Chapter 1 - got rejected for the first time !

8.9K 352 16
                                    

Aku memandang lelaki yang sedang duduk bersama geng2 dia. Aku dah mula perhati dia sejak minggu lepas. Dan data2 pasal dia pun dah siap tersedia di tangan aku. Ok aku ngaku, dia mungkin orangnya. Tapi...kalau aku salah pilih orang? Macam mana?

"Myunghee, kau betul ke ni? Aku tak rasa..."

"Sudah! Aku dah nekad." potongku. Konon tak nak tarik balik apa yang aku dah kata dekat Young-il pasal Kim Taehyung. Terkelip kelip Young-il memandang aku.

"Cuma masalahnya sekarang lelaki itu nak ataupun tak nak je," ujarku lagi. Aku dengar keluhan Young-il.

"Tapi...dia kan tak pernah bercinta. Kebanyakan orang cakap dia pelik," Young-il cuba menasihati ke apa ni? Aku memandang tepat ke mata Young-il.

"Kalau betul dia macam tu, aku boleh je putus dengan dia selepas tu. Belum cuba belum tahu kan?" kataku lalu memberikan senyuman manisku. Young-il mengeluh lagi. Eyy, mengeluh aja kerja minah ni.

"Sukati engkau lah Myunghee," akhirnya Young-il mengalah.

Maafkan aku Young-il. Tapi aku terdesak nak cari orang yang tak pernah bercinta. Bukan senang nak cari orang yang tak pernah bercinta sebelum ni. TAK PERNAH BERCINTA KAU FAHAM TAKKK.

Dan setelah membuat research, individu yang tak pernah bercinta sebelum ni amatlah tipis. Hanya 8% daripada keseluruhan pelajar. Aku terpaksa ambik dia. Sebab dia ada rupa yang bagus, berbanding yang lain. Rating pun tinggi. Ko nak ke pakwe ko gigi rongak pakai spek pun senget benget dengan rambut afro nya? Ko nak? Bila keluar sesama orang cakap keluar dgn badut. Ko rasa?

Aku bangun mendekati geng yang digelar BTS di sekolah. Bang..bang apa boys tah namanya. Mereka semua memandang aku.

"Siapa Kim Taehyung di antara awak?" soalku buat2 tak tahu. Muka aku tarik jadi serious. Kedua tangan sudah aku hentak atas meja dorang. Sampai lelaki yang pakai sapu tangan pink pun terkejut.

"Er...dia," lelaki pipi tembam menuding ke arah Taehyung yang berada di hujung sekali.

"Waeyo?" soal Taehyung. Dia nampak agak cuak. "Jumpa saya di belakang blok D lepas sekolah," kataku lalu terus angkat kaki beredar dari situ. I bet, diorang macam terpinga pinga dengan kedatangan aku. Fuuuuhhhh, nasib baik dah lepas. Nervous gila kot!

Kaki aku dah mula lenguh berdiri di belakang blok D ni. Persekolahan dah lama tamat 20 minit yang lalu. Lelaki itu masih tak munculkan diri. Apa masalah dia?

"Eh, bukan kau ada temu janji ke lepas sekolah?" soal Jimin. Otakku memutarkan jadual aku pada hari ini. Sejak bila pulak?
Aku membuat muka blank.

"Myunghee..Perempuan yang masa rehat tadi. Dia nak jumpa kau kan?" soal Jimin lagi. Ah! Aku baru ingat! "Eh, macam mana kau tahu nama dia Myunghee? Kau kenal dia?" soalku. Terkejut jugak tetiba Jimin kenal dia.

"Jimin ni semua nama pompuan kat dalam sekolah ni dia ingat," ujar Jhope lalu yang lain gelak.
"Yah! Mana ada! Suka menuduh eh. Myunghee tu boleh tahan famous la. Top 10 student kot. Cemerlang akademik. Kalau sukan, dia memang terer basketball even baru je masuk tahun lepas," terang Jimin.

"Jinjja? Waa..hotstuff la ni," Jungkook mencelah. Aku hanya buat muka blank. "Tak pernah pulak aku nampak muka dia." Kataku sambil menunjukkan barisan gigi.
Mereka pun speechless dibuatnya.

"Haih, patutlah sampai sekarang dia ni takda girlfriend," ujar Jhope sambil menggeleng kepala. "Takda gf pun peminat ramai. Tapi tulah masalahnya, pelik sangat dia ni." Jin pula menyuarakan pendapatnya. Jungkook menahan ketawa. Aku hanya tersengih. Aku sebenarnya tak terfikir pun nak gf. Ataupun bercinta. Yang aku fikir sekarang ni, lets partyyyhh!! Lagipun ..takda siapa pun pernah confess aku depan2 sebelum ni sebab dorang kata muka aku seram bila pandang dorang sampai perempuan tu semua pun tak jadi nak confess. Tapi aku memang takda perasaan dekat sesiapa pun kecuali..

I'm Yours [COMPLETE]Where stories live. Discover now