"Sebab saya....entahlah. Noona sangat busy kebelakangan ni. Jadi saya tak pasti..." jawab Jungkook. Aku mengeluh.
"Tak apalah. Saya balik dulu. Maaf ganggu awak," ujar Jungkook lalu bangun dan melangkah kaki keluar dari rumahku. Aku hanya memandangnya saja. Mungkin itu yang terbaik. Aku mahu jarakkan diri aku dengan dia semampu yang boleh.Namun apakan daya, Tuhan tak menyebelahi aku.
"Eo? Awak pun ada kat sini Soonyoung?" soal Jungkook. Macam mana pula aku boleh jumpa dia kat Miedo Summer Music Fest ni?!!
"Tak cakap, kalau tak boleh kita pergi sama2," ujar Jungkook dengan senyumannya. Aku hanya tersengih.
Yerin..mana pula kau pergi ni...?
"Awak cari orang?" soal Jungkook apabila perasan yang aku asyik toleh ke kiri dan kanan. Mana taknya! Aku tak boleh berduaan je macam ni!
"Ah..ya saya tengah tunggu kawan saya datang. Mana pula dia ni.." aku mendail nombornya tapi asyik tak berjawab. Si Jungkook ni pun tak nak pulak dia beredar dari sini.
Tiba2 satu panggilan masuk.
"Hello, Yerin! Mana kau??" soalku dengan nada geram. Sebab kau la aku jumpa dengan Jungkook.
"Ahhh, Soonyoung. Maaf la. Aku asyik cirit-birit je ni. Tak dapat pergi la. Maafkan aku~~~ huhuuu," ujar Yerin dengan nada sedih.
"Hmmmm, yelah2. Kau rehatlah. Bye," Soonyoung terus memutuskan panggilan. Panas hatinya Yerin tak bagitahu dia awal2 tak dapat pergi. Jungkook yang sedang minum air hanya memandang aku. Jungkook memandangku.
"Kawan saya..cirit-birit pula. Hehe..." ujarku. Jungkook senyum.
"So...jalan dengan saya jelah, Soonyoung. Saya pun sorang," pelawa Jungkook. Aku mula rasa ragu2. Patutkah aku..?
"Jom!!!" tiba2 tanganku ditarik tanpa sempat aku beri jawapan lagi. Haih, ikutkan hati mahu saja aku berlari pulang ke rumah sekarang ni. Apalaaa nasib aku.Miedo Summer Music Fest bersama Jungkook seronok juga. Entah kenapa aku rasa gembira disampingnya.
Setelah penat berjalan2, aku rehat di sebuah bangku yang kosong di situ. Aku menghembus nafas kepenatan. Jungkook senyum.
"Saya nak beli patbingsu. Awak nak tak?" soalnya. "Boleh juga," balasku.
"Ok, tunggu sini ya? Jangan lari tau," ujar Jungkook membuatkan aku ketawa kecil."Eo, Soonyoung?" tegur seseorang. Eh, Jungkook ke....Oh. Tak.
"Ah, Sunyoul. Awak pun ada juga?" terkejut aku melihat kelibatnya. Sebenarnya Sunyoul ex-boyfriendku masa di sekolah menengah rendah..
"Ya. Saya datang sebab nak tengok kawan saya buat persembahan bersama bandnya. Lagipun awak tahu kan saya suka festival," ujar Sunyoul.
"Oh.."
"Eh, haritu saya ada nampak awak buat persembahan. Awak sangat hebat Soonyoung. Saya terpesona jadinya tengok awak tau," kata Sunyoul lagi membuat aku blushing.
"Terima kasih.." ucapku. Sunyoul senyum.
"Eh, awak sorang ke?" soal Sunyoul. Aku menggeleng.
"Dia pergi beli patbingsu ((lebih kurg abc)) jap," jawabku. Sunyoul mengangguk. Dia masih tak berganjak.
Suasana sunyi sepi.
Tak lama kemudian, Jungkook datang dengan membawa dua patbingsu. Dia memandang Sunyoul dengan perasaan tertanya-tanya yang mendalam.
"Nah," Jungkook menghulurkannya kepada Soonyoung. Aku memandang Jungkook kemudian memandang Sunyoul. Muka diorang lebih kurang saja. Tapi ada lainnya.
"Siapa dia ni Soonyoung?" soal Jungkook kepadaku.
"Oh, anneyeong. Saya Sunyoul. Emmm kawan lama Soonyoung," Sunyoul memperkenalkan diri. Matanya melirik padaku. Fuh, nasib dia tak ngaku yang dia ex-boyfriend aku.
"Oh, saya Jungkook. Boyfriend dia," balas Jungkook kepada Sunyoul. Sunyoul terkejut.
Begitu juga dengan Soonyoung. Terkejut beruk menari tango!
"Mwoyah?!" kataku. Jungkook ketawa.
"Haha gurau sajalah. Chill ok. Saya rakan sekelas dia," ujar Jungkook dengan sisa tawanya.
"Oh, jap awak ni yang collab dengan Soonyoung hari tu kan? Yang main gitar tu?" soal Sunyoul. "Aha..yup," jawab Jungkook. Muka Sunyoul bersinar.
"Awak memang daebak! Boleh tak kita lepak bersama lepas ni? Saya nak dengar awak mainkan gitar lagi," kata Sunyoul kepada Jungkook. Amboi Jungkook ni. Fangirl dah ada, fanboy pun dia ada. Lepas ni? ahjumma? ahjussi? harabeoji?
Jungkook seperti malu2 dengan pujian Sunyoul. Dia mengangguk saja.
Kemudian mereka bertukar nombor pula.
"Ok lah, saya pergi dulu ya?" ujar Sunyoul. Dia bersalaman dengan Jungkook kemudian dia mendekati aku.
"Awak..makin cantik," Sunyoul tiba2 berbisik di telingaku membuat mataku terbeliak. Jantungku tiba2 berdegup laju.
Dia senyum dan mengelipkan sebelah matanya. Aku terkedu.
Jungkook hanya melihat adegan itu. Air muka Jungkook berubah. "Bye!" Sunyoul melambai dari jauh.
YOU ARE READING
I'm Yours [COMPLETE]
FanfictionKim Taehyung pelik. Dia ada ramai peminat tapi tak pernah ada gf. Persoalannya, kenapa? Myunghee, seorang perempuan desperate yang cari bf. Lagi sekali, kenapa? Untuk merungkai semua persoalan ni, anda perlu klik Read Now and save as your reading li...