J-hope x Young-il
"WARGH!"
Seorang perempuan tiba2 muncul di depannya telah menakutkan J-Hope.
"Lah, mamat penakut rupanya." perli Young-il sambil ketawa. J-Hope mencebik.
"Weh korang! Sini tolong sini!" tiba2 cikgu sains memanggil kami berdua. Aku dan J-Hope memandang antara satu sama lain."go J-Hope go!" ujarku. Cikgu sains suruh kitorang kemaskan barang2 di atas almarinya yang berhabuk. Tak pasal2 pula. Si J-Hope yang pendek ni tangga pun dia still tak dapat capai satu lagi kotak yang tinggal di atas almari tersebut.
"Lagi sikit jee!" kataku lagi. Struggle betul muka dia.
"Ye sabarlah!" ujar J-Hope. Aku mencebik. Dah guna tangga pun tak dapat. Aku pulak tu yang kena jaga tangganya.
"Hati2!"Bup!
"Young-il! Kau okey tak?!" satu suara menyoal. Aku memegang kepalaku. Adoohhh! Kurang ajar punya J-Hope!
"Sakitlah!!"
J-Hope memegang tanganku untuk membantuku bangun.
Aku membuka mata. Terasa berpinar sungguh. "Darah..." J-Hope terkedu melihat darah yang menitis. "Ah..takda apalah. Aku pergi bilik rawatan jap," ujarku pura2 cool.
"Aku teman!" ujar J-Hope. "Tak payah!" marahku.
"Takda2. Aku teman gak," lelaki ini masih berkeras. Aku sebenarnya segan dengan apa yang berlaku tadi.
"Hm..sukahatilah."balik dari bilik rawatan
"Ah, Young-il. Mianheyo. Tak sangka pulak kotak tu boleh jatuh atas kepala awak," ujar J-Hope. "Ternyata boleh jatuh pun," ujarku sambil menjelingnya. Dia tersengih.
"J-Hope, awak sengaja ke?" soalku lagi.
"Ehh! Mana ada! Saya tak sekejam itu!" ujar J-Hope sambil mengangkat kedua belah tangannya. "Lagipun awak ni yeoja. Tak gentleman lah saya nak sakiti awak," sambungnya. Aku tergelak. Gentleman lah sangat.
"Ok ok camni. Sebagai tanda maaf saya belanja awak makan," ujar J-Hope. Mata Young-il terus bersinar bergema lapan.
"Seminggu!" kataku dengan riang.
"Hmm seminggu? Kenalah jadi girlfriend saya kalau macam tu. Hik hik!" balas J-Hope. Young-il terus mencubit lengan J-Hope akibat malu. Aikkk~~~?
"Serious ke?" soal Young-il.
"Hah! Gurau je! Sapa la nak couple dengan perempuan harimau hahaha!"DUSHH!
"Rasakan!" puas hati Young-il dapat menumbuk muka J-Hope. "Perempuan...harimau.." J-Hope terkulai~~Jimin x Park Hanni
"Annyeong haseyo, ada orang tak?" satu suara datang dari arah kaunter. Jimin masatu tengah mencari barang di bawah kaunter tersebut. Dia terus berdiri.
"Woah!" gadis itu terus terkejut bila Jimin muncul secara tiba2. "Eo, maaf," ucap Jimin.
Gadis itu mengurut dadanya. Mereka tersengih sendiri. Lama berdiam diri..
"Oh ah, cik nak order apa?" soal Jimin. Gadis di depannya sungguh comel. Matanya tak lepas dari wajah gadis itu. Tapi dia kena cover. Nanti obvious pula.
Gadis itu memandang menu yang ada di atas. Peluang ini diambil oleh Jimin untuk merenung gadis itu lama2.
"Choco Latte special dan Mocha Ice blended," ujar gadis itu setelah lama memilih.
Jimin memandang sekeliling gadis itu. Park Hanni terus ketawa.
"Awak pelik kenapa saya order dua ya?" soal Park Hanni. Jimin mengangguk. "Boyfriend saya akan datang kejap lagi," ujar gadis itu dengan senyuman lebar. "Oh.." Jimin tersenyum pahit. Dia dah melepas rupanya.
"Semuanya 5000 won," ujar Jimin.kling kling
Jimin memandang ke arah seorang lelaki yang baru sahaja masuk dari kaunternya. Pasti lelaki itu boyfriend gadis tadi. Gadis itu melambai2 dari tempat duduknya. Jimin hanya memerhatikan mereka. Mereka sedang berbual sesuatu yang serious.
"Mwo?! No! Awak tak patut buat saya macam ni!" tiba2 gadis itu bangun dari tempat duduknya. Lelaki itu juga turut bangun.
"Maafkan saya, Park Hanni. Selamat tinggal," ujar lelaki itu lalu terus berlalu keluar. Gadis yang bernama Park Hanni sudah terduduk sambil menangis di tempat duduknya.
"Patut ke aku masuk campur?" monolog Jimin sendiri.
Pada mulanya dia membiarkan gadis itu tapi lama kelamaan dia jadi lagi tak tahan. Gadis tu menangis selama 5 minit di tempat duduknya. Jimin tak mampu lagi melihatnya.
Dia terus mendekati gadis itu.
"Cik, emm cik ok?" soal Jimin.
"Awak nampak saya ok ke? Ada saya gelak ke?" sinis jawapan gadis itu. Jimin menggaru kepala. Adeh...
Tak lama lepastu, Park Hanni mendongak memandang Jimin yang sedang berdiri. Wajahnya merah habis.
