chapter 7 - sleeping beauty

2.7K 197 4
                                    

"Serious ke, Myunghee?!" soal Young-il sambil menghentak mejaku. Aku menghentak kepala Young-il.
"Diam lah sikit! Buat malu jelah!" kataku sambil menggigit bibir. Young-il ni memang kecoh betul la.
"Aku cuma mintak tolong. Tak salah kan?" kataku sambil mengunyah gula2 getah. Young-il membuat smirk face.
"Mula2 tolong-menolong lama2 cinta bercinta pula. Hahahaha!" ujar Young-il dengan tawanya yang besar. Satu kelas duk memandang kami je dari tadi.
"Hei hei, apa cerita?" soal Tzuyu yang baru datang bersama Taegi ke meja kami. Aku hanya menggeleng. "Dia ni gila," kataku menuding ke arah Young-il. Young-il menggeleng kepala.
"Tak lama lagi akan ada cinta yang berputik!" ujar Young-il gembira. Tzuyu dan Taegi rakan gosip dia.
"Wahhh, betul ke Myunghee? Dengan siapa?!" soal Taegi. Aku menggeleng-geleng. "Dengan....." Young-il pula mahu membocorkannya.
"Myunghee~!" tiba2 satu suara memanggil.
Serentak satu kelas memandang ke arah pintu.
"Jackson?" soalku. Kebanyakan perempuan mula bising2. Lelaki itu mendekati kami.
"Hi," ucapnya dengan nada menggoda. Tzuyu dan Taegi dah ternganga.
Aku buat2 baca buku. Jackson terus merampas buku yang dipegang oleh aku.
"Nak apa?" soalku keras. