chapter 14 - figure out with namjoon

2K 145 5
                                    

Kringg kringgg (loceng balik sekolah)

Aku memandang sekeliling. Bilik ni..aku pandang ke bawah. Lah?? Dia masih tidur kat riba aku??????
Ingatkan mimpi. Rupanya tak.
Hah?!
Ahh....malu pula rasa. Bila dia nak bangun ni? Kalau dia tak bangun aku tak boleh bergerak ke mana2.
Tiba2 tubuh lelaki itu pula bergerak. Dia meregangkan badan.
"Omo?" dia memandang tepat ke arahku. Mukanya penuh kebluran~~
"Awak...em tertidur.." ujarku malu. Aku memandang ke arah lain. Dia terus bangun.
"Ah, mianhe." dia duduk membelakangi aku sambil menggosok2 matanya.
"It must be him." ujar Taehyung tiba2.
"Nugu?" soalku.
"Budak tu. Ah...Sorry, Myunghee." dia memandangku. Wajahnya merah jugak?!
Mataku terkelip-kelip. Apa...budak..mana?
"Budak?"
Dia diam seketika lalu menggeleng. "Ah..saya mimpi pelik tadi hehehehe," katanya dengan sengihan sambil mengusap belakang tengkuknya. Aku bangun dari tempat duduk.
"Saya..balik dulu," ujarku lalu cepat2 keluar dari bilik itu. Malunya! Boleh pulak tertidur dengan dia! HuwaaaaAahhh!

"Eo, Myunghee!" aku memandang Young-il yang sedang berdiri di depan pintu kelas. Semua orang dah balik.
"Young-il, wae?" soalku.
"Ahh..kau ponteng kelas ke haa?" soal Young-il. Aku mencebik. "Mana ada ok? Berehat je," ujarku lalu terus masuk ke dalam kelas untuk mengambil beg.
"Amboi, dah pandai ponteng dah cik Myunghee kita ni," Young-il membuat smirk face. Aku tersengih.
"Kau pergi mana?" soal Young-il yang masih di depan pintu kelas. Aku menghampirinya.
"Ada lah." kami berjalan bersama dari kelas.
"Ish! Buat aku risau je tau. Dahlah cikgu tanya tadi," ujarnya.
"Habis tu kau jawab apa?"
"Aku jawab kau tolong cikgu,"
"Hahaha, nice Young-il," kataku.
"Nice apanya?! Dosa tau! Tapi sebab nak selamatkan kau, terpaksa aku menipu," ujar Young-il. "Alololo! Thanks, Young-il!" aku memeluknya sambil mencium pipinya. "Eee please stop, stop ugh," Young-il terus mengelap pipinya. Aku ketawa.
"Oh btw Young-il, cikgu Yerim ada masuk tadi. Dia nak jumpa kau esok dekat bilik media," ujar Young-il. Aku memandangnya.
"Eh kenapa?"
"Sebab kau masuk dalam senarai budak pintar kat sekolah ni jadi esok ada sikit IQ test. Kat kelas kita kau dengan Junhoe je tersenarai," kata Young-il lagi. "Oh..jadi kena study ke malam ni?"
Young-il terus menepuk kepalaku.
"Mestilah! Nama pun IQ test. Heish dia ni!"
Aku hanya tersengih macam kerang busuk je.
"Oh ya, Myunghee. Macam mana dengan projek Lovey Dovey kau?" soal Young-il. Mataku terbeliak. Aku memandangnya tepat. Lovey Dovey what the..?!
"Haha chill. Comel apa nama tu,"
"Tak!" aku menggeleng semahunya. Aku sekeh juga si Young-il ni kat sini karang, tak pasal2.
"Aku tak tahu nak buat apa la Young-il..dia suka Hara.."
"Hah?!" Young-il terkejut terus.
"Ye. Taehyung suka Hara!" aku menjerit kuat sampai satu koridor tu dengar. Kisah apa. Semua orang dah balik. Kot.
"Perlu ke nak jerit? Nak2 ada orang yang tak balik lagi, mampus," ujar Young-il. Aku membuat mata ke atas.
Dalam diam, ada telinga yang terpasang.

Kami menuruni tangga dan keluar dari kawasan sekolah.
"Hara suka dia ke?" soal Young-il. Aku menjungkit bahu.
"Dari kisah yang aku dengar dari Taehyung, Hara macam ada pape dengan Mark. Dorang rapat ke?" soalku. Manalah tahu Young-il ada dengar pape pasal mereka.
"Haah..dorang memang rapat. Aku dengar2 si Hara dan Mark macam syok antara satu sama lain. Jadinyaaaa..kau ada peluanglah Myunghee!" jawab Young-il dengan gembira. Tapi tidak aku.
Aku hanya mengeluh berat. "Young-il...Taehyung still suka Hara walauapapun. Macam mana ni?" ujarku. Young-il memandangku.
"Um..ah! Mungkin kau boleh dapatkan pandangan dari kawan2 dia. Macam favorite food dia ke apa? Kau guna la apa yang kau dapat tu untuk pikat hati dia," Aku memandang Young-il. Bijak juga budak ni. Tapi..siapa yang aku nak tanya?

