Susuk tubuh Ryllana yang baru sahaja keluar dari pejabat Kafeel itu membuatkan Qayyum terhenti sejenak sebelum kembali melangkah.
"Assalamualaikum." Ryllana yang sedang melihat peranti nipis miliknya terus mendongak dan mengukirkan senyuman."Waalaikumussalam...lama tak jumpa kita berjumpa kan." Qayyum mengangguk perlahan-lahan. Sebenarnya, ada sahaja dia terserempak dengan gadis ini. Namun, dia lebih memilih untuk mengelak. Hatinya perlukan masa.
"Biasalah training semua...lagipun esok pagi nak pergi dah." Qayyum memerhati raut wajah Ryllana yang sangat menawan hatinya namun hanya ada seorang sahaja yang dapat menatap wajah itu setiap hari. Kafeel Luqman, lelaki yang berjaya melembutkan hati Ryllana.
"Cik Ryllana dengan tuan kafeel?" Ryllana sekadar mengukir senyuman.
"Saya dah agak dah sejak misi kemanusiaan hari itu.""Maksud awak Qayyum?. Saya tak faham." Ryllana berkerut. Bukan ke mereka berdua selalu bergaduh ke sebelum ini. Lelaki itu memang membencinya.
"Itu rasanya, Cik Ryllana boleh tanya Tuan kot. Lagipun, saya dengan cerita je...Ouh iya , lepas ni jangan segan tau. Saya tetap kawan Cik Ryllana. Apa-apa masalah boleh je minta tolong saya." Ryllana mengangguk laju.
......
Bunyi-bunyi seperti orang berjalan dan bayangan yang bergerak membuatkan Ryllana terjaga daripada lenanya. Ryllana bangun perlahan sambil memerhati Kafeel yang sedang menyiapkan diri sebelum berangkat pergi ke Kem. Tali pinggang dibelit kemas sebelum Kafeel menoleh ke arah katil yang menjadi tempat mereka beradu semalam.
"Aku buat kau terjaga ke?." Ryllana menggeleng sebelum tangan membuka lampu sebelah katil. Baju loreng di letak pada sofa. Kafeel duduk di birai katil berhadapan dengan Ryllana.
"Dah kenapa bangun?. Tidurlah hm...awal lagi Ryll." Tangan yang menyelit rambutnya pada belakang telinga dibiarkan sahaja. Kafeel menolak dagu Ryllana ke atas sikit, menyuruh gadis itu memandangnya.
"Lama ke awak pergi?" Kafeel menggeleng sebelum menurunkan satu kucupan lembut pada dahi gadis itu.
"Tak juga based on misi tulah. Kalau tamat awal, aku balik awal. Atau sebaliknya." Ryllana menatap Kafeel dengan muka yang hampir mahu menangis. Entah kenapa, dia tak dapat nak biarkan lelaki ini pergi.
Tahukan risiko kerja anggota askar yang kena pergi melakukan misi. Ada dua sahaja probability mereka, pulang ke pangkuan keluarga ataupun pulang ke pangkuan Illahi.
"What if you don't come back?"
Kafeel tergelak sedikit. Satu kucupan didaratkan pada pipi gadis itu sebelum digigit sedikit.
"Kafeel!" Ryllana menolak lelaki itu seraya tangan naik mengusap pipinya. Sudahlah sakit tahu tak. Masalah betullah lelaki ini. Baru je nak manis-manis, mulalah jadi singa.
"Sorry,... Just pray, Ryll. I can't promise, but one thing I want you to remember... My team always comes back safely, no matter what."
Ryllana memandang Kafeel tersebut.
"Awak ini...tahu tak saya rasa macam nak manipulate je minda awak sekarang ini.Lepas..." Mata Kafeel tertumpu pada bibir penuh dan lembut Ryllana itu. Bibir itu pernah diterkamnya sebelum ini. Sangat mengusik nalurinya ketika itu. Bibir itu juga yang memanggil jiwanya untuk diterokai sehingga akan membawa janji yang panjang serta kehangatan yang dicari.
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Random(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...