Actually, I dah siapkan ending story and dah start buat season 2 but kita tengok dulu if I can write season 2 for this story. Maybe saya akan tulis cerita lain tentang Kalisha tak pun cerita Nabil.
Setelah selesai mengemas barang, Ryllana keluar dari khemah tempat tidur mereka itu dan menuju ke bahagian khemah yang menyediakan makanan tengah hari. Perut mula berbunyi kuat membuatkannya tidak sabar untuk menjamu selera.
"Hai, Cik Ryllana."Ryllana menunduk sikit kepada Koperal Hanif dan Sarjan Emran.
"Nak makan juga ke?" Sarjan Emran menggeleng.
"Kami dah habis dah , ni nak pergi check peralatan pula." Ryllana mengangguk faham.
"Ouh,hmm pagi tadi Nabil right nama dia. Dia okay tak?. Kesian pula kena pukul dengan Kapten Kafeel." Sarjan Emran tersenyum dan hampir sahaja tergelak. Teringat kisah pagi tadi, dimana Leftenan Nabil hampir sahaja mati disebabkan Tuan Kafeel yang tiba-tiba sahaja mengayunkan sebatang besi kepada Nabil.
"Alhamdulillah, Tuan Nabil baik-baik sahaja. Biasalah, Tuan Kafeel kalau jadi terlalu berhati-hati."
"Baguslah, kalau macam tu. Hm, saya masuk dulu ye. Terima Kasih".
.....
Kafeel meletak tray makanan di atas meja yang sama diduduki oleh Ryllana untuk menjamu selera. Kerusi ditarik ke belakang dan punggung dilabuhkan. Ryllana yang tercenggang itu dilihat.
"Aku tak boleh duduk sini?". sudu dicapai dan dipegang dengan betul.
Ryllana menggeleng.
"Boleh je tapi macam pelik." sudu berisi nasi yang dipegang Ryllana dibawa ke mulutnya.
Mereka berdua hanya diam menikmati makanan yang terhidang didepan mereka sebelum Kafeel memecahkan suasana sunyi itu.
"Soalan semalam, kau tak jawab?" Ryllana mendongak memandang Kafeel.
"Yang tu ke?. Tuan betul-betul nak tahu ke?"Kafeel mengangguk.
"Hm, sebab ayah saya kata selalunya askar ni untuk orang yang tak de pilihan atau berasal daripada kelas belakang kat sekolah, termasuklah orang yang tak kaya macam awak."
"Kenapa kau ingat macam tu?"
"Sekolah saya dalam kem askar , saya tengok semua budak lelaki yang pilih askar ,semua daripada kelas belakang. Bukan nak hina ke apa?. Tapi saya rasa macam betul."
Kafeel mengangguk sebelum ketawa sinis.
"Apa yang kau fikir tu salah sebenarnya, tak semua anggota askar macam apa kau fikirkan. Ada je anak Dato, anak Menteri dan orang yang dapat straight A+ zaman sekarang pilih jadi pejuang negara sebab cita-cita diorang. Ada juga sebab nak sambung legasi keluarga macam aku. Keluarga sebelah arwah papa, semuanya pejuang negara jadi sudah ditanam dari kecil dalam otak aku yang aku kena jadi pejuang negara."
"So, maksudnya Tuan Kafeel tak sudi?" Kafeel menggeleng.
"Itu belakang kira, tapi aku okay je dengan jalan yang aku pilih. Tak menyesal pun...Aku faham kenapa ayah kau cakap macam tu?. Mungkin pada zaman dahulu-kala, askar merupakan satu jalan yang terbaik untuk orang macam apa ayah kau fikirkan tapi semua tu dah berubah Ryll. Budak-budak zaman sekarang, tak kira status diorang pasti ada yang masuk sini atas sebab nak jadi pejuang negara." Mata dia tertumpu pada kesusahan Ryllana untuk mengupas kulit udang.
Terbit satu senyuman yang Kafeel sendiri tidak sedar, gadis itu sedang bersusah payah untuk menikmati udang yang masih tersisa banyak itu.
"Macam mana dengan kau?. Apa yang buat kau pilih psychology? People say that psychology is dangerous." Ryllana yang berjaya mengupas kulit udang terus menikmati seekor udang itu sebelum mata dia memandang Kafeel.
YOU ARE READING
Kafeel's Meltdown Creation
Casuale(⚔️) 𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐔 || 𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓 (𝚿) "Confidence kau ni beli mana cik adik? .Shopee , lazada or Shein?. Terlalu tinggi ni , takut pula aku tengok. Aku rasa kau patut turunkan sikit , tak pun kau minta refund,teruk sangat ni hah. Berang...