38⚔️

90 11 0
                                    

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!

Tidur Alfia mula terganggu membuatkan dia terus bangun. Perut terasa sangat tidak selesa dengan kehadiran pening serta loya yang sangat kuat. Jag yang berada di meja tepi katil dicapai namun rasa loya yang semakin kuat membuatkan dia terasa nak muntah. 

Selimut yang menutup badan tanpa sehelai benang itu dialihkan dan kaki terus menapak di lantai. Apabila kehadiran rasa loya yang kian terasa di tekak membuatkan, Alfia terus berlari ke tandas. Nabil yang juga terjaga terus membuka lampu katil.

"Alfia, kau okay tak?" tiada jawapan didengari. Hanya bunyi muntah sahaja kedengaran. Nabil terus mengeluh. Badan ditegakkan sebelum boxer yang dilantai diambil dan disarung. 

Interkom dicapai kemudian butang nombor 5 ditekan. Tangan mula mengaru keningnya sambil menunggu jawapan daripada Puan Wati. Wanita yang menjaga Alfia sejak kecil itu. 

"Alfia..." baru sahaja suara Puan Wati kedengaran.

"Aku nak pil tu."

Tanpa menanyakan soalan,

"Baiklah saya bawa naik atas." Panggilan ditamatkan sebelum kaki melangkah ke ruang mandi itu. Mata dapat menangkap susuk tubuh gadis itu yang masih tidak berbalut dengan apa-apa itu. Sehelai jubah mandi dicapai dan terus diletakkan di bahu Alfia. Alfia yang terduduk di atas bilik mandi itu mendongak.

"A-abang hiks." mata itu bertakung air mata. Sebelum rasa mual, kian membuatkan dia muntah kembali. 

Puan Wati yang baru sahaja sampai terus memaut bahu Alfia seraya mengosok badan gadis itu. 

"Alfia...  sakit ke?" Alfia menggeleng.

Tanpa banyak bicara. "How many months have you missed your period?"

Puan Wati memandang Nabil yang mula membuka bungkusan yang diberikan tadi. Lelaki itu tidak memandang keadaan Alfia yang sudah lemah ini. Fokus lelaki itu hanya membuatkan kotak itu.

"Tak mungkin. Al..."

"Aku tak tanya kau. Aku tanya gadis ini." Mata mula menatap Alfia yang menggigit bibirnya.

"Speak, Alfia" suara yang tegas itu membuatkan Alfia memandang Puan Wati.

"3 minggu." Bergetar suara Alfia ketika itu. Keluhan Nabil terhasil. Dua pil dihulurkan kepada Alfia.

"Makan."

Alfia menggeleng.

"A-alfia tak nak...process tu sakit." Air mata kembali mengalir. Diri dia tak nak terima sakit untuk hadap process pengguguran itu. 

Sakit sangat. 

Walaupun sudah 2 kali, tapi dirinya masih tidak mahu buat semua itu. Mendengar apa yang Alfia luahkan itu, terus membuatkan diri Nabil terasa panas. Mata mula tajam memandang Alfia yang memeluk Puan Wati.

"Tuan Nabil...biar saya yang..." baran Nabil mula naik, kaki mula menghampiri Alfia sebelum tangan mencengkam rambut Alfia dan membuatkan Alfia terdongak ke arahnya. Tersedu-sedu Alfia menangis dan satu tangan memaut tangan Nabil.

"Hiks"

"NABIL!...lepas..." Mata memandang Puan Wati yang cuba meleraikan pegangan Nabil.

"DIAM!" 

Puan Wati bertentang mata dengan Nabil sebelum Puan Wati menunduk. Sedar akan tindaknya yang akan memberi kesan. Puan Wati mula bangun sebelum menapak keluar.

"Saya akan maklumkan pada Tuan Danish."

Mata memandang Alfia yang kesakitan itu sebelum pergi daripada situ.

Kafeel's Meltdown CreationWhere stories live. Discover now