chapter 4 - hey jackson

2.6K 199 4
                                    

Jackson's P.O.V

"Ni lah kelasnya," ujar rakan kelas baruku bernama Rapmon. Dia kata tu panggilan. Nama sebenar dia Namjoon. Aku hanya berdiri di depan kelas itu sambil memandang kertas di tangan.

"Eo." Aku terus masuk ke dalam kelas itu dan menyergah ke arah meja seorang budak perempuan. Myunghee, of course.

Semua orang berbisik bisik di dalam kelas.

"Anneyeong, Myunghee!" sapaku. Myunghee nampak terkejut dengan kemunculanku.

"Well, surprise!!" kataku dengan girang sekali lalu memeluk tubuh gadis itu.

Myunghee hanya diam tak berkata sepatah lalu menolakku. Aku memandang wajahnya yang tiada apa2 perasaan. Kenapa gadis ni? Apa dia tak suka ke aku kat sini?

"So..apa awak buat kat kelas ni? Awak masuk kelas ni ke?" soalnya setelah lama berdiam diri. Pipinya merona merah.

"Ah--saya saje je singgah kelas ni. Saya tanya tentang awak kat rakan baru kelas saya dan dia tahu awak kelas mana hahaha popular betul awak ni." ujarku dengan senyuman. Aku memandang rakan baru kelasku itu diluar.

"Eo, ok lah. Dah lambat ni. See you later!" ucapku lalu terus keluar dari kelas itu. Semua mata pelajar hanya tertancap pada aku. Biasalah. Kehidupan bergelar 'pelajar baru.' Bibirku menguntum senyuman yang lebar.

Aku memandang Young-il di sebelah. Dia ternganga.

"Kau kenapa?" soalku. "Tu..tu ke Jackson?" soalnya pula.

Aku mengangguk perlahan. Ya, Jackson Wang. Teman aku masa kitorang masih kecik hingga 13 tahun ketika kami duduk di Amerika. Tapi..banyak kisah yang berlaku antara kami berdua. Dan kisahnya pahit bagiku.

"Dia peluk kau! Dia boyfriend kau ke? Kejap...dari mana dia datang? Oh, Amerika jugak ke?" soal Young-il bertalu talu macam ayam mematuk cacing di dalam tanah. Ya, aku pasti semua orang dalam kelas ni tengah curi2 dengar.

"Obviously, dia bukan boyfriend aku. Aku sendiri terkejut." ujarku.

"Eh..? Tapi kau kenal dia? Dia peluk kau lagi," soal Young-il lagi. "Ya aku memang kenal dia tapi...Aku perlu berbincang sesuatu dengan dia dan lepas tu baru aku bagitahu kau cerita sebenarnya. Yang pasal peluk tu..mungkin dia dah terbiasa memandangkan dia duduk di Amerika. So you know kan...." ujarku malas mahu mengulas lebih lanjut.

Aku perlu berjumpa dengan Jackson dahulu tentang tujuannya datang ke sini. Ianya amatlah pelik! "Ok ok. Jadi, bila kau nak jumpa dia?" soal Young-il.

"Kenapa?" soalku kembali.

"Ah..tanya je," jawabnya.

"Oh. Hm entahlah. Masa rehat nanti mungkin?" ujarku. Yes. Aku mesti jumpa dia tak kira walauapapun.

Waktu rehat.

"Yo guys!" ucap Rapmonster kepada geng nya yang dinamakan Bangtan Boys. Yang boleh dikatakan amat popular di sekolah ni memandangkan semua ahlinya berating tinggi. Rapmonster, digelar god of rap, destruction and intelligence. Jhope, digelar, god of dance. Suga, si licik basketball. Jin, oppa tinggi. Jungkook, voice of the angel. Jimin, oppa sado dan Taehyung, oppa handsome. Gelaran tu semua diberi oleh budak2 perempuan yang sangat meminati mereka di sekolah ni.

"Heyyy, Namjoon. What's up," balas mereka kembali. Mereka memandangku yang berdiri di sebelah rapmon.

"Perkenalkan, Jackson. Freshman sekolah ni. Baru masuk harini," Rapmon memperkenalkan aku di hadapan mereka. Aku hanya bow. "Hello. I'm Jackson. From America. Tapi aku korean," ucapku.

"Woaaah, Amerika for seriously? Namjoon dulu New Zealand."

"Wahh. Jinjjaro,"

Yang lain hanya menepuk tangan. "Come join us," ajak mereka. Aku pun duduk di ruang sebelah Rapmon. "Kitorang ada beli banyak makanan so jangan segan silu," ujar Jhope. Aku mengangguk lalu mengucapkan terima kasih. Nampaknya aku diterima di sekolah ni setakat ini.

