chapter 18 - Stay with me

1.9K 163 4
                                    

"Myunghee, bangun,"

Terasa seperti tubuhku digoncang-goncangkan.
Aku terus membuka mata. "WAARGHH!!" aku terus menjerit akibat terkejut apabila wajah Taehyung di depan mataku. Terus aku bangun dari katil.
Dia mengangkat kening. "Wae?!" dia juga terkejut tiba2 aku menjerit. Aku cuba mentafsir apa yang sedang berlaku sekarang ni. Semalam dia tukar jadi Hyu. Aku memeluk tubuh. Tak mungkin ada sesuatu yang berlaku kan?
"Se-semalam...awak bertukar jadi..Hyu dan masuk bilik saya kan?" soalku. Reaksinya terkejut. Seperti yang aku jangka. Dia tak perasan mengenai hal tu.
Tiba2 suasana jadi senyap. Taehyung hanya diam memandang lantai.
"Sebab perkara macam ni lah..saya tak boleh dekat dengan awak, Myunghee," ujarnya. Suasana terus kelam.
"Taehyung..bu-bukan macam tu.." aku menggigit bibir. Aku salah cakap ke?!
"Maafkan saya..mungkin lepas ni awak kena jauhkan diri awak dari saya. Saya harap awak faham," ujarnya lalu terus berlalu keluar dari situ. Aku terkedu. Ah Myunghee! Apasal la mulut kau ni?!! Aku menampar bibir sendiri.

"Saya dah balik," satu suara datang dari arah pintu depan. Aku pula sedang menolong omma Taehyung menghidang makanan.
"Myunghee, pergi panggil Taehyung untuk makan," ujar omma Taehyung. Aku mengangguk. "Nae,"

Aku menjenguk bayang Taehyung. Dia sedang memejamkan mata di atas sofa. Tidur ke?
"Erm..Tae-Taehyung, omma ajak makan," ujarku. Lelaki itu membuka sebelah matanya dan memandangku. "Hm," itu saja jawapannya.

Suasana di meja makan diam saja.
"Dorang balik lambat lagi ke?" Taehyung tiba2 bersuara memandang ommanya.
"Ha'ah..Taera ada kelas tambahan lagi," jawab omma. Aku hanya diam. Tak tahu nak borak apa. Lagipun...aku dengan Taehyung sekarang ni..awkward........
"Macam mana sekolah?" soal omma Taehyung.
"Biasa saja," jawab lelaki itu. Dia mnegerling ke arahku sesaat.
"Ah, Myunghee. Ibu bapa kamu tinggal di Amerika ya?" soal omma. "Ha'ah," jawabku sepatah.
"Kenapa kamu tak tinggal sekali dengan diorang?"
Aku terdiam.
"Se-sebab...saya nak hidup berdikari. Hehe," jawabku. "Eo, macam tu pula," Aku hanya tersengih. Tu semua sebab aku lari dari pertunangan dengan anak doktor yang ANNOYING GILA.
Aku mengerling ke arah Taehyung. Dia hanya buat selamba macam aku tak wujud.
Sakit pulak hati ni.

"Hari ni kamu tak kerja lagi ke Taehyung?" soal ommanya. Taehyung hanya menggeleng sambil matanya tertancap pada skrin tv.
"Semacam je omma tengok kamu hari ni," ujar omma nya lagi.
Taehyung terus bangun.
"Saya nak keluar," ujarnya lalu terus berlalu dari situ.
Sebab aku..ke?
"Pelik betul. Mood nya asyik berubah saje kebelakangan ni," ujar omma. Aku memandang lelaki itu keluar dari rumahnya. Banyak kejadian yang berlaku..

Taehyung ;
Aku hanya memandang ke arah sungai di depanku. Mengalir..dengan tenang. Siapa sangka, seorang yang sentiasa ceria dan gembira di luar, tak semestinya di dalam dia seperti itu juga.
Tak semestinya seseorang yang mempunyai kehidupan yang senang, akan berasa tenang.

"Oh, won't you stay with me?
'Cause you're all I need
This ain't love, it's clear to see
But darling, stay with me"🎶

Aku terus menoleh apabila terdengar suara seseorang menyanyi. Dia berdiri tegak di situ. Tersenyum manis memandangku.

Myunghee ;
"Saya dah bagi amaran kat awak untuk jauhkan diri dari saya," ujarnya sambil memeluk tubuh memandang sungai. Aku melabuhkan punggung beberapa sentimeter darinya.
"Saya tak boleh," ujarku sambil memandang sungai yang tenang membuatkan hati aku juga jadi tenang.
Taehyung memandangku.
"Myunghee, saya ni bahaya, pelik, buat awak sakit, cederakan awak, buat awak takut.."
"Saya tak kisah semua tu. Awak dah selamatkan saya, awak yang tolong saya," aku memandangnya pula. Mata kami bertaut seketika. Aku memandang semula ke arah sungai sambil memeluk tubuh.
"Dan awak yang saya suka," luahku lalu menutup separuh mukaku. Walau banyak kali dirijek pun, aku tetap meluahkan apa yang aku rasa. Kenapalah aku macam ni?
Suasana diam terus.
"Jujur, Taehyung. Saya tak kisah awak ni pelik ke apa ke. Saya terima awak seadanya. Saya cuma tak faham kenapa awak bersikap dingin dengan saya.." ujarku.
"Myunghee, dulu...saya pernah suka seseorang masa grade 1 sekolah menengah. Saya dan Jimin telah dijemput ke majlis hari jadinya. Masa tu saya tak tahu lagi yang saya ada inner self ni. Jadi saya pergi sajalah. Pada mulanya saya dengan Jimin, tapi saya hilangkan diri sebab nak ekori perempuan tu untuk meluahkan perasaan saya. Tapi...dunia saya jadi gelap secara tiba2.
Hyu ambik alih badan saya."

>>flashback

"Somi, awak cantik dan seksi malam ni. Nak tak spend malam kita berdua je?" soal Hyu. Hadiah di tangan Somi terus jatuh ke lantai. Hyu terus mendekati Somi sehinggalah gadis itu tak dapat melarikan diri.
"Taehyung, saya tak sangka awak macam ni. Tolong jangan muncul lagi depan saya! Keluar dari rumah saya!" air mata gadis itu sudah bertakung. "Oh really my dear? How about a little  kiss before saya balik?" Hyu terus menyentuh gadis itu tanpa teragak2.
"Pergi pervert guy!" jerit Somi lagi sambil menepis tangan lelaki di depannya.
"Taehyung!"

"Dan tiba2 Jimin muncul. gadis itu pula dah terduduk sambil menangis masa saya bertukar jadi diri sendiri balik. Kawan2 dia terus tengking saya dan Jimin terus ajak saya balik. Sejak tu...saya dah tak berani nak dekati mana2 perempuan, confess atau ada apa2 hubungan istimewa. Sebab diri saya sendiri. Saya tak nak perkara tu terjadi lagi," jelas Taehyung membongkarkan rahsia lamanya.
"Saya dan Jimin pindah sekolah lepastu sebab cerita tu dah tersebar ke seluruh sekolah," sambungnya lagi. Aku terdiam mendengar ceritanya. Tragik sungguh sampai kena pindah sekolah. Tapi siapa sangka, Jimin memang seorang kawan yang setia juga.
Beberapa saat suasana jadi sunyi.
"Saya takut...awak akan bencikan saya, Myunghee," ujarnya lagi.
Ayat terakhirnya itu membuat aku terkejut. Tak sangka pula dia fikirkan tentang aku?
"Hara? Awak rapat dengan Hara?" soalku. Dia memandangku. Kemudian memandang depan semula.
"Tu just..dia nak balas budi saja. Sebelum ni juga saya jadi bodyguard dia lepas balik sekolah. Dia tetap terus-terusan buat baik dengan saya. Jadi makin lama kami makin rapat tapi taklah serapat yang orang lain sangkakan. Sekarang ni pun..dia dah jauhkan diri dari saya," ujar Taehyung lagi.
"And saya tak. Saya masih di sini bersama awak, Taehyung. Don't you see me?" soalku. Dia terkedu memandangku.
"Dan mungkin awak juga akan lari dari saya, benci saya juga nanti," ujarnya lagi. Aku mengeluh. Even kalau seribu kali aku confess kat dia pun dia tetap tak faham ke perasaan aku ni?
Paranoid lah mamat ni.
Aku terus mendekat dengan Taehyung. Dia terkejut. Aku tergelak. Teringat kali pertama aku confess kat dia. Reaksi yang sama.
"Nope. Saya takkan ke mana2. Lagipun, saya suka setiap yang ada dalam diri awak. Dan bagi saya, awak pun macam orang lain cuma special sikit," ujarku lalu memandang ke arah sungai semula.
Dari ekor mata aku, dia tak mengalihkan pandangannya dari wajahku. Tak expect ke aku akan cakap macam tu? Beberapa tika kami hanya mendiamkan diri.
"Myunghee..." selepas 2 minit, lelaki itu mula bersuara.
"Hm??"
"Hari tu saya menang. Saya boleh mintak apa saja kan?" soalnya.
"Yes. Jadi awak dah fikirkan ke?" soalku.
"Dah..dan sa-saya rasa..sa-saya nak awak,"
Mataku terbeliak memandang Taehyung. Lelaki itu pura2 batuk sambil mengerling sekilas.
Bunga..rama2...seindah itu perasaanku. Tak, perasaan kami berdua yang mula memekar.

Siapa sangka? Aku dapat lembutkan hati singa?

_________________________

tajuk lagu Myunghee nyanyi dengan kat media: Stay with me-Sam smith. my fav!!

I'm Yours [COMPLETE]Where stories live. Discover now