Dr. Masyitah memeluk erat tubuh Ryllana dan menepuk belakang Ryllana dengan lembut. Dilihat raut Ryllana yang juga seakan-akan ingin menangis itu. Diusap pipi lembut itu.
"Good job, Ryllana. Semua dah selesaikan. Lepaskan dia pergi ye."
Ryllana mengangguk
"InshaAllah Dr, saya boleh lepaskan dia. Terima Kasih sebab ada dengan saya masa tu."
Dr. Masyitah menggeleng.
"Tak, saya yang patut minta maaf sebab tinggal kan awak masa tu."
"Tak pe Dr, ada doktor sekejap tu pun dah okay."
Dr. Masyitah senyum sayu, banyak sungguh gadis ini simpan sendiri.
"Doktor ni, sekarang kita fokus dengan kerja tau."
Dr. Masyitah mengangguk.
......
Kafeel memandang kereta Ora Good Cat milik Ryllana sudah terparkir di depan bangunan medical itu.
"Ridzuan, berhenti jap."
Pintu yang dibuka itu membuatkan Sarjan Noor dan Koperal Hanif memandang satu sama lain setelah melihat kehadiran Kafeel disitu.
"Tuan, cari Cik..?"
"Noor, boleh...?
Ryllana yang baru sahaja datang ke ruang depan itu, terkejut apabila melihat gerangan lelaki yang dipaling elak nak jumpa hari ini. Kafeel tersenyum dan mengangkat tanganya.
"Hi, rival."
Ryllana memejam matanya dan mendekati Sarjan Noor tersebut. Fail dihulurkan.
"Tolong buat copy ini untuk 30 orang."
"Baik, Cik." Fail itu diambil dan Noor menarik Hanif pergi daripada situ. Ryllana berpaling memandang Kafeel.
"If nak buat mood saya merundum. Baik tak payah kot?" Kafeel senyum sengih
"Lambat lagi, aku tak terancang pula. Ni pun, tak sengaja tengok kereta kau kat depan." Ryllana mengeluh.
"Mengeluh je kau ni, tak baiklah, Ryll." Ryllana menjuling matanya ke atas.
"Orang yang buat saya penat, adalah Tuan ye."
Kafeel berkerut memandang gadis itu yang tampak penat melayannya.
"See, who start the war first?" Ryllana mendengus marah.
"Kau lupa janji kau dengan aku. Teman aku ke Gym?" Ryllana terus berpaling menghadap Kafeel.
"Wait, sekejap bila saya...?"
"Itulah healing lama sangat. Jam 2 petang kat pusat gym faham. Pakai baju gym."
Ryllana baru sahaja ingin bertanya lebih namun lelaki itu sudah menghilangkan diri.
"Ingat aman bila balik, but tak. Haih."
.......
Kalisha memandang Ridzuan yang berdiri di hadapan apartment milik lelaki yang sentiasa menjadi teman Kalisha itu. Dilihat, kiri dan kanan sebelum menghampiri lelaki itu.
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Random(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...