Suprise!! Terkejut tak kita update lagi?. Kalau boleh tolong promote sekali kat kawan awak yang baca novel or wattpad. Thanks!
Di dalam supermarket yang sesak pengunjung, Ryllana dan Kafeel sedang berjalan melalui lorong-lorong yang penuh dengan rak-rak barang. Ryllana membaca senarai barang itu dipantau oleh Kafeel yang sedang menolak troli barang tersebut. Tiba-tiba sahaja pergerakan Ryllana terhenti akibat ditahan oleh Kafeel.
"Kau nak peluk pakcik tu ke?" Ryllana berkerut sebelum memandang depan. Pakcik tua itu juga terkejut , Ryllana terus menunduk sikit memohon maaf sebelum mula bergerak semula.
"Jalan tu pakai mata." Ryllana mendengus dan secara tidak sedar Kafeel mengukir senyuman dibibirnya apabila melihat bibir Ryllana terkumat-kamit. Mesti gadis itu memaki dan mengutuknya.
"Mama awak nak buat apa?. Tiba je ada lobster."
Kafeel mengangkat bahunya tanda tidak pasti.
"Maybe adik aku lah tu. Hm, barang pastry dah selesai?" Ryllana menoleh sekilas dan menggeleng.
"Satu lagi ,nak ambil nutella itu je. Pastu, kita pergi beli barang basah." Kafeel mengangguk.
Mereka berdua mulai berjalan melewati rak-rak dan memilih barang yang mereka diperlukan Namun, ketika mereka sampai di stesen makanan basah terjadi sedikit pergaduhan manja.
Ryll memerhati segala tindakan Kafeel yang dari tadi memilih barang basah. Kadang-kadang penat nak bergaduh dengan Kafeel disebabkan kesalahan dalam memilih barang yang segar. Kafeel menunjukkan seekor ikan siakap kepada Ryllana yang sedang memilih ikan juga.
"Ryll, ini yang segar." ucap Kafeel yang pasti dengan pilihannya itu.
"Tak, mata dia merah, so tak segar." jawab Ryllana dengan serius, sambil merenung ikan itu .
"Tahu-tahu je kau, takde-takde ni segar." Kafeel tetap ingin membeli ikan yang kurang segar itu.
"Taklah, ni yang fresh. Meh sini plastik tu, Kafeel." seru Ryllana sambil ingin merampas plastik jernih itu.
Ryll memandang Kafeel dengan jelingan maut,sebelum mereka berdua terlibat dalam situasi tarik-menarik yang ringan. Plastik itu menjadi saksi bisu dari perselisihan kecil yang berlangsung di antara mereka.
Tiba-tiba, sebuah kehadiran yang tak terduga memecah suasana khas di pasar. Seorang makcik yang tua, berseragam warna-warni datang sambil tersenyum lebar sebelum menggeleng. Lengan Kafeel dipukul perlahan membuatkan Kafeel tersentak dan berpaling.
"Betullah, apa isteri adik tu cakap?. Ni segar." Ryllana terkebil-kebil ketika mendengar kata-kata sang makcik. Pergaduhan kecil itu terus terhenti.
"Isteri?" tanya Kafeel, sedikit terkejut dengan ucapannya.
Makcik itu mengangguk sambil tertawa. Tanpa ragu, dia merampas plastik jernih berisi ikan dari tangan Kafeel dan memberikannya kepada Ryllana.
"Betullah kan "isteri" adik. Comel je, kamu berdua gaduh disebabkan ikan siakap. Ni, mesti baru nikah kan." Makcik itu menggelang sambil tersenyum.
"Lepas je kahwin, si suami kenalah percaya dengan si isteri dalam bab-bab memasak ni. Lagipun, dia yang selalu berada di dapur kan, jadi apa yang isteri cakap tu memang akan betul. Dahlah tu, jangan bergaduh sebab ikan je tau. Makcik pasti ini yang segar." kata makcik itu sambil memberi nasihat sebelum beredar dari situ.
Ryllana menukar ikan itu.
"Saya pergi timbang." Kafeel masih kaku disitu, diorang dikatakan sebagai suami isteri. Wow, itu satu benda yang dia tak sangka.
![](https://img.wattpad.com/cover/357759173-288-k263315.jpg)
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Casuale(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...