Ryllana meneliti setiap diagnosis yang direkod dalam fail milik Kapten Kafeel ini. Terdapat satu rekod dimana Kafeel tak ingat apa-apa yang berlaku dalam kejadian yang memberi kesan kepada kesihatannya itu. Terdapat satu tahap lelaki mengambil pilihan untuk membunuh diri dan perkara itu berlaku setelah beberapa bulan setelah Kafeel berada dalam tempoh yang terlalu menyesal. Ada juga rekod menunjukkan Kafeel hampir tidak dapat bertemu dengan orang. Bertapa teruknya, kehidupan seorang menghidap penyakit Post-Traumatic Stress Disorder ini. Penyakit ini agak biasa untuk dihadapi untuk seorang anggota yang bertugas di kawasan peperangan namun kadang-kadang ada yang dapat meneruskan semual kerjaya mereka jika diri mereka kuat untuk melawan trauma itu.
"Ryll?" Ryllana mendongak melihat kehadiran Dr.Masyitah.
"Doktor," Baru sahaja Ryllana ingin bangun.
"You can sit, Ryllana." Dr.Masyitah melabuh duduk di kerusi di hadapan Ryllana.
"Kes Tuan Kafeel?" Ryllana mengangguk.
"Dr, patut ke saya minta pakar psikiatri untuk tambah ubat untuk Tuan Kafeel?" Dr.Masyitah memandang Ryllana.
"Teruk sangat ke?. Maksud saya, kejadian hari itu." Ryllana mengangguk.
"I feel bad about it. He told me that the memory is resurfacing. In this file, it's stated that there's a part he has already forgotten. So, I think that's what came back and triggered him on that day." Ryllana menarik nafasnya. "Suddenly, he got anxiety. His hands were shaking... It all happened so abruptly, Doctor. That's why Mr. Kafeel took a 3-day break at my house before Corporal Ridzuan came to pick him up."
Dr.Masyitah mengangguk dengan jari-jari mengetuk meja.
"Let's double-confirm with the psychiatric that handle this case before. Before that, let me be the one to call them and inquire about when we can schedule a meeting with that person. After we review Captain Kafeel's case, we'll call Captain Kafeel in to assess his condition. Once we have all the answers, we'll decide then."
Ryllana mengangguk.
"Harap pakar psikiatri itu ada masa."
"Amiin. InshaAllah mereka ada masa, Ryllana."
.....
Qayyum melangkah masuk ke dalam dan memandang Koperal Hanif dan Sarjan Noor yang sedang berada di depan kaunter itu. 2 orang yang mungkin perasan akan kehadiran terus berpaling ke belakang.
"Tuan Qayyum," Koperal Hanid dan Sarjan Noor memberi takbik hormat.
"Cik Ryllana ada?" kata Qayyum selepas membalas tabik hormat itu.
Sarjan Noor mengangguk.
"Ada, tapi sekarang Cik Ryllana masih dalam sesi terapi dengan pesakit." jam ditangan dilirik. "Mungkin dalam 10 minit lagi, dia akan selesai."Qayyum mengangguk.
"Kalau begitu, saya tunggu sahaja." Qayyum mula duduk di ruang menunggu tanpa menghiraukan jam yang berlalu dengan pantas.
30 minit berlalu, suara Ryllana kedengaran membuatkan Qayyum mendongak dan bangun daripada situ. Ryllana yang juga memandang Qayyum terus memberikan senyuman.
"Ehh, hai." Qayyum senyum dan mendekati Ryllana.
"Hai...lama sudah kita berdua tidak berjumpa kan." Ryllana mengangguk"Betul, dalam seminggu jugalah. Ini, nak ajak saya lunch ke?" Qayyum mengangguk dan mengusap tangan sendiri.
"Ye, tapi kalau Cik Ryllana busy..." Ryllana menggeleng.
"Tak, alang-alang. Tunggu sekejap ye." Ryllana berpusing dan kembali masuk ke dalam ruang pejabatnya.
Ruang makan askar sentiasa menjadi tempat mereka berdua untuk menikmati makan di sini. Ramai anggota askar tidak memanfaatkan kelebihan yang diberikan ini malah mereka sentiasa membeli makanan diluar. Tidak mereka tahu, bahawa makanan yang dimasak di rumah masak ini sangat sedap.
![](https://img.wattpad.com/cover/357759173-288-k263315.jpg)
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Random(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...