Bilik yang diterangi dengan cahaya lembut. Pancaran cahaya bulan memeluk ruangan dengan menambahkan suasana bilik ini. Tanpa dihalang oleh tirai atau sliding door, udara membawa bau bunga-bunga yang berada di dalam bilik ini. Menguatkan deria dan menambah sentuhan ketenangan kepada suasana. Sebatang lilin menyala di meja lampu, memancarkan bayangan berdansa yang memainkan peranan dalam balet sensual di dinding.
Kafeel duduk bersila sambil menongkat dagu di atas meja. Kafeel memerhati Ryllana yang sedang bersimpuh sambil menikmati kek red velvet itu. Baju jaket knitwear pink putih dan kain jeans biru cair yang dipakai Ryllana menarik perhatian Kafeel ketika ini. Pemakaian Ryllana tanpa busana rekaan sudah terlihat cantiknya.
"Kau tak rindu aku?" Kafeel menenung gadis itu sebelum Ryllana menggeleng.
"...Tak." Ryllana menjilat sudu yang berkrim itu membuatkan Kafeel menelan air liurnya. Haih, sudah gadis ini. Janganlah. Sudahlah malam-malam macam ini. Ditemankan dengan cahaya bulan lagi.
"Kau... try nak goda aku ke ni?" Ryllana terus menoleh ke arah Kafeel yang memerhatinya itu lalu berkerut.
"Mana ada." Ryllana mula menjarakkan dirinya dengan lelaki itu.
"Eii...dirty mind betulkan awak ini." Tumpuan Kafeel sudah tidak kepada gadis itu. Kafeel tidak kisah apa yang dibicarakan oleh gadis itu tadi. Kenapa tiba-tiba bau haruman gadis ini menarik perhatiannya?. Tadi bau bunga-bunga namun bau haruman buah oren gadis ini seperti mengodanya. Padahal itu, haruman biasa yang dipakai oleh si pemakai itu.
Tanpa amaran, Kafeel menarik pinggang gadis itu merapat. Ryllana terus menahan dada Kafeel seraya menolak badan lelaki itu. "Habis tadi tu,rindu tak, goda aku pun tak. Dari tadi duk melahap kek tu. Aku ada kat depan ini, Ryll."
Makin dibawa Ryllana sehingga duduk gadis itu mula duduk diribanya. Ryllana yang sedar apa yang lelaki itu mahukan dengan mata yang menyatakan semuanya terus menunduk. Kenapa lelaki ini sentiasa buat dia mahu bunuh diri sendiri kerana membenarkan segala-galanya?.
"Kafeel."
"You miss me, right?" Kafeel secara perlahan mengusap rambut lebat gadis itu. Rambut ini sangat cantik dan lembut. Dibawa ke hidung untuk menghidu keharuman rambut itu.
Ryllana mengigit bibirnya sambil mengangguk.
"Rindu..." Air mata gadis itu mula jatuh ke pipi.
Ryllana terkejut dengan apa yang terbit daripada bibirnya itu. Really Ryllana Daniyah. Kau dah kenapa!.
"Aku pergi tak lama, Ryll." Kafeel menolak sedikit dagu gadis itu untuk membuatkan mereka menatap satu sama lain.
"A-awak... awak cakap awak balik dalam masa 10 hari but hampir 17 hari dah berlalu saya takut. Takut awak tinggalkan saya dengan mesej saya tak dibalas. Macam mana kalau..."
Cupp!
Kafeel mengukur senyuman setelah mengucup sekilas bibir gadis itu.
"Aku tak lupa kaulah, Ryllana. Hari-hari kat sana aku ingat kau. Aku ingat, aku ada hati nak diikat rapi supaya orang lain tak ambil hati tu." Kafeel mengucup dahi Ryllana.
"Dan, Aku tak nak kau risaukan aku. Sebab tu aku tak call or mesej kau. Lagipun, I need a concentration, Ryll."
Air mata itu Ryllana jatuh. Kafeel menyapu air mata itu
"Ehh dahlah, nape ni emosi sangat ni?. Aku dah ada ni Ryllana" Ryllana menggeleng. Ryllana mula menangis. Entah kenapa nak emosi bagai ini. Payahlah jadi wanita ini, sentiasa nak emosi nak nangis. Geram!.
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Acak(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...