Keesokan harinya

Aku hanya duduk diam. Pelajar lain sibuk berborak di dalam bilik media ni sementara menunggu cikgu Yerim. Aku mengerling ke arah orang sebelah. Wow. Tak sangka pula mamat ni pun genius.
Dia memandangku. "Wae?" soalnya setelah perasan aku sedang memandangnya. Aku tersengih lalu menggeleng dan pandang ke depan semula. Ah, aku tak kenal sangat budak lain dalam ni. Bercampur2 grade. Grade 1-6.
Dan kebanyakannya muka nerd.
Macam orang sebelah aku dengan specnya.
"Namjoon..awak pun budak nerd ke?" soalku cuba untuk berborak dengan dia. Memandangkan hanya dia yang aku kenal kecuali Junhoe, cold guy dalam kelas aku yang hanya diam di hujung sudut kelas ni.
Namjoon tergelak dengan soalanku. "Yeah, tak sangkakan?" ujarnya. Aku mengangguk.
"Terkejut tengok awak pakai spec," kataku.
"Saya pakai bila dalam kelas je," ujarnya. Aku mengangguk faham. Dalam kelas nerd, luar kelas cool guy ✨. *bintang2*
Aku teringat idea Young-il semalam. Mungkin juga boleh tanya si Namjoon! "Ah.."
Tiba2 cikgu Yerim sampai. Tak sempat aku mahu bertanya pasal Taehyung. Cis. Nanti jelah.

"Siapa yang dah siap boleh hantar," ujar cikgu Yerim. Aku memandang jam. Masih berbaki lagi setengah jam. Soalannya pun agak mencabar. Aku kembali fokus ke arah kertas soalanku. Tiba2, orang sebelahku bangun sambil menyusun kertas2nya dengan rapi lalu berjalan ke depan. WHAT?!
Aku cepat2 menyelesaikan soalan yang masih berbaki sebelum lelaki itu menghilangkan jejaknya.
"Bagus, Namjoon," terdengar pujian cikgu Yerim. Namjoon akhirnya meminta diri dan keluar. Mahu saja aku campak meja di sebelah aku ni untuk menutup pintu keluar tu. Haish!
"Siap!" jeritku tiba2. Semua murid memandang ke arahku. Aku tersengih lalu terus menyerahkan kertasku sebelum berkata apa2 dan cuba untuk mengejar bayang Namjoon. Harap dia tak pergi jauh.
"Namjoon! Namjoon!" panggilku dengan lantang. Tercungap-cungap aku mengejarnya. Nasib dari jauh dia dah dengar.
"Kidaryeo!" kataku.
"Eo, wae?? Gwenchana?" soalnya lalu menghampiriku. Aku berhenti untuk menarik nafas. Nafasku terasa tersekat-sekat saat ini. Aku hanya dapat mengangguk. Setelah seminit berlalu baru aku dapat bernafas dengan baik.
"Saya nak mintak tolong awak," kataku memulakan perbualan.
"Eo, apa dia?,"
"Actually, ah..awak tahu kan saya suka Taehyung? Saya perlukan pertolongan awak, memandangkan awak rapat dengan dia. Tolonglah, Namjoon. Saya merayu. Awak bagitahulah saya apa yang saya perlu buat untuk pikat hati dia," rayuku dengan muka sedih. Asalnya nak mintak pendapat tapi bertukar kisah meminta simpati la pulak. Ah, bantai saje la!
"Ah..tapi Myunghee, perasaan kan tak boleh.."
"Ara! But saya perlu usaha jugak untul pikat dia kan? And I need your help," ujarku. Namjoon menggaru kepalanya.
"Okay..okay. Lagipun saya nak dia lupakan Hara," ujar Namjoon. Aku terdiam. So betul lah? Taehyung suka Hara? Wow. Speechless. Pain. Heart.
"Never mind. I will figure out something for you ok Myunghee?" ujar Namjoon. Aku mengangguk lalu senyuman terukir.
"Thanks! I depend on you," ujarku. Lelaki itu membalas senyumanku lalu beredar. Hah~ nasib baik dia ni baik hati.

waktu makan tengahari

Sedang seronok melepak, tiba2 pintu bilik khas untuk Bangtan Boys diketuk.
"Come in," ujar Suga. ((actually, ayah Suga pengerusi PIBG sekolah ni, tu yang dorang dapat sikit kelebihan dari populariti Suga))
Tersembul wajah gadis yang sangat aku kenali. Aku hanya memandangnya.
"Eo, Myunghee..cari Taehyung ke?" soal J-Hope. Gadis itu tersenyum lalu menggeleng. "Namjoon," ujarnya. Aku terkejut. Aik. Sejak bila dorang ni rapat?
Namjoon bangun dan mereka berdua keluar dari bilik untuk mendapatkan sedikit privasi.

Beberapa minit kemudian, Namjoon masuk kembali ke dalam bilik. Kami semua memandangnya.
"Amboi Namjoon, scandal dengan Myunghee pula ke?" usik Suga.
"Sica nak letak mana?" Jin turut join Suga mengusik. Namjoon hanya tersengih kambing. Aku pula masih menunggu jawapannya.
"Adalah.." ujar Namjoon lalu mengambil tempatnya.
"Sabarlah ya..saingan baru awak ni," Jimin pula mengusik aku sambil mengusap belakang badanku. Jungkook hanya tersengih memandangku. Aku membuat muka dan menunjukkan penumbuk.
Cari pasal pula!

ーーーーーーーーーーーーーーーーーー
let's korean!

nugu- who/siapa
kidaryeo- wait/tunggu
gwenchana- I'm fine/ saya baik

wowoowwowo~~agak apa yang dirancangkan oleh Myunghee dengan Namjoon ni? Macam 'sesuatu' tau!
Kim Taehyung, kau ni sampai bila nak jual mahal? Kesian lah Myunghee! Figure out your true feelings please!!

btw yang dekat media tu gambar sapa agak2?
Yeah, tu diaaa Ae. Hyper, suka main2 tapi pandai martial arts! ok bai.

I'm Yours [COMPLETE]Where stories live. Discover now