Kafeel menghirup air yang dihidangkan itu dengan perlahan sebelum meletak kembali cawan teh tersebut di atas meja. Mata itu meliar ke sekitar pelusuk rumah untuk mencari kelibat gadis itu, mana gadis itu?. Gadis yang seolah-olah tercipta khas untuk setiap ciptaan dan jalan untuk dia untuk berasa selamat daripada segala memori yang asyik mengusarkan hati seorang lelakinya.
"Qayyum kenal dia?" Encik Musaffar memandang Qayyum yang berada di ruang tamu itu juga. Qayyumterus mengangguk.
"Ketua saya, pakcik. Dia ketua team alpha."
Kafeel menegakkan badannya dan menunduk hormat sedikit.
"Maaf, jika kedatangan saya ini agak mengejutkan dan mungkin dianggap tidak sopan. Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan diri saya, Saya Kafeel Luqman. Boleh panggil Kafeel."Baru sahaja, Kafeel ingin menyambung apa yang ingin diperkatakan. Seorang lelaki mula berbicara."Apa tadi nama kau?..." lelaki yang kelihatan muda itu memandang Kafeel.
"Kafeel."
Lelaki itu mengangguk kemudian memandang Encik Mussafar yang seakan memberi arahan itu. Lelaki itu menegakkan badannya. Cuba mencipta satu aura yang menggerunkan.
"Aku Rafael, abang sulung Ryllana 29 tahun. Ini Rafiq, abang kedua 28. Ni ayah,Encik Musaffar, ini pulak Pak long Ryllana."
Kafeel berjabat tangan dengan semua orang disitu kecuali Qayyum yang hanya memandang dirinya sahaja. Kafeel mengesat telapak tangan pada seluar di paha bagi menghilangkan peluh yang kian terasa. Nervous pula macam kena soal. Kafeel perlahan mengatur nafasnya semula agak tidak menampakkan dirinya seperti dalam keadaan yang kurang berkeyakinan tinggi.
"Adik, ni umur berapa?" Paklong melihat Qayyum dan menunjuk ke arah Qayyum. Kafeel mengikut isyaratt itu.
"Kalau qayyum 27 jadi kamu?"
"Umur saya 32 tahun tapi birthday saya lambat lagi, bulan disember jadi still 31." Kafeel mengukirkan senyuman.
"Taste anak abang sorang ni, memang orang yang lebih tua ke?" Encik Mussafar memandang Kafeel sebelum memandang adik-beradiknya yang seperti mahu menjadi Makcik Bawang itu.
"Baru dapat naik pangkat ke?" Kafeel menggeleng.
"Tiada, hampir 4 tahun dah. InshaAllah, 2 tahun lagi dapat pakai mejar." Encik Mussafar mengangguk, sebelum dapat menghidu perbuatan Kafeel yang sekali-sekala cuba menjenguk gadis-gadis yang berada di ruang satu lagi.
"Jadi kau abang, hmmm faham...apa hajat kau ke sini?. Ryllana yang jemput kau ke?. Sebab setahu aku, kalau dia jemput seseorang, Ryllana akan minta izin umi abah dia dahulu. Dan kau, datang secara tiba-tiba." Rafiq memberi pandangan yang agak gerun kepada Kafeel namun Kafeel hanya sekadar senyum.
Baru sahaja Kafeel mahu memberitahu hajatnya,tiba-tiba Ryllana muncul di ruang tamu ini membuatkan semua orang mengalih perhatian kepada Ryllana.
"Saya sebenar...."
"Kapten Kafeel nak borang kesihatan anggota tuan kan. Ni dia, kita jumpa kat luar."
Mata Ryllana memandang dalam mata Kafeel meminta Kafeel mengikutnya. Kafeel yang faham akan perintah itu memandang Encik Mussafar dengan mata masih memandang Ryllana. Menyatakan dia tak nak pergi sekarang.
"Ryllana, kenapa kelam kabut ni?. Orang tu baru sampai dari Mindef."
Ryllana memandang Maklongnya dan uminya yang menggeleng. Bukan nak kelam-kabut cuma dia tak nak!. Tidak mahu, lelaki bernama Kafeel ini duduk lama-lama di rumahnya. Nanti adalah perangai yang entah apa-apa muncul.
"Tak pe Cik,saya berbual dengan Ryllana sekejap. Boleh ye?"
"Boleh ,lepas je berbual meh masuk. Kita makan sekali berborak. Hari ni, kakak Ryllana, tunang ada banyak makanan." Kafeel senyum
"Boleh pakcik, sekejap ye. " Kafeel bangun dan mengikuti Ryllana yang menuju ke halaman rumah itu. Kafeel memandang Ryllana dari bawah ke atas, cantik sungguh gadis ini. Terlalu cantik sehingga boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Tidakkah gadis ini sperti mempunyai kuasa magik sehingga busana baju kurung berwarna peach itu sangat sesuai dengan kulit Ryllana. Ditambah pula, dengan corak dan rekaan baju itu membuatkan susuk badan Ryllana menjadi lebih tinggi daripada biasa. Gadis ini sangat pandai memadankan pakaian yang sesuai untuk dirinya.
Ryllana memandang Kafeel yang tampak sedang menenung dirinya dengan senyuman yang terukit. Eii, lelaki ini pervert ke?. Sudahlah bercerita dengannya tentang masalah sexual dan ini pulak. Argh, Mak. Kita takut.
"Awak ni kenapa ye, Encik kapten kafeel?"
Kafeel senyum sebelum mendongak memandang gadis.
"Aku dah cakap, Ryllana. Kalau kau tak jawab call atau balas mesej aku, memang kau nampaklah batang hidung aku kat sini."Ryllana mengeluh.
"Kan saya dah cakap..." Kafeel segera memotong bicara Ryllana tersebut, tidak mahu mendengar alasan yang keluar daripada bibir mongel gadis itu. Gadis ini petah sungguh berbicara daripada awal pertemuan mereka. Ada juga bibir itu dia "ngap".
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Random(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...