chapter 8 - my inner self

2.3K 176 2
                                    

Aku hanya diam waktu rehat. Apa yang aku tahu semalam, inner self aku dah keluar depan Myunghee. Aku takut dia akan benci aku lepas ni. Aku terus mengusutkan rambutku. Ahli BTS yang sedang rancak berborak terus diam apabila melihatku seperti serabut.
"Kenapa dengan kau ni?" soal Jin. Mata mereka semua kini fokus ke arahku.
Aku hanya menggeleng. Jimin memandangku.
"Ada masalah?" soal Jungkook. Aku menarik nafas dalam2 bila mereka masih menunggu jawapanku.
"My inner self...dia keluar semalam," kataku. Jimin tersengih sahaja.
"Oooohh..jadi?"
"Semalam Myunghee datang ke kafe. Lepas tu terus mamat tak tahu malu ni bertukar," sambung Jimin. Aku menekup mukaku.
"Teruk sangat ke?" soal J-hope.
"Tak seteruk 4 tahun yang lalulah. Tapi still, terbeliak mata Myunghee mamat ni buat hahaha," jawab Jimin. Aku terus rasa sedih bila dengar kata2 Jimin. Mesti, Myunghee benci aku lepas tu. Mungkin dia tengking aku atau marah atau menangis agaknya?
"Tapi, Myunghee nampak ok je. Siap senyum lagi. Paling terkejut dia cakap see you tomorrow," sambung Jimin lagi. Aku terus memandang Jimin di sebelah.
"Oh wow. Dia dapat terima Taehyung seadanya," ujar Suga membuat yang lain ketawa.
"Eh? Jinjja?!" soalku. Jimin mengangguk sambil keningnya ke atas.
"Dia tak marah ke semalam? Tolak aku? Menangis?" soalku bertalu-talu kepada Jimin.
Jimin menggeleng kepala. "Tak pula," jawabnya. Aku merasa sedikit lega. Lepas ni aku mesti lebih berhati-hati!
"Kau tak bagitahu Myunghee ke?" soal Rap monster. Aku menggeleng.
"Tak nak lah. Nanti dia kata aku pelik pula dan tak nak kawan dengan aku lagi," jawabku sambil pout.
"Mana boleh macam tu. Lama2 dia akan tahu juga," kata Suga. Aku menggeleng lagi. "No no no," jawabku lalu terus menghirup air. Lepas tahu gadis itu ok sahaja semalam, barulah aku dapat makan dengan tenang semula. Ketakutan kalau2 rumours2 pelik pasal aku tersebar akhirnya hilang.
"By the way, Jackson mana? Tak lepak dengan kita ke harini?" soal Suga kepada Rap monster.
"Entahlah. Dia kata dia nak pergi cari Myunghee," jawab Rapmonster. Aku fokus memandangnya. Otakku ligat berfikir. Ada apa hal mereka berdua ni?

Myunghee's P.O.V
Aku keluar dari tandas. Entah kenapa perut tiba2 memulas. Namun langkahku terhenti sebaik saja Jackson muncul di depan tandas. Aku mengeluh.
"Jackson..."
"Myunghee, nak keluar tak hari ni?" soal Jackson dengan senyuman. Aku menghembus nafas berat. "No," jawabku lalu hanya menghiraukan dia dengan meneruskan langkah. Jackson mengekoriku.
"Esok?" soalnya lagi.
"No," jawabku.
"Lusa?"
"No,"
"Tulat?
Aku terus berhenti dan pusing ke belakang menghadap Jackson. Lelaki itu brek mengejut.
"No! Jackson, listen. I can't. Ok?" kataku. Wajahnya sedikit hampa namun dia masih tersenyum.
"Next week?" dia masih mencuba. Aku mengeluh.
"Jackson...Tak boleh." kataku.
"As a friend? Please," dia merayu. Aku memandangnya. Matanya yang bersinar penuh harapan tu memang sukar untuk aku tolak. Aku dah lama kawan dengan Jackson dan itu kelemahan aku.
"Haih,"
Jackson tersenyum. "It's a okay?" soalnya.
Aku hanya mengangguk perlahan. Dia terus bersorak. Orang yang lalu-lalang hanya memandang kami sambil berbisik-bisik.
"Slow down," kataku. Jackson menutup mulutnya dengan tangannya. Dia nampak sungguh gembira.
"Next week hari sabtu okay?" ujarnya. Aku hanya mengangguk dan terus beredar dari situ. Tak sanggup aku berlama-lama di situ dengan orang sekeliling dok bergosip.

Macam biasa harini aku menunggu lagi Kim Taehyung di depan pagar sekolah. Dia muncul juga akhirnya. "Lambat 5 minit," kataku sambil menunjukkan jam di tanganku. Lelaki itu hanya tersengih kambing.

"Aa..Myunghee, pasal semalam..saya mintak maaf kalau saya berkelakuan pelik dan agak tak senonoh," ujar Taehyung. Aku memandangnya. Serta merta jantungku berdegup apabila teringatkan perihal semalam.
"Oh ah, tak apa. Tap..tapi kenapa ya? Awak agak pelik semalam..em maksud saya lain daripada yang lain hehe," kataku sambil menolak rambutku ke belakang telinga.
Dia hanya diam. Aku memandangnya. "Taehyung?" panggilku.
"Awak tak marah kan?" soalnya. Aku tergelak. "Marah kenapa pula?"
"Takda apa," jawabnya dan perbualan kami tamat di situ sahaja. Hmm..dia seperti menyembunyikan sesuatu dari aku.

I'm Yours [COMPLETE]Where stories live. Discover now