejamkan.
"Alaa... jangan lah merajuk, orang gurau je," Fiona memeluk tubuh Aayan yang berada di sebelahnya.
"Tak nak dengar," Aayan tidak mengendahkan Fiona yang sedang memeluknya. Mata masih dipejam.
Seusai mandi dan mengemas beg, jam dikerling. Baru pukul 7 pagi. Amsyar terus turun ke bawah kerana perutnya berasa lapar.
Amsyar mengerutkan dahinya memandang Aayan dan Fiona sedang lena tertidur sambil memeluk sesama sendiri. Dengan skrin televisyen terbukaknya.
"Dia orang tertidur ke?" soal Aaira yang baru keluar dari dapur.
"Nampaknya macam tu lah gayanya," jawab Amsyar sebelum dapat satu idea.
"Woi, bangun dah maghrib!" jerit Amsyar kuat sambil spray muka pasangan itu dengan menggunakan botol kosong yang diisi air singki.
"Rumah banjir, lari!" jerit Fiona secara tiba-tiba terbangun. Kaki wanita itu lantas melangkah keluar dari rumah.
Aayan yang masih mamai terkejut dengan tindakan Fiona. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu apabila melihat Amsyar dan Aaira sedang tertawa besar.
"Pergi panggil kakak kau dekat luar," arah Aayan seraya bangun menuju ke dapur.
"Tak nak. Oi Aaira, pergi panggil minah tu dekat luar," ujar Amsyar seraya turut melangkah ke dapur ingin mencari makanan.
Aaira yang tiba-tiba diarahkan itu terus mengeluh berat. Kaki melangkah keluar rumah untuk memanggil kakak iparnya itu.
"Akak, buat apa dekat luar tu," tegur Aaira kuat dari dalam rumah apabila Fiona sudah dekat dengan pagar.
"Aaira!" Fiona terus melangkah mendekati Aaira yang berada di depan pintu rumah itu. Gadis itu dirarik olehnya.
"Jom lari cepat! Rumah banjir," ujar Fiona sambil menarik-narik Aaira yang tidak mahu keluar rumah itu.
"Ish, mana ada banjir kak. Cuba tengok, ada kita tenggelam tak? Tak ada kan? Amsyar tu je bangang pergi sembur air dekat korang," pujuk Aaira sambil menarik Fiona ke dalam rumah.
Fiona menggosok matanya beberapa kali. Dia kemudian telah hilang segala mamai terus melangkah mencari Amsyar. Budak bertuah tu!
"Farhan Amsyar bin Furqan Aziz!"
"Hi," tegur Harraz kepada Tyara yang sedang beratur untuk membeli kopi.
"Yes?" jawab Tyara mata masih memandang ke arah telefon pintarnya.
"Can I get to know you?" soal Harraz sambil menunjuk skrin telefonnya. Dia menunjuk chat nya bersama dengan Tyara tempoh hari.
"So, you ke unknown number yang tiba-tiba chat I? Where did you get my number?" soal Tyara cuba mengawal riak muka.
Sejujurnya, seseorang telah chat Tyara tempoh hari atas sebab ingin berkenalan dengannya tetapi tidak dilayan oleh Tyara, rupa-rupanya orang itu ialah CEO muda, Harraz Naufal.
"I got it from Fiona," jawab Harraz sambil tersengih-sengih. Tyara menjulingkan matanya ke atas, minah ni kan.
"So, can I get to know you?" soal Harraz mengharapkan Tyara memandang ke arahnya.
"Nope. Not interested," jawab Tyara seraya mengangkat muka untuk memandang ke arah pekerja kedai kopi itu.
"One iced latte please," pesan Tyara kepada pekerja itu.
"Make it two," sampuk Harraz.
"Sorry?"
"I said, make it two," Harraz menghulur kad miliknya yang berwarna hitam kepada pekerja itu untuk membayar kedua-duanya.
"Aight sir. Two iced latte," pekerja itu menghulur dua cawan kertas berisi ais latte kepada Harraz dan Tyara.
"Thanks. Nanti bagi account number, saya tak ada cash nak ganti balik duit tadi," ujar Tyara seraya mengambil kopinya tanpa memandang ke arah Harraz.
"Tak perlu. Saya ikhlas bayar tadi," jawab Harraz sambil mengeyitkan matanya. Tyara membuat muka jengkel memandang jejaka itu.
"Okey, bye." Tyara terus melangkah pergi meninggalkan Harraz.
"Jual mahal. I like it," ujar Harraz seorang diri sebelum bibir merah jambunya perlahan-lahan mengukir senyuman nipis.
Selama dia hidup, semua wanita terkinja-kinja hendak bersamanya tetapi Tyara lain, wanita itu langsung tidak melayannya walaupun di WhatsApp.
"Sekejap je, tiga hari je.." pujuk Aayan lembut kepada Fiona yang tidak mahu melepaskannya daripada pelukan.
Apabila mereka tiba di lapangan terbang untuk balik ke Malaysia, Aayan tiba-tiba dapat panggilan telefon. Jejaka itu perlu tinggal di New York dahulu atas urusan kerja.
"Kalau macam tu, Liya pun ikut abang lah tak balik Malaysia," jawab Fiona masih lagi memeluk badan suaminya itu.
"Mana boleh, lusa ada class kan? Jangan ponteng," jawab Aayan sambil mengusap lembut belakang badan Fiona.
"Abang pun ada class.. mana aci abang dapat ponteng, orang takut duduk sorang-sorang dekat rumah.." ujar Fiona sambil memuncungkan mulutnya.
"Tidur lah dekat rumah mama," jawab Aayan seraya memberi isyarat mata kepada Fathif Azeem dan Amsyar silih berganti menyuruh dua beradik itu untuk menarik Fiona daripadanya.
"Dah, jangan mengada. Kau ikut kitorang balik Malaysia hari ini juga," Amsyar menarik badan Fiona supaya lepas daripada memeluk Aayan.
"No, chagiya!" jerit Fiona apabila Amsyar dan Azeem sudah menyeret badannya jauh daripada Aayan.
Aayan yang berada di belakang mereka hanya melambai ke arah isterinya.
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomantikCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...