Sedang rancak berborak, tiba2 seorang gadis muncul di tempat makan kitorang. Eo.

"Jackson, saya ada benda nak cakap dengan awak. Now," ujar Myunghee. Aku memandangnya tanpa berkelip. Serious sahaja mukanya.

Myunghee's P.O.V

Ke hulu ke hilir aku mencari bayang Jackson. Ke mana pulak budak ni eh? eh....sekarang kan waktu rehat. OMG MYUNGHEE WHY U ARE SO DUMB?!
Aku mencari bayangnya pula di kantin. Ah! seperti yang dijangka. Aku terus mendekati mejanya.

"Jackson, saya ada benda nak cakap dengan awak.

Now," ujarku tegas.

Semua mata yang berada di meja tu memandang aku. Aku sempat melirik pada Taehyung. Dia memandangku tepat. Aku terus memberi isyarat kepada Jackson untuk mengekori aku dan berlalu pergi dari situ.

di atas bumbung sekolah.

"Kenapa ni Myunghee? Nampak serious je?" soalnya. Aku merenungnya.

"Apa tujuan awak datang ke Korea?" soalku. Dia tersenyum.

"Saya nak selalu dekat dengan awak," jawabnya.

Aku mengangkat sebelah kening.

"Jackson? Awak ni dah kenapa?" soalku. Jackson sangat lain...dari yang last aku jumpa dia. "Myunghee-" dia memanggil namaku dan mendekatiku. wajahnya juga bertukar serious.

"Saya rindu kat awak," katanya lalu terus memelukku. Disebabkan rimas aku terus menolaknya.

"Apa awak cakap ni?!" tengkingku. Hatiku sangat sakit sekarang ni. Apa yang Jackson cakap ni?!
Bukan ke dia yang buang aku dulu?!

"Myunghee? Wae? Awak dah lain," katanya. Aku memicit kepala.

"Jackson, awak cakap apa ni? Macam mana dengan Aoi? Aoi sayangkan awak dan awak sayangkan dia juga kan?!" kataku dengan nada tinggi. Aku nak Jackson sedar apa yang dia telah cakap kat aku tadi.

"Siapa..Aoi?" soalnya. Mataku terbeliak.

Wajahnya...seperti tiada perasaan. "Jackson?"

Taehyung's P.O.V

"Jackson, saya ada benda nak cakap dengan awak. Now,"  ujar Myunghee lalu terus berlalu. Jackson yang terpinga pinga hanya menuruti Myunghee. Kami semua memandang mereka pergi.

"Kenapa tu? Myunghee kenal Jackson?" soal Jin.
"Ya. Aku rasa dorang saling mengenali. Sebab pagi tadi Jackson tanyakan pasal Myunghee dan aku tunjukkan kelasnya." ujar Rapmon.

"Wow, and dengar cerita lelaki tu peluk Myunghee, kan?" ujar Jimin pula.

"Peluk?" soalku terkejut. "Ya. Peluk. Macam ni ha," Jimin terus memelukku erat. Aku terus menolaknya kasar. Dia ketawa suka mengenakan aku.

"Wah. Dorang bekas pasangan kekasih ke apa?" soal Jungkook ingin tahu jugak. "Macam mana dorang kenal?" soal Jhope pula.

"Laa, mana la aku tahu. Bila aku tanya dia, dia just cakap rahsia~~~" balas Rapmon. Masing2 diam memikirkan kemungkinan yang berlaku. Begitu juga aku.

"Saya tak kenal siapa dia. Saya cuma ada awak, Myunghee. Awak yang dengan saya ketika di taman, perpustakaan, naik rollercoaster dengan saya, kongsi gula kapas dengan saya...ianya sangat segar diingatan saya. Awak tak ingat ke Myunghee?" ujar Jackson panjang lebar.

Aku tergamam. Tak! Tak! Tak mungkin! Itu semua kenangan dia bersama Aoi! Aku tahu, sebab aku ada bersama mereka..ketika mereka sedang bermesra dan seronok bila bersama..dan kenangan itu bukan milik aku! Apa yang dah terjadi ni?

"Myunghee?" Jackson memanggilku apabila menyedari aku hanyut dalam lamunanku sendiri.
"Jackson. Saya..saya perlukan masa. Btw, welcome to Korea." ucapku sambil menghadiahkan senyuman lalu terus angkat kaki berlalu dari situ.

Cis! Tak guna! Masalah dengan keluargaku belum selesai lagi, masalah baru pula yang datang. Dan yang paling pelik, macam mana Jackson boleh lupa pada Aoi? Aoi kekasih hidup dan matinya. Kenapa aku pula yang kena? Mesti dia ada muslihat tersendiri.

I'm Yours [COMPLETE]Where stories live. Discover now