Ryllana memandang pihak atasan dan Dr. Masyitah yang telah keluar daribilik mesyuarat ini. Hanya meninggalkan dirinya disitu untuk mengemas apa yang patut. Komputer di tutup sebelum kembali ke tempatnya tadi. Beberapa kertas disusun kembali. Bunyi notifikasi membuat Ryllana mencapai telefonnya dan mesej yang dihantar oleh Kafeel itu dibaca.
Kafeel
"Aku sampai dalam 10 minit lagi. Jangan lambat tau, Ryllana." "Lambat, aku gigit pipi kau tau."Ryllana tersenyum sebelum membalas mesej tersebut. Dengan hanya memberikan emoji tabik hormat sebelum kembali menyusun kertas-kertas tersebut. Hari ini mereka akan melakukan ujian HIV dan Talasemia sebelum lelaki itu perlu melakukan misi yang telah diarahkan.
Suis lampu ditutup. Kaki menapak keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Tangan yang menjinjing beg tote dan tangan memegang kertas-kertas itu dengan penuh berhati-hati.
"Boleh saya tolong?" kata seseorang sehingga membuatkan Ryllana mendongak.
Tag nama lelaki itu dilihat sebelum memandang wajah tampang lelaki itu. Ryllana senyum.
"Thanks for offering Tuan Qalif, but I'm good on my own." Ryllana menunduk hormat sedikit sebelum melimpasi lelaki itu.
Langkah Ryllana terhenti apabila Kapten Qalif menghalang laluannya. Lelaki itu berusaha untuk menolong dirinya.
"Meh sini aku tolong." kata Qalif dengan bersungguh-sungguh. Ryllana tetap menggeleng.
"Tidak perlu Tuan Qalif. Saya okay sahaja sekarang ini." Baru sahaja, tote beg itu beralih tangan.
Satu tangan lain merampas beg tersebut. Ryllana dihalang oleh badan tegap dan tinggi Kafeel yang seakan-akan melindungi dirinya daripada ancaman bahaya.
"Dah tak faham bahasa melayu ke?" serunya, matanya menyala memandang Qalif yang sekadar mengukir senyuman.
"Faham cuma nak tolong."
Kafeel memandang Ryllana yang diam dibelakangnya.
"Dia tak nak kau tolong... Apa-apa pun terima kasih sebab prihatin dengan tunang aku." kata Kafeel dengan menegaskan perkataan tunang itu.
"Kalau kau dah ada baguslah, aku pergi dahulu," baru sahaja lelaki itu berpaling. "Kafeel, kau tahukan kalau diorang tak dapat aku, fokus diorang akan beralih pada dia."
"Aku tahu dan kau tak perlu risau." Qalif mengangguk.
Ryllana memandang raut wajah Kafeel yang menegang itu.
"Okay tak ni?. Awak macam ada something dengan dia." Kafeel menoleh memandang Ryllana tersebut.
Kafeel menggeleng, menatap Ryllana dengan serius. "Jangan berdepan dengan dia seorang diri. Kalau dia nak tolong kau, jangan terima." Ryllana berkerut.
"Dia bukan orang yang patut kau percayai," kata Kafeel dengan nada yang menentang. "Dia seorang pegawai yang akan guna cara licik untuk dapat kemahuan dia."
Mata Kafeel memandang kereta Qalif yang bergerak itu. Dia dapat menghidu sesuatu dalam tindakan lelaki itu tadi. Tapi tidak pasti apakah itu.
.....
Ryllana memandang Kafeel yang keluar dari pada bilik mengambil darah tersebut. Lengan lelaki itu diturunkan sebelum Kafeel duduk disamping Ryllana setelah ujian talasemia dan HIV untuk syarat pernikahan diambil.
"Sakit tak?" kata Ryllana dengan perasan ingin tahu. Lelaki betul-betul tak tahu jarum ke?. Kapten Yoo Shi jin dalam cerita Descendants of the Sun pun yang cool itu boleh terkejut masa kena cucuk.
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Random(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...