Korang nanti kalau dah baca sampai chapter ni, jangan lupa komen tau. Thanks
Satu botol cadbury muncul di hadapannya. Ryllana mendongak memandang Dr.Masyitah yang tersenyum.
"Dr, macam tahu-tahu je saya perlukan ni."
"Mean awak dalam masalah ke?" Dr.Masyitah mengusap bahu Ryllana.
Ryllana menggeleng. Dr.Masyitah memandang Ryllana yang hanya senyum sambil tangan laju membuka plastik coklat tersebut.
"Ada masalah masa awak belajar kat Standford kan,"
Ryllana terdiam.
"Ryll, ada sesuatu berlaku ke? Lately, Dr nampak kamu makan ubat. " Ryllana menggeleng.
"Tak de apa-apa. Dr. Nervous je lagipun dah nak graduate hahaha." Dr.Masyitah memandang tepat mata Ryllana.
"Ubat?"Ryllana senyum
"Itu ubat resdung saya. Doktor boleh check data saya kat hospital kalau doktor masih tidak percaya. " Ryllana memandang Dr.Masyitah yang seakan cuba mencari kebenaran tersebut.
"Saya pasti awak tak tipu saya, Ryllana"
"Hmm, Dr datang sini mesti ada hal kan." Dr.Masyitah menghulurkan satu kertas kepadanya.Ryllana mengambil kertas tersebut sebelum laju membaca perihal surat tersebut.
"Misi kemanusiaan?" Dr.Masyitah mengangguk
"Saya nak hantar nama awak dengan Hanif, mahu tak?"Ryllana mengangguk laju. Sudah lama berharap, akan ada rezeki untuk melakukan aktiviti kemanusiaan. Akhirnya,doanya terjawab.
"Tanya parents kamu dulu, minta kebenaran diorang esok mesej saya balik."Ryllana tersenyum dan mengangguk laju.
"Baik, Dr."
.......
Di padang bola tampar yang cerah,beberapa anggota askar sedang bersenam bagi menguatkan otot badan sebelum melakukan sukan petang. Kafeel yang sedang berlari setempat itu berhenti setelah melihat kehadiran Ryllana di padang tersebut. Mata dapat menangkap sosok tubuh Qayyum yang memberikan senyuman kepadA Ryllana, secara tidak sedar mukanya berkerut tidak puas hati melihat situasi tersebut.
"Nabil!"Nabil segera mendekati Kafeel sambil tangan memegang tali skipping.
"Mejar Ibrahim dah approve belum?"
"Ouh, tentang tu ke?. Abah aku kata dia tengah bincang maybe next misi, dia bawah kau" Kafeel mengangguk.
"Baguslah kalau gitu."
Suasana gembira awalnya segera berubah apabila Kafeel, dengan senyuman licik di wajahnya, secara sengaja melontar bola tampar ke arah Ryllana yang sedang memberikan sokongan kepada Qayyum, menyebabkan permainan terhenti. Semua anggota memandang Kafeel dan Ryllana yang juga terkejut.
"Cik Ryllana okay tak?" Qayyum memandang Ryllana dengan riak muka yang agak risau. Lontaran itu agak kencang dan tak mungkin gadis itu tidak merasa apa-apa.
"Meh, sini bola tu." Bola yang ditangan seorang anggota askar dirampas dengan perasaan marah yang mula menggunung.
Kafeel memandang Kafeel dengan pandangan tajam, "Apa masalah awak?. Tuan Kafeel sengaja lontar bola ke arah saya kan."
Kafeel membalas dengan nada sinis dengan tangan mencekak pinggang. "Tak, aku nak hantar kat Nash, tengok-tengok kau pula kat situ."
"Tuan Kafeel tak puas hati dengan saya ke?"Ryllana berkerut
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Random(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...