20⚔️

100 15 0
                                    


Kafeel memandang adiknya Kalisha yang sedang memasangkan pingat dibajunya. Dilihat raut wajah adiknya yang seperti baru sahaja menangis.

"Kau okay ke?" Kalisha mendongak dan senyum.

"Okay,hm dah settle." Kalisha berundur setapak. Tersenyum melihat raut wajah abangnya yang tampan. Sejak Datin Husniza sibuk dengan kerja, Kalisha yang akan uruskan pakaian abangnya. Dia tak kisah asal abangnya happy.

Kafeel berdiri di hadapan cermin, merapikan rambutnya. Dilihat kalisha melalui pantulan cermin tersebut.

"Kalau ada, bagitahu Kalisha. Jangan kau senyap,aku abang." Kalisha yang mengemas kotak akseori itu mengangguk.

"Ye, abang. Biasalah, assignment."

Tok tok- Ridzuan mengetuk pintu, mata bertemu mata Kalisha sebelum mengalihkan pandangannya.

"Tuan dah bersedia?"Kafeel mengangguk.

Sarung tangan putih di paha adiknya itu diambil dan diusap pipi adiknya itu dengan lembut.

"Ingat Kalisha, Aku abang. Ada apa-apa bagitahu aku."

Kalisha mengangguk.

"Ish, abang ni buat drama pula. Dah lambat ni dah."

.....


Ryllana keluar daripada kereta dan memberi senyuman kepada Qayyum. Qayyum menutup pintu kereta tersebut.

"Thank you."

"You are welcome, Princess." Ryllana tersenyum malu.

"Awak ni."

Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam lokasi dimana acara itu akan berlangsung. Qayyum memandang Ryllana.

"Saya nak kena pergi kat belakang stage. Cik Ryllana boleh bersendirian kan."

Ryllana mengangguk walaupun dirinya merasa akan takut dengan pandangan orang-orang yang memerhatinya sejak tadi.

"Boleh."

Ryllana membetulkan beg kecil yang dibawanya disangkut pada pergelangan tangan itu sebelum masuk ke dalam ballroom itu.Suasana Ballroom dipenuhi dengan gemerlap lampu kristal yang memantulkan cahaya ke segala penjuru ruangan. Mengambarkan tema royal yang dipilih menjadi tema acara makan malam ini. Lampu Candeliar yang tergantung disiling itu dan lukisan di sekilar bilik ini mengambarkan lagi tema royal yang dipilih itu.

Apabila Ryllana muncul dari pintu masuk dengan langkah yang anggun dan perlahan sudah menarik perhatian tetamu disitu. Gaun dipakainya seperti karya seni berjalan, mengalir di belakangnya dengan keindahan yang menakjubkan dengan memancarkan kejelitaan si pemakai itu.

"Cantik" itu yang si pemakai itu dapat dengari apabila melalui para anggota askar yang berada diruangan itu

Warna gaun berwarna hijau menyatukan dengan keanggunannya itu memancarkan kemilau lembut, menarik perhatian setiap mata yang menghadapinya apabila Ryllana melangkah, menuju ke arah Dr.Masyitah. Gaun tersebut melambangkan kemewahan dengan detail yang rumit, memperlihatkan bentuk yang sempurna. Setiap gerakannya disertai dengan gemerlap, seolah-olah ia membawa seiris malam bintang ke dalam ruangan itu.

"Misi Kafeel memang selalu membawa hasil yang diinginkan, Tuan." Mejar Ibrahim memuji Kafeel sehingga Kafeel menggeleng.

"Anak buah saya. Kerjasama mereka memang mantap, Tuan." Anggota askar yang berpangkat tinggi disitu termasuklah ayah Nabil tergelak.

"Who is she?" kata seorang askar wanita berpangkat mejar sehinggakan perbincangan tadi berhenti sejenak saat Ryllana melangkah masuk, terpesona oleh kecantikan dan keanggunannya. Suara berbisik-bisik terdengar di antara kerumunan, mengatakan keindahan gaunnya dan karismanya yang tak dapat dikalahkan.

Kafeel's Meltdown CreationWhere stories live. Discover now