Mahu sahaja Ryllana ingin menampar dirinya sekarang ini. Kenapalah dia menawarkan diri untuk membantu Ridzuan tadi. Boleh sahaja, dia menolak. Mulut ini suka sangat buat pilihan tanpa berfikir eish. Tengoklah, sudah terdiam apabila Kafeel membuka baju hitam itu tadi.
"Ryll?." Ryllana yang terus sedar itu, terus mengambil ubat yang diperlukan sebelum menyapu luka dengan kain yang diletakkan ubat itu.
"Kalau kau, auch Ryll!" jerit Kafeel apabila Ryllana sengaja menekan luka itu.
Ryllana tersenyum sebelum memandang Kafeel sekilas. Wajah Kafeel hampir sahaja mahu menengking dirinya.
"Tahu pun sakit, dah tu duk diam." Kafeel bercemberut sebelum kembali memerhati cara gadis ini bersihkam lukanya yang dijahit itu. Tampak seperti pakar. Ini kalau jadi doktor perubatan, memang hari-hari dia sakit.
"Done." kata Ryllana sambil mengemas ubat-ubat yang dipakai.
"Kau suka lelaki macam ni?" kata Kafeel yang membuatkan pergerakan Ryllana terhenti.
"No,a big no." geleng Ryllana yang membuat Kafeel tergelak.
Kafeel mula menegakkan badannya sebelum mengengam tangan Ryllana "Nak sentuh?"
Terbeliak terus mata Ryllana, terus Ryllana menarik tangan semula dan menyapu seperti ada habuk ditangan.
"Ei, Tuan Kafeel ni dah kenapa?. Haram lah." Kafeel menyengetkan kepalanya.
"Tak haram jika kita kahwin." Terkejut Ryllana dengan pernyatan Kafeel itu tadi. Kafeel terus menjentik sisi dahi Ryllana sehingga gadis itu melenting."Tuan Kafeel!"
"Apa?" Kafeel
"Awak cakap pasal ni lagi kena awak tau."Kafeel mengajuk apa yang dikatakan oleh Ryllana sebelum memandang gadis itu kembali.
"Disebabkan aku tak dapat pergi rumah kau untuk dinner, bolehkan datang setiap petang kat sini?. Sampailah aku pergi ke Putrajaya nanti."
"Tengoklah, saya ada hal dengan Qayyum."
......
Sebuah kotak baldu berwarna merah itu yang diatas meja makan itu membuatkan Qayyum terus mendongak. Ryllana memandang lelaki itu."Awak yang aturkan semua ini kan?" Qayyum meletak sudu yang dipegang. Kotak baldu itu dihulurkan semula.
"Ambil dulu, Ryllana. Sebelum awak buat keputusan, fikir baik-baik." Ryllana kembali menolak dan menggeleng.
"Hm, macam ini Qayyum. Sejak saya belajar psychology lagi, saya dah niat dalam diri saya untuk TAK NAK kahwin." Ryllana memandang Qayyum.
"Tapi, kalau takdir awak kahwin...bagaimana kalau ..." Ryllana menggeleng.
"Ye kalau takdir, saya tak boleh buat apa-apa. Tapi untuk kali saya percaya, kita dua hanya sebagai kawan. Tak lebih, saya tak nampak diri saya dalam diri awak. Kita opposite, Qayyum. Sangat opposite, I really like sleeping with the window open. And your parents mentioned that You don't like the window open. Nampa,k situ pun kita dah berbeza, kalau dah kahwin apa lagi."
Qayyum menggeleng.
"Tak, saya boleh berubah ikut apa yang awak suka. Awak suka buku, saya akan baca semuanya untuk awak. Awak suka ..." Ryllana menggeleng sekali lagi.
"Saya faham apa maksud awak. Tapi awak sedar tak Qayyum, kadang-kadang kita tak boleh berubah demi orang lain even kita cinta orang itu. Tak semua, awak kena berubah untuk orang itu, kenapa nak berubah demi orang itu?. Asalkan orang tu tak berubah untuk awak pun. Awak masih nak berubah untuk orang yang awak cinta?. Demi dia gembira dan awak tidak macam tu. Mungkin awak kata itu bagus, tapi bagi saya tak?. Awak akan sakit pada penghujung juga. "
Ryllana memandang lelaki itu.
"Saya tak nak awak berubah demi saya, Qayyum.Dan, saya pun tak nak ubah diri untuk awak. Sebab saya pernah tengok orang yang sakit disebabkan permintaan orang lain . Dan Qayyum....untuk jaga sebuah mahligai cinta bukan bererti kita perlu banyak pengorbanan tapi perlukan banyak berkerjasama. "
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Random(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...