22⚔️

89 15 1
                                    

Happy ke tu saya update setiap hari.

Ridzuan membuka pintu penumpang sebelum memandang susuk tubuh Cik Kalisha yang melangkah turun dari tangga lobi apartment tersebut dengan membawa beberapa beg. Ridzuan menurunkan sikit kepalanya cuba melihat Kalisha yang menunduk.

"Cik Kalisha okay?" tangan Kalisha naik untuk mengesat air matanya.

"tsk tsk He left me tsk tsk." tersentak Ridzuan apabila Kalisha menjatuhkan dahi pada dadanya. Gadis itu menangis semahunya disitu tanpa Ridzuan berusaha untuk memujuknya.  Ridzuan hanya diam membiarkan Kalisha untuk melepaskan segalanya.

Pintu kereta ditutup setelah Ridzuan menyimpan semua barang kalisha dan memandang Kalisha yang sekadar mendiamkan diri sahaja melalui cermin kereta tersebut.

"Cik Kalisha, nak saya bawa Cik Kalisha ke Hospita..."

"I'm not pregnant, Ridzuan... Please don't assume that he left me because he's irresponsible. Do you know, he's cheated with me? Ugh, worthless man. Men are useless. He used my money to feed his other girlfriend. ARGHH geramnya aku."

"I already warned you, Miss Kalisha." Kalisha memandang Ridzuan dengan muka tidak puas hati. Tahulah dia, yang Ridzuan pernah memberitahunya tentang itu, tapi dia tak percaya. Because she likes that man but doesn't  mean that she love him. Those are two different words, alright!

......



Langkah Ryllana terhenti apabila melihat beberapa kotak berada di depan pintu studio miliknya. Ryllana berkerut sebelum mendekati kotak tersebut takut sahaja ancaman seperti dia mana pernah alami dulu. 

"Flower knows and Sulhwasoo?" Ryllana mula musykil, setahunya dia belum lagi memesan produk itu sejak hari itu. Kenapa produk kesukaannya itu berada disitu. Baru sahaja dia mahu menoleh ke kiri. Kelihatan seorang figure lelaki duduk di kerusi membuatkan dia agar terkejut dengan perkara yang dilihatnya ketika ini. Itu Kapten Kafeel Luqman!.

"Suka tak?"

Ryllana memandang lelaki itu dengan perasan yang agak terkejut. Kenapa lelaki itu berada didepan rumahnya dan macam mana lelaki itu tahu akan tempat tinggalnya. Pelbagai soalan mula terbit di mindanya ketika ini.

"Kapten Kafeel," Kafeel bangun sebelum mendekati gadis itu. Langkah terhenti apabila Ryllana memberi isyarat untuk ditidak mendekati diri gadis itu.

"Aku minta maaf Ryll. Sungguh, dari sudut hati aku. Aku minta maaf dengan perbuatan aku tempoh hari dan malam itu. Ryll, tolong maafkan aku." Ryllana meneliti raut wajah lelaki itu yang mengambar bahawa lelaki itu benar menyesal dengan tindakan yang pernah dilakukan oleh lelaki itu. Ryllana menarik nafas sebelum memandang lelaki itu, teringat pesanan ayahnya Encik Mussafar agar sentiasa memaafkan orang yang menyakiti dirinya.

"Saya dah lama maafkan. Sejak hari tu lagi... Tapi ada satu je, saya tak dapat maafkan iaitu t.."

Kafeel mendekati gadis itu.

"Ye aku tahu, sebabkan aku,  produk skincare kau dan make up yang beratus ringgit hancur. That is why aku belikan semua tu semula. Suka tak?"

Ryllana memandang kotak bertimbun itu. Semua itu, seriuslah!

"All of them?" Kafeel mengangguk

"Hmm kau suka tak?. Aku tak tahu mana satu kau suka. So, aku beli hampir semua collection yang adam"

Ryllana terkebil-kebil, Lelaki gila ke? Satu botol pun boleh capai beratus ringgit apalagi set.

"Untuk saya?"

Kafeel mengangguk sebelum melabuhkan punggung diatas lantai dan bersandar di dinding luar itu. Penat yang terasa akhirnya dapat dilepaskan jua.

"Tak suka, tak pe ,aku b..." Ryllana terus menggeleng. Gila ke lelaki ni nak ambil balik. Tak boleh, dah bagikan so nanti buruk siku.

Kafeel's Meltdown CreationWhere stories live. Discover now