41⚔️ (new)

123 11 0
                                    

Kafeel memandang Ryllana yang sedang duduk disampingnya. Senyuman diukirkan ketika melihat gadis yang akan sah menjadi miliknya sekejap nanti. Nafas ditarik  dan dihembus perlahan sebelum menghadap Tok Kadi, Encik Mussafar dan Rafael. Baru sahaja, tangan mahu menyambut tangan Encik Mussafar.

"Boleh berikan saya sedikit masa untuk berpesan kepada pihak lelaki?" kata Encik Mussafar sambil memandang anak perempuannya itu dengan senyuman yang tidak dapat digambarkan.

"Kafeel." Kafeel memandang Encik Mussafar yang senyum. "Selama 26 tahun ini, Ryllana hidup bersama abah. Abah jaga putri abah dengan penuh kasih sehingga hidupnya menjadi indah. Abah juga selalu berusaha memenuhi segala permintaannya walapun ada hal yang mungkin  abah tak dapat berikan. Hari ini juga, abah yakin telah memberikan yang terbaik untuknya, termasuk kamu." kata Encik Mussafar sebelum memandang mata Ryllana sudah bertakung air mata itu.  

"Abah tak meminta banyak dari kamu, Kafeel. Abah ingin pesan, tolonglah jaga dan sayangi dia sebaik-baiknya, sebagaimana kamu menjaga dan menyayangi negaramu. Utamakan Ryllana sebagaimana kamu mengutamakan kedaulatan negaramu yang kamu cintai. Warnalah kehidupan Ryllana selepas ini, seperti mana abah dah warnakan. Boleh Kafeel?"

Kafeel memandang Ryllana disamping dan mengangguk.

"Kalau begitu, Alhamdulillah. Jom mulakan ijab Kabul."

Tangan Encik Mussafar bersentuhan dengan tangan Kafeel untuk melakukan proses ijab kabul.

"Bismillahirrahmanirrahim, Kafeel Luqman bin Dato Iskandar Hamid." kata Encik Mussafar.

"Saya." Jawab Kafeel.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Ryllana Daniyah binti Mussafar dengan mas kahwinnya seutas rantai emas bernilai 12000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Ryllana Daniyah binti Mussafar dengan mas kahwinnya seutas rantai emas bernilai 12000 ringgit tunai." kata Kafeel dengan perlahan dan lancar. 

Sebuah gaun pengantin mewah kembang tergantung itu dilihat oleh Ryllana yang masih dalam bathrobe-nya itu. Meneliti betapa indahnya rekaan pereka yang menghasilkan gaun majlis resepsi hari ini. 

Ia mempunyai skirt panjang yang mengalir dengan hiasan kain nipis diatas yang dihiasi dengan sulaman bunga halus dalam pelbagai warna. Bahagian badan badan dihiasi dengan sulaman bunga kecil, memberikan nilai romantik yang selaras. Lengan berlengan panjang dengan sulaman menghiasi panjang lengan juga. Gaun ini dilengkapi dengan selendang panjang dan nipis yang mempunyai sulaman yang serupa, meningkatkan keseluruhan penampilan gaun yang halus dan elegan. Ia mempunyai skirt panjang yang mengalir dengan hiasan tudung nipis yang dihiasi dengan sulaman bunga halus dalam pelbagai warna.

"Pandai pereka itu buatkan." kata Zera sehingga Ryllana mengangguk. Hebat sungguh. Dia hanya memberikan idea melalui telefon sahaja namun pereka itu dapat menghasilkan dengan baik.

Kafeel yang berada di bilik itu juga hanya diam. Tidak mahu, gadis itu mengetahui lagi bahawa dialah yang menghasilkan busana itu. 

"Ryll."perlahan sahaja Kafeel memanggil nama Ryllana itu. Ryllana menoleh ke arah Kafeel yang sedang memakai baju adat istiadat TUDM itu.

"Boleh tolong pasangkan pingat ini?. " Ryllana mengukir senyuman sebelum menghampiri Kalisha. Pingat di tangan Kalisha diambil.

"Biar akak yang pasangkan." Kalisha mengangguk. Berundur setapak ke belakang sambil memandang si abang itu. Kalisha memandang Datin Husniza yang memegang tangangnya. Tugasnya sudah diambil-alih oleh isteri abang.



.......




Langkah Nabila terhenti di hadapan  pintu kaca untuk merupakan jalan untuk menuju ke sebuah taman itu. Mukanya berkerut seketika apabila melihat seorang gadis yang sepertinya dia pernah jumpa sebelum ini. Pintu kaca itu dikuak dan kaki melangkah masuk ke dalam taman itu.

Kafeel's Meltdown CreationWhere stories live. Discover now