24⚔️

94 11 0
                                    

Ryllana sekadar memerhati Kafeel yang sedang memasak daripada kedudukannya dimana dia bersandar diantara luar dan dalam rumah. Lelaki itu berada di dalam rumahnya walaupun pintu dibuka tapi dia tetap tak selesa dengan tindakan lelaki itu yang berkeras mahu menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Sudahlah dipaksa untuk makan malam bersama. Lelaki ini memang jenis memaksa ke?.

Kafeel melirik ke arah Ryllana yang tampak mengelamun sambil bermain dengan tepi kain baju yang dipakai gadis itu. Mesti gadis itu bosan dan penat berdiri daripada tadi, nak suruh gadis itu memang dia tak bagi. Tak nak gadis itu menolongnya, dia boleh buat sendiri.

"Kau duduk jelah?" Ryllana mendongak dan menggeleng.

"Tak boleh!, nanti apa pula jiran saya kata. Dua orang bukan mahram duduk dalam satu rumah." Kafeel yang sedang memotong lobak merah itu sekadar mengangguk. Kalau gadis itu sudah berdegil macam tu, baiklah ikut sahaja.

"Ryllana?" Ryllana berpaling ke belakang dan menunduk hormat kepada seorang makcik yang sedang membawa pinggan. Apartment yang diduduki ini, mempunyai dua jenis rumah iaitu rumah keluarga dan rumah studio. Disebabkan ada rumah keluarga, pasti ada keluarga yang mendiami bangunan ini.

"Assalamualaikum, makcik."

"Waalaikumussalam." Makcik itu senyum sambil memandang Kafeel yang juga menunduk hormat sedikit.

"Siapa tu?" Ryllana memandang Kafeel dan mengukirkan senyuman. Kita nak orang nampak kita baik, kena ukirkan senyuman sentiasa even jahat pun tetaplah ukirkan senyuman. Oops, terceramah jap.

"Kawan, dia nak masak. Itu yang saya buka pintu ni." Ryllana memandang makcik tua yang mengangguk tersebut. Makcik Tua itu diperhati atas kebawah, hm ada possibility nak jadi makcik bawang ni.

"Patutlah, terfikir juga semenjak dua menjak ni pintu rumah asyik terbuka, ingat kamu nak mengemas ke apa?. Anak makcik kata ada lelaki selalu. Bagus kamu buat macam ni, Ryllana. Kamu masih ingat dengan aturan Allah. Susah sekarang lelaki dengan perempuan berdua-duaan. Fahamkan."

Ryllana hanya mengangguk sebelum menjeleng ke arah Kafeel yang mungkin dengar atau tak dengar itu. Disebabkan lelaki itu, dia dah kena ceramah dah.

"Faham, makcik." pinggan dihulurkan membuatkan Ryllana memandang makcik itu.

"Ni makcik ada buat buah salut gula tu, biasalah cucu makcik, ambil ye." Ryllana menerima huluran pinggan tersebut.

"Terima kasih makcik."

......




Kafeel sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sup tomyam yang dimasak olehnya itu mula menoleh ke arah Ryllana yang bercakap dengan makcik itu. Sebelum, memberi tumpuan kepada sup tomyam itu semula.

"InshaAllah, terima kasih ye makcik."

Ryllana menuju ke arah Kafeel sambil membawa pinggan yang berisi tanghulu tersebut. Kafeel tanpa sedar, tersenyum kerana dapat melihat Ryllana serupa kanak-kanak yang baru diberikan gula kapas itu. Ryllana mengambil satu cucuk dan menghulurkan kepada Kafeel. Kafeel menggeleng.

"Jap lagi." Ryllana mengangguk sambil dia menikmati tanghulu itu.

Tudung periuk diambil lalu menutup sup tersebut untuk membiarkan ia mendidih. Kafeel memandang Ryllana dengan muka yang terkejut. Gadis itu dah habiskan 3 cucuk tanghulu, serius girl. You don't eat anything yet.

"Hm, awak!" Kafeel merampas satu cucuk tanghulu daripada tangan Ryllana ketika gadis itu cuba menikmati satu lagi cucuk. Pinggan juga dirampas sehingga Ryllana mencemberut, masam muka jadinya.

"Kau tak makan lagi nasi tau, nanti kenyang siapa nak habis tomyam ni." Ryllana menunduk,

Boleh nampak gadis itu marah dengannya. Namun, Kafeel biarkan sahaja,pinggan tanghulu itu dibawa dan disimpan di dalam peti ais.

Kafeel's Meltdown CreationWhere stories live. Discover now