3⚔️

188 31 0
                                    

Beg jenama Charles & Keith diletakkan di tepi katil kemudian Ryllana terus merehatkan dirinya pada katil yang empuk itu. Mata memandang seluruh penjuru rumah sewanya itu. Rumah studio yang dibeli ketika mencari rumah di Kawasan Sendayan ini. Nasib baik jumpa rumah macam ni,tak terniat dihatinya lagi nak beli rumah baginya simpan aset rumah di KL itu pun dah berbaloi buat masa sekarang.

Bunyi ringtone telefon kedengaran, dia terus bangun lalu mengambil peranti nipis berjenama samsung itu.

"Abah?" terus dia angkat panggilan video tersebut.

"Assalamualaikum, Ryll."

"Waalaikumussalam, kenapa abah call ni?. Umi baru je mesej tadi."

"Saja, okay tak kat sana?. Abah risau dah ni."

"Alhamdulillah, okay cuma tak biasalah lagi. Tapi sini cantik abah."

"Baguslah tu kalau kamu suka, dah makan?"

"Dah makan dah abah, ni baru sampai rumah."

"Alhamdulillah, nanti apa-apa call tau. Jangan duduk diam je. Makan tu jangan lupa dan duit kalau tak de bagitahu, jangan diam juga."

Ryllana tersenyum kemudian menggeleng.

"Baik, abah."

"Okay, ingat pesan umi kamu tu, tutup tingkap langsir kunci pintu." Ryllana senyum

"Ye abah, abah ryll nak mandi jap. Baru je balik ni."

"Hmm, baiklah hati-hati jaga diri."

Telefon diletakkan di atas katil, Ryllana memandang tingkat yang dibiarkan terbuka. Udara segar masuk dalam rumah ini buat Ryllana dapat bernafas. Sejak dahulu lagi, tingkap akan dibiarkan terbuka kerana baginya terasa sesak apabila tingkap tak terbuka. Sekali lagi, Ryllana suka tengok suasana bandar sendayan ni cantik sangat sekarang banyak berubah.

"Baik aku mandi." tudung dibuka dan almari dibuka.

........

RATATATATA! Bunyi mesin gun itu menghiasi suasana kawasan peperangan ini.

Whop whop whop ! Suara kipas helikopter yang berputar di udara, menciptakan nada berat dan menggema di langit itu

BANG! BANG!

Bunyi tembakan juga menghiasi suasana kawasan peperangan ini. Kafeel berhenti menembak dan memandang salah seorang anggota yang cedera.

"Nabil, JAGA AKU!"

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!. Hampir 5 minit bertarung dengan pihak lawan . Akhirnya, bunyi tembakan itu mula redup kedengaran.

"Kau, take over."anggota disebelah Nabil mengangguk.

Kafeel menuju ke arah anggota yang sakit dan seorang anggota menekan luka itu bagi menggelak darah mengalir laju.

"Kita kena bawa dia ke pasukan medic, Tuan."

Anggota itu terbatuk dan darah terpercik mengenai muka Kafeel. Kafeel memandang kiri dan kanan meneliti keadaan semasa.

"Kau tak akan mati, Ingat." digenggam tangan anggota yang cedera parah tersebut.

"T-tuan,"

"Bertahan.....Nash!" Nash berlari dah menuju ke arah Kafeel

"Hantar code pada bravo, hantar yang cedera ke kawasan selamat dan minta Ketua Bravo ikut aku."

Kafeel's Meltdown CreationWhere stories live. Discover now