8⚔️

122 25 0
                                    

Pintu bilik Ryllana dibuka pada masa yang sama Kafeel juga keluar dari Bilik Dr Masyitah. Kafeel memandang Ryllana yang menunduk kepadanya namun dibiarkan sahaja.

"Tuan." Koperal Ridzuan mengikutI langkah Kafeel yang melangkah pergi setelah memberikan menegur Ryllana dengan senyuman.

"Lepas ni, aku nak check prestasi team aku dan check jika Mejar Ibrahim ada ke tidak?"

"Baik, Tuan."

Ridzuan mengeluarkan fail dalam beg setelah mereka keluar dari bangunan tersebut.

"Ini adalah report untuk misi lepas, Tuan. Leftenan Nabil baru je hantar pada saya tadi."

Kafeel mengambil dan dibaca laporan itu sambil menuju ke pejabatnya.

......

Pintu yang ditolak kasar oleh Kafeel itu menghasilkan bunyi yang kuat sehingga Nabil terkejut. Aura kemarahan Kafeel semakin membuak-buak setelah mendapat berita yang tidak dia sangka akan terjadi.

"Uish, terkejut aku."Nabil mengusap dadanya sebelum memandang Koperal Ridzuan yang mengeleng kepalanya menandakan Kafeel berada dalam yang tidak baik. Mengerti dengan isyarat yang Koperal Ridzuan itu sampaikan, Nabil menyuruh Ridzuan pergi dari situ dan membiarkannya bercakap dengan Kafeel.

"Kau dah kenapa?"

"Kau ada dengar cerita tentang team Qalif."

Nabil mengangguk sebelum melabuh punggung di kerusi sofa menghadap Kafeel.

"Mejar Jaafar hantar diorang pergi latihan kat langkawi dengan pasukan sana. Aku baru dengar pagi tadi. Itu pun na.."

Kafeel segera menyatakan hasratnya.

"Qayyum, aku nak Qayyum. Budak tu patut berada dalam team aku." Nabil mengeluh, tangan dibawa mengusap keningnya. Perangai Kafeel boleh memenatkan dirinya.

"Kalau nak dia, kau kena tanya Mejar Ibrahim."

Kafeel mengeluh dan bersandar pada sofa.

"Masalahnya dia kata, bagi peluang kat team sana!" Nabil mengeluh sekali lagi.

"Dah tahu jawapan then tanya aku. Sabarlah Kafeel, kau kena terima..." Kafeel menegakkan badannya.

"Kau boleh sabar, masalahnya aku tak suka team aku kalah."Kafeel mendengus marah, tidak suka Nabil menyuruhnya bersabar dalam situasi yang mungkin menjadi halangan buat dirinya.

......


Semua anggota yang sedang menikmati makanan tengah hari di dalam Dewan Makan ini terus kecoh apabila melihat Qayyum dan Ryllana sedang makan berdua tanpa ada sesiapa mereka berdua. Adakah itu menandakan Qayyum dapat memaut hati seorang Cik Ryllana?. Tak sangka lagi, Qayyum memang dapat lembutkan hati seorang wanita.

"Jumaat ni busy ke?"Ryllana mendongak memandang Qayyum sebelum mengangguk.

"Saya balik Melaka, ada majlis birthday anak buah."

"Berapa lama?"

"Sampai ahad je. Kenapa?" Qayyum menyuap dirinya dengan satu sudu nasi yang bercampur isi ayam kunyit itu.

"Boleh saya tumpang balik?"

Ryllana berkerut.

"Untuk apa?"

Qayyum sekadar senyum.

"Saya pun orang Melaka lah, tak nampak gaya orang melaka ke?" Ryllana terkejut dengan pernyataan tersebut.

Kafeel's Meltdown CreationWhere stories live. Discover now