2⚔️

215 35 3
                                    

Happy reading you guys!

Tingkap kereta diturunkan. Polis tentera itu memandang gadis yang berada di dalam kereta tersebut sebelum memandang ke arah kerusi belakang. Ini merupakan satu tugas askar yang bergelar MP tidak kira waktu dan tempa. Penjagaan dan kawalan MP melibatkan kawasan mereka sangat ketat disebabkan kawasan itu adalah kawasan tentera tidak semua orang boleh masuk walaupun askar jika berkhidmat di Kem lain pasti kenderaan itu akan diberhentikan untuk pemeriksaan.

"Kad cik?" 

Kad diberikan dan dibawa masuk ke dalam pondok pengawal itu. Dia memandang jam dan memandang kanan kiri.

"Asal aku gementar ni, haih." tangan dibawa ke dada dan diusap bagi menghilangkan debar yang kian terasa.

"Selamat datang, Cik Ryllana," Ryllana menoleh ke kanan dan menunduk dengan senyuman diukir manis.

"Cik, boleh masuk dan ini pas kebenaran masuk. Bangunan medic dihujung sekali. Selamat bekerja."

"Terima kasih."

Kereta dipandu masuk ke dalam kawasan tersebut. Pintu ditolak bukas dan dilihat kiri kanan. Bangunan ini yang mempunyai satu tingkat itu dilihat, bangunan yang akan menjadi kediaman dan cabaran buatnya kali ini serta mungkin menjadi tempat kerjanya selama 3 tahun.

"Miss Ryllana?" Ryllana menoleh ke arah kanan terlihat seorang lelaki yang mengukirkan senyuman kepadanya.

"Ye, saya." lelaki yang memakai baju askar tersebut tersenyum sekali lagi

"Saya,Koperal Hanif, pembantu Psychologist. Biar saya bawa ke pejabat, Miss."

"Ouh, thanks but can I meet Dr.Masyitah first?"

"Saya minta maaf, Cik Ryllana. Sekarang Dr. Masyitah sedang ada sesi terapi. Dr. Masyitah sudah pesan bahawa dia akan pergi ke pejabat Cik Ryllana sekitar jam 10."

"Hmm, kalau macam tu okay lah."

Terkejut Ryllana ketika mendapati bahawa dia akan berada dalam bilik yang luas ini. Ingat akan duduk dengan yang lain namun tidak. Ryllana merehatkan diri di kerusi kerja itu sambil mengingati semula jalan hidupnya.

Tidak disangka ,dirinya baru sahaja menyelesaikan penggajian Master di Stanford University dan terus dapat kerja kat sini . Rezeki untuk buatnya kali, selepas menghabiskan degree ,Ryllana mula bekerja di bawah Dr.Masyitah dalam bidang forensic psychology setelah setahun ,dia terus buat keputusan sambung belajar as a part time student diatas perjanjian dengan pihak JPA pada mula yang pihak tersebut tidak membenarkan niatnya sebelum tamat ikatan itu. Alhamdulillah dengan pertolongan Dr.Masyitah, Ryllana boleh menamatkan perjanjian itu dan tukar status kepada full time student.

"Mengelamun lah tu," Ryllana memandang ke arah pintu dan melihat susuk tubuh Dr.Masyitah yang tersenyum itu.

"Dr!" terus dia bangun dan memeluk Dr.Masyitah.

"Rindunya dengan Dr."

"Hahaha, rindu nak pau saya lah tu," Dr. Masyitah memandang gadis itu dengan penuh makna.

Ryllana tersenyum malu

"Hehehe, mana ada. Hmm, lama juga Dr. Masyitah buat sesi. Berapa orang?"

Mereka duduk di sofa yang empuk itu.

"Dalam 3 orang macam tu, biasalah sekarangkan musim diorang balik. Hmm, kamu macam mana master okay?. Dekan kan 4 flat,"

Ryllana mengangguk

"Alhamdulillah, semuanya berkat Dr ajar. InshaAllah saya dapat graduan terbaik lagi."

"Kongsi ilmu je, Ryll."

Ryllana memegang tangan Dr. Masyitah

"Terima kasih, Dr. Sebab percaya saya lagi jadi assistant Dr lagi."Dr. Masyitah berkerut.

"Saya yang patut berterima kasih, awak terima tawaran saya tau. Saya ni, mungkin dah terlalu selesa dengan kamu sampai tak selesa dengan pembantu saya yang lain . I don't know but I feel calm jika dengan kamu. Nasib saya tengok status, kamu kata kamu dah habis belajar dan tengah cari kerja."

"Ish Dr ni.Dr, dahlah banyak ajar saya. Terima kasih, Dr."

"Ni jika saya lambat, saya pasti Dr.Lew akan ambil awak ni."

"Heheheheh, dr the first one. "

Dr.masyitah tersenyum

"Okay tak, pejabat ni?"

"Tak besar sangat ke, Dr?"

"Eloklah ni, orang dah bagi kan. Okaylah kan, nanti saya tolong apa yang patut. Lupa nak bagitahu kamu. Oh iya, jom kena tengok kawasan ni. Ni camp base baru, rasanya awak tak pun pernah datang sinikan."

Ryllana mengangguk.

"Ayah saya pun baru tahu, biasalah orang dah pencen."

"Kalau gitu jom."

.....

Kafeel memerhati setiap kegiatan anak buahnya. Ada yang sedang berbual ,ada yang sedang menulis surat , ada yang tidur sekejap dan ada yang menatap gambar orang tersayang. Bunyi bising enjin kapal terbang askar yang dipanggil charlie ini langsung tidak mengganggu mereka.

"Tuan Kafeel," dia menoleh ke arah kiri.

"5 minit lagi." dia mengangguk.

Nabil memandang Kafeel terus menarik rantai besi askar miliknya yang tergantung dileher.

"Rantai korang." semua mula menyerahkan rantai tersebut kepada Nabil.

Kafeel bangun dan memandang yang lain sambil berpaut pada tali yang ada untuk menyeimbang badan.

"Ingat, mati atau tertangkap sekali pun, kau bukan kau. Jaga nama negara kita, Faham!"

Mereka mengangguk faham dan bangun untuk bersedia terjun keluar dari kapal terbang charlie ini.

Nabil memandang kafeel yang menatap rantai yang diberikan kepadanya.

"Tuan, saya pasti kita semua selamat,"

Kafeel mengangguk

"InshaAllah."rantai tersebut ditanggalkan dan diserahkan kepada sarjan yang tadi.

Pintu sudah dibuka, beberapa anak buahnya telah pun terjun.

"Dan Semoga berjaya, Tuan!"

Tabik hormat diberikan sebelum Kafeel terjun dari kapal tersebut.

I hope you enjoy my story. Jangan lupa komen dan vote tau.

Kafeel's Meltdown CreationWhere stories live. Discover now