"Hyung!"
Sedang borak2 dengan Jimin tiba2 terdengar seorang budak kecil memanggilku. Dia ke?
"Jeremy?" soalku melihat dia menghampiri kami yang sedang duduk di bawah pokok. Sepatutnya sekarang waktu balik. Aku dah janji untuk tunggu Myunghee. Memandangkan sesi waktu kelas terakhir aku ponteng bersama Jimin. Kekeke, sekali sekala 😜.
"Ah, ni hyung semalam. Saya mintak maaf apa yang saya cakap semalam sungguh tak matang," ucap Jeremy tiba2 bertukar cara cakap macam orang besar plak?
"Ah ya, saya...pun mintak maaf. Saya hyung kamu tapi perangai saya macam kamu," ujar Jimin awkward tapi sempat memerli. Jeremy senyum senget.
"Kalau sebab noona saya tak ugut saya, takdanya saya nak mintak maaf kat hyung," Jeremy terus terang. Aku menggaru kepala. Aik, dorang ni nak gaduh balik ke. Jimin hanya tersenyum paksa. "Ohh..hahaaaa...macam tu ke.."
"Kamu datang dengan siapa?" aku cuba mengubah topik.
Jeremy memandangku semula. "Pak cik Ray. Dia baru balik sini pukul 8 pagi tadi," ujar Jeremy. Aku mengangguk.
"Handsome hyung, jom teman saya beli aiskrim?" ujar Jeremy.
"Eh, tapi noona kamu..."
tanpa sempat menghabiskan ayat, Jeremy sudah menarik aku.
"Jom la jom jom!"
"Ah yelah yelah.." aku terpaksa mengikutnya sahaja.
"Jimin, tolong bagitau Myunghee nanti!" pesanku walaupun dah jauh. Entah mamat tu dengar ke tidak.Myunghee's P.O.V
Aku terpaksa bergegas turun ke bawah. Kelas muzik lambat habis pula hari ini. Bila sampai di depan pokok, tengok tiada orang. Kata dah janji tunggu di bawah pokok ni. Apa pula masalahnya? Lupa ke dia? Tapi...Jimin pun dah takda.
(Waktu ni Jimin dah naik tidur kat kelas dia)
Malas memikirkannya. Aku bergerak keluar menuju ke tadika Jeremy. Bila sampai sana, mereka kata Jeremy dah balik. Bila aku tanya siapa yang amik, mereka tak pasti. Yang mereka tahu lelaki tu berpakaian semua hitam. Nak kata Taehyung amik dia, tak mungkin. Lelaki tu pakai baju sekolah, masa bila plak dia tukar jadi mamat gothic ni??Tak mungkinnn.
Aku sudah mula memikirkan kalau2 Jeremy diculik atau ditangkap oleh sesiapa. Musuh keluarga kami ke? Aku tahu Jeremy pandai jaga dirinya, tapi dia masih lagi budak kecil bagi aku, dan orang lain kalau tengok dia tu pun just budak kecik yang tak berdaya. Tapi...Serabut memikirkan ke mana harus aku pergi, aku bertindak untuk balik ke rumah. Bila sampai di rumah, pintu pun masih berkunci.
"Jeremy! Jeremy!" jeritku namun tiada yang menyahut. Penat menyelongkar setiap bilik, masih tiada. Budak tu memang takda di rumah. Habis tu ke mana dia?!!Tinit..tinit..
Aku terus menjawab panggilan tersebut. "Hello?! Taehyung!? Jeremy hilang!" kataku dengan nada cemas tak mampu dikawal lagi. Air mata pun sudah bertakung. Memikirkan apa2 kemungkinan yang terjadi ke atas Jeremy.
"Myunghee, kitorang dekat Taman Hyong-do ni. Datanglah sini," balas Taehyung. Terdiam terus mendengar kata2 Taehyung. Aku terus keluar menuju ke taman tersebut. Perasaanku kini bercampur-baur.
Sesampainya di sana, aku melihat Jeremy sedang seronok bermain dengan Kim Taehyung. Aku terus berlari menghampiri mereka.
"Jeremy!" jeritku. Mereka berdua terhenti lalu berpaling. "No..noona.." Jeremy kecut melihat wajahku yang serba tidak kena baginya.
Serta merta..Aku terus memeluk Jeremy.
"Oodiseo?! Kenapa tak tunggu kakak datang?! I'm worried if anything happened!" kataku. Walaupun marah, air mata tetap mengalir. Tiba2 aku terdengar esakan Jeremy.
Aku memandangnya. Ai, terasa ke dia?
"Aiskrim saya jatuh noona buat!" ujarnya. Aku terus mengetuk kepala Jeremy.
"Bertuah betul!!" kataku geram. Punyalah aku risaukan dia, itu pulak yang dia balas!
Taehyung hanya ketawa.
"Tae, why tak tunggu saya?" soalku. Terus lelaki itu berhenti ketawa.
"Mian. Adik awak ajak saya beli aiskrim dengan dia," balasnya. Aku mendengus memandang Jeremy.
"Saya naik aiskrim saya balik!" ujar Jeremy memandang aku dengan mencebik.
"Yelah! yelah!" kataku lalu berdiri mencebik balik padanya. Taehyung tersenyum. Dia mendekati aku.
"Your tears.." katanya lalu mengelap air mataku yang hampir kering di pipi dengan sapu tangannya.
Kim Taehyung...
Matanya...memandangku dengan redup..
Dan kasih sayang..
YOU ARE READING
I'm Yours [COMPLETE]
FanfictionKim Taehyung pelik. Dia ada ramai peminat tapi tak pernah ada gf. Persoalannya, kenapa? Myunghee, seorang perempuan desperate yang cari bf. Lagi sekali, kenapa? Untuk merungkai semua persoalan ni, anda perlu klik Read Now and save as your reading li...