Angin pagi berbisik lembut di luar jendela terbuka, membawa aroma segar yang amat menyenangkan di pagi dini. Tirai tipis bergoyang-goyang mengikuti irama angin yang masuk perlahan-lahan tanpa memgusik si gadis yang sedang tidur. Cahaya keemasan lampu tidur menyoroti sudut-sudut ruangan, memberikan sentuhan hangat di dalam kegelapan. Udara sejuk pagi menyapa tubuh yang tertidur nyenyak di atas tempat tidur dengan segera lelaki itu terus menarik selimut sehingga ke paras baju gadis itu.
"Diri aku." Kata Kafeel dengan perlahan seraya tangan menyelit rambut Ryllana dibelakang telinga.
Bunyi bacaan surah membuatkan dia bangun perlahan-lahan sebelum tercium bau darah. Kafeel memandang Ryllana yang berkerut dalam tidur sebelum selimut diselak. Melihat apa yang dihidunya tadi, Kafeel terus bangun dan mencapai tuala miliknya yang dibawa semalam ke sini. Pintu bilik mandi ditolak terus tuala melilit pinggang setelah seluar yang dipakai tadi diletakkan di atas sinki. Kaki menatap keluar dari bilik air menuju ke katil dimana Ryllana masih tidur.
Pipi Ryllana diusap perlahan sebelum dia memanggil nama Ryllana dengan perlahan.
"Ryll, bangun jom. Ryll." hampir 3 kali nama Ryllana dipanggil akhirnya Ryllana bangun perlahan sambil mencelik matanya. Tangan dibawa mengosok matanya sebelum memandang Kafeel yang tersenyum.
"Nape?"
"Kau period, ... Hmm, aku bawa kau ke toilet tau." Tanpa mendapat keizinan Ryllana, Kafeel terus mencempung gadis itu sehingga gadis itu melingkari lehernya dan dibawa masuk ke dalam tandas. Pipi Ryllana menbahang ketika mata menangkap sehelai seluar Kafeel yang berada di atas sinki itu juga terkena dengan darah kotornya.
"Awak... s-saya minta maaf. " nada suara Ryllana bergetar membuatkan Ryllana terus menunduk kerana secara tiba-tiba emosinya bercelaru ketika ini.
Kafeel mendekati Ryllana yang duduk di penutup toilet sambil memegang selimut dengan erat. Kafeel bercangkung dan memandang Ryllana. Rambut Ryllana yang jatuh itu, diselit di belakang telinga.
"Hey, don't cry, Ryllana... Ryll, it's okay, it's not a big deal. Aku okay je dengan semua ni, tak jijik langsung." Ryllana mengangkat muka memandang Kafeel itu."Sumpah, Ryll. Aku tak geli. Lagipun aku pernah tolong Kalisha dulu. Ryllana. " Mata Ryllana dikucup sambil diusap bahu Ryllana.
"Aku settle kan luar. Naktengok mana lagi kena."
Setelah beberapa minit, Kafeel kembali masuk ke dalam toilet sambil membawa toto kecil miliknya. Dan selimut nipisnya. Mata memandang Kafeel yang tanpa segan silu memegang toto itu.
"Ni je kena. Aku basuh ni nanti. " Toto diletak di dalam bathtube, Ryllana menunduk sambil meramas jarinya. Muka sedaya upaya menahan sakit diperutnya. Tak pernah dia dapat senggugut yang sebegitu sakit macam ini.
"Ryllana, boleh bangun tak?. Aku nak cuci." Ryllana memandang kafeel yang mengukir senyuman itu.
Kafeel memandang sekilas wajah gadis itu yang menunduk apabila melihat seluar kecil gadis itu sedang dicuci olehnya.
"Sabun yang mana nak guna?" Ryllana mengangkat muka sebelum satu botol sabun cuci baju di dalam Almari kecil itu ditunjuk. Kafeel terus menuang cecair sabun itu dan pili air dibuka.
"A-awak betul tak geli ke kafeel?." Ryllana memerhati muka Kafeel yang tidak beriak apa pun.
"Kan aku dah cakap, aku pernah tolong Kalisha masa dia first time period. Sudahlah dia menangis tak tahu nak buat apa, dengan arwah Papa yang pergi Lubnan lepas tu Mama pergi oversea. Nasiblah aku faham sikit masa tu. Jadi bagi aku tak." tangan masih menyental pakaian itu termasuklah pakaiannya. Ryllana memerhati lelaki itu yang mengisi baldi dengan air sebelum toto tadi direndam."Ryll, kau mandi bersihkan diri. Aku dah siapkan air suam dan yang lain biar aku uruskan."
Ryllana mengangguk sebelum mata memandang ke arah pintu itu. Faham, akan apa yang dimaksudkan Ryllana, Kafeel terus menapak keluar namun masih membiarkan sliding pintu ditutup separuh. Melihat itu terus membuatkan Ryllana mengigit bibir dengan apa yang dibuat mereka berdua sekarang.
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Losowe(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...