"Maafkan saya..cuma saya..huaaaawa," gadis itu menekup mukanya semula. Jimin mengambil tempat duduk di depannya.
"Takpa cik. Luahkan sajalah. Saya setia mendengar," ujar Jimin. Park Hanni berhenti menangis dan memandangnya.
"Dia..dia tadi boyfriend saya. Dia cakap dia nak putus dengan saya..Dia cakap dia tak layak untuk saya.."
"Hah, lelaki tak guna je cakap macam tu," Jimin mencelah. Park Hanni diam.
"Saya rasa..dia ada orang lain," ujar Park Hanni. Tiba2 gadis itu termenung pula.
"Kenapa cik cakap macam tu?" soal Jimin.
"Dah 2 tahun kami bersama. Dan masa last date kami..dia tak habis2 dengan telefonnya. Bila saya tanya kenapa, dia kata pasal kerja," ujar gadis itu lagi.
"Saya pelik betul lah. Lelaki tu pabo agaknya nak tinggalkan cik macam tu je. Dia dah buta ke tak nampak kecantikan cik? Dahlah baik pula tu," puji Jimin kepada gadis itu. Park Hanni tersenyum.
"Nama saya Park Hanni. Awak panggil je saya Hanni," ujarnya sambil menghulurkan tangan. "Erm..saya Jimin," Jimin membalas jabat tangan Hanni.
"Em..awak nak tak tengok wayang esok. Ah, ni bu-bukan date. Mungkin awak boleh lupakan dia untuk sementara? Tu pun kalau awak nak.." ujar Jimin sambil memandang meja. Niatnya ikhlas. Dia mahu mengenali gadis itu dengan lebih dekat.
"Sure. Why not. Ni nombor telefon saya," gadis itu menghulurkan kadnya tanpa disangka.
Nampaknya kehadirannya disambut dengan baik.Jungkook x Yuna
"Dah siap," ujar Yuna setelah selesai merawat kesan lebam pada tangan Jungkook. Yuna merupakan jururawat di sekolah ini. Dalam diam, dia ingin selalu dekat dengan Jungkook.
Yuna tersenyum. Lelaki di depannya masih tak berubah.
"Gomawo, noona. Sebab dah banyak tolong saya.. dan simpan rahsia saya," ujar Jungkook. Dia hanya mampu pandang bawah.
"Tak apalah, Jungkook. Lagipun, noona dah lama kenal awak. Sejak kamu kecil lagi," ujar Yuna pula.
Yuna memegang bahu Jungkook.
"Bersabarlah ya," katanya lagi. Jungkook memandang Yuna. Perlahan2 matanya sudah bertakung. "Ss-saya...tak tahu bila lelaki tak guna tu akan berubah. Makin lama dia semakin menjadi-jadi!" terus pecah empangan air mata Jungkook di depan Yuna. Dia tak dapat menahan lagi. Yuna terus memeluknya. "Sshhushh.." pujuk Yuna sambil mengurut belakang badan Jungkook.
"Dia masih ayah awak, Jungkook." ujar Yuna.
"Saya dah tak anggap dia macam ayah lagi! Setiap hari dia pukul saya, noona!" luah Jungkook lagi di bahu gadis itu. Gadis yang lebih tua daripadanya.
"Jungkook..."
Jungkook terus melepaskan pelukan.
"Noona, saya nak tinggal rumah noona malam ni. Saya tak nak menghadap lelaki yang hari2 balik dalam keadaan mabuk macam tu," ujar Jungkook dengan muka serious. Yuna diam.
Kesan lebam di tangan Jungkook..
"Baiklah," ujar Yuna. Setiap kali Jungkook ada masalah, dia akan mencari Yuna. Yuna seseorang yang penting dalam hidup Jungkook, tempat meluah perasaan. Tapi siapa sangka, Jungkook mula memendam perasaannya pada Yuna.
Yuna diam memandang Jungkook di depannya. "Kenapa, noona?" soal Jungkook.
"Tak sangka, awak dah pun besar dan badan awak pun dah tegap," ujar Yuna sambil tersenyum.
"Ah..ya," Jungkook tersenyum malu.
"Jadi awak nak makan apa malam ni?" soal Yuna. "Lamb skewers~" Yuna tergelak. "Good choice,"
"Noona," panggil Jungkook.
"Hm??"
"Saranghae," ucap Jungkook dengan sengihan malunya.
Yuna terkedu seketika.
"Aaaah...saranghae.." balas Yuna. Dia tak pasti jika ucapan Jungkook tadi ucapan seorang dongsaeng kepada noona atau seorang kekasih kepada pasangannya..Tapi bagi Jungkook, itu ucapan ikhlas yang dia pernah bagi kat perempuan. Dia ikhlas dengam Yuna..cuma dia tak mampu luahkan dengan lebih mendalam lagi.
_________________________
yeyy! terima kasih untuk semua request! xoxo. I reaaaally appreciate it ;)and view special chapter pt 1 pun dah over 50 wuhuuu! korang memang daebak. trimasss~! *throw love*
cerita cinta J-Hope & Jimin maybe ada sambungannya. kalau ada masa lah yeee~!
kalau puas hati vote vote vote!
tak puas hati ?
dm saya ! jom kita bergusti! hahaha! *gurau
see ya in chapter 19 !
YOU ARE READING
I'm Yours [COMPLETE]
FanfictionKim Taehyung pelik. Dia ada ramai peminat tapi tak pernah ada gf. Persoalannya, kenapa? Myunghee, seorang perempuan desperate yang cari bf. Lagi sekali, kenapa? Untuk merungkai semua persoalan ni, anda perlu klik Read Now and save as your reading li...