Macam tak de homework pula kan saya ni . Hahahaha, actually ada tau cuma I need to take a break from doing all the assignments for a while. Lagipun, saya dah siapkan hampir semua part saya so that is why saya asyik update je ni.
Pergaduhan antara Ryllana dan Kafeel masih berlaku tanpa henti sehinggakan orang atasan juga sudah lali untuk menegur mereka berdua. Ada sahaja yang akan membuatkan mereka bertekak.
"Sedap mulut kau je kan mengata." Ryllana mengambil tray makanan dan disampingnya Kafeel yang masih mengikutinya.
"Betullah tu, awak tu dah tua 32. Level pakcik saya tau. Pastu, nak cari gaduh dengan saya." nasi dicedok kemudian diletak ke dalam tray makanan itu.
Tray makanan yang dipegang Ryllana dirampas oleh Kafeel.
"Dah tu, kalau aku tua pun. Apa kaitannya dengan kau?" Kafeel memandang Ryllana yang terdiam itu. Ryllana mengangguk seketika, betul apa yang dikatakan oleh lelaki ini. Tak de masalah pun untuk dirinya.
Ramai anggota askar di dalam mess memandang Ryllana dan Kafeel yang mula berperang mulut semula. Bagi mereka, tidak terlalu terkejut jika melihat Tuan kafeel berperang mulut dengan Ryllana kerana sudah lali dengan semua itu. Paling mereka heran jika diorang tak bergaduh dalam satu hari kerana pasti bergaduh apabila bertemu.
......
"Perang dunia kem tak habis lagi ke?" seorang anggota askar bersandar pada dinding.
"Macam mana nak habis, kalau tuan dengan Cik Ryllana tu asyik berlawan?. Tak de sorang nak mengalah." mereka semua mengangguk.
Benar juga apa yang diperkatakan itu, tiada satu pun diantara mereka berdua ingin mengalah. Mereka berdua pasti akan mempertahankan diri masing-masing. Ego tinggi sangat capai langit kot.
"Ini, aku rasa mesti kahwin ni."
"Diorang kahwin, pergh gempak wei. "
"Apa kata kita bet? Kalau Cik Ryllana kahwin dengan Kafeel, seorang RM 100 okay?"
Tiba-tiba sahaja Emran dan Nash mengikut serta perbualan tersebut.
"Apa barang RM 100, kita letak RM 500?" Emran dan Nash tersenyum
"Betul-betul. Layan je dulu, hahaha."
......
"Entah yang penting awak tu Tua. T.U.A, faham. Meh sini tray tu. Itu saya yang ambil" tray makanan yang sudah penuh diisi lauk itu diambil semula. Kemudian, dibawa bersama oleh Ryllana. Meja dihujung dipilih dan diduduki oleh Ryllana.
Baru sahaja Ryllana mahu memegang sudu ,Kafeel terus menarik tray makanan itu secara tiba-tiba.
"Apa masalah awak ni?!"
Kafeel senyum sinis kemudian sudu yang dipegang Ryllana dirampas.
"Kau yang mula dulu sekarang ni." Ryllana mahu menahan dirinya daripada mengamuk namun tidak mahu dia membuat drama tv3 disini. Dilihat barisan yang panjang untuk mengambil makanan itu terus membuatnya mengeluh.
"Saya laparlah kafeel. Itu saya ambil dulu. Awak ambil yang lain." Perut Ryllana mula membuat parti yang sungguh tidak dia suka.
Kafeel tidak memberi sebarang respon kepada Ryllana yang sedang merayu kepadanya. Malah, lelaki itu mula mengaul nasi dengan kuah asam pedas itu.
"Ish." Ryllana yang mendengus marah itu terus mencapai gelas air yang dibawa Kafeel itu lalu terus diteguk. Disebabkan , dia terlalu lapar tetapi malas untuk beratur, air itu diteguk sehingga separuh bagi menghilangkan rasa lapar itu. Matanya masih memerhati barisan yang panjang itu sebelum tangan dibawa ke perut yang mula berbunyi.
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Sonstiges(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...