Langkah Kalisha terhenti apabila melihat susuk tubuh Kafeel berada di halaman rumah tanpa ada lampu yang memancar cahaya di kawasan itu. Butang kecil tepi peranti nipis yang dipegang ditekan dan waktu pada skrin telefon itu dilihat. Muka terus berkerut sebelum memandang abangnya.
"Abang buat apa kat luar tengah pagi buta ni?" kaki mula melangkah mendekati kafeel yang sedang duduk sambil mendongak ke arah langit.
Kafeel yang sedar akan kehadiran adik perempuannya itu hanya membiarkan gadis itu duduk di kerusi rotan disebelahnya. Gula pudina yang dimasukkan kedalam mulut sudah menjadi kebiasaannya untuk mengatasi masalah mentalnya dengan menghisap gula pudina itu.
"Cantikkan."
Kalisha hanya mengangguk sebelum menghirup hot chocolate yang dibuatnya sebentar tadi.
"Abang teringat papa ke?"
Kafeel menghembus nafas yang berat, bukan arwah papa yang dirinduinya sekarang ini. Namun, gadis itu. Gadis bernama Ryllana Daniyah yang pergi hampir 3 hari lepas. Ketiadaan gadis itu membuatkan dunia berhenti sekali lagi. Hampir sama dimana Papa pergi meninggalkan dirinya di depan mata dan ketika dirinya tak dapat buat apa-apa.
"Tak cuma..."
"Gadis tu ke?" Kafeel hanya sekadar tersenyum dan menoleh ke arah Kalisha memberikan senyuman yang membawa makna.
"Kau ni asal tak tidur lagi?"
Kalisha senyum senggih.
"Assignment." Kafeel mengangguk
"Tidurlah, tak baik untuk kesihatan if kau asyik tidur lewat. Boleh-boleh kau dapat sleep disorder."
"Baik, Tuan."
Dilihat kembali adiknya, senyuman terukir tanpa sedar. Adik nya itu kehilangan kasih sayang seorang ayah dan sekarang dia yang galas tanggungjawab tu. Namun, dengan masalah yang dihadapi itu,Datin Husniza dan Kalisha yang menjaga . Terbalik pula, patutnya dia jadi macam papa jaga keluarga ni tapi.
"Would you like me to make some clothes for you?" laju Kalisha mengangguk, mata gadis itu terus bersinar bak berlian yang sangat mahal.
"Serius ini?" Kafeel bangun dan mengangguk.
"Jom, aku tak boleh tidur juga ni." Kalisha tersenyum mengikut langkah abangnya menuju ke studio kecil yang terletak di belakang rumah itu. Studio kecil dimana pelbagai fabrik dan ciptaan agung abang terhasil disitu. Tidak kira, baju atau lukisan mahupun idea kreatif akan dicipta di studio kecil itu.
.......
Qayyum menyalam tangan rafael yang merupakan abang Ryllana tersebut. Persahabatan mereka berdua terjalan setelah majlis kenduri hari itu tidak disangka sehingga persahabatan itu seperti lama dibina.
"Abang, saya dah order air. Milo ais dengan gula kan?". Rafael mengangguk sambil menarik kerusi lalu melabuh punggungnya.
"Macam dengan team baru?" Qayyum mengangguk.
"A bit tough latihan dia. Biasalah, saya kena ikut pace Tuan Kafeel. Abang pula kerja?'
Rafael mengangguk sambil menaip sesuatu pada layar telefonnya.
"Biasa polis. Dengan kes baru-baru ni lagi. Banyak benda yang perlu disiasat balik. Ouh, Ryllana ada call Qayyum ke?"
Qayyum menggeleng sebelum menyedut air yang baru dihidangkan itu.
"Tak, tiba-tiba je dia bercuti." Rafael tergelak
"Itulah tu, abang pun terkejut juga. Dia call umi abah, masa dah sampai California kata nak bercuti. Hampir gugur jantung orang tua tu, anak dia tiba-tiba bercuti. "
![](https://img.wattpad.com/cover/357759173-288-k263315.jpg)
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Разное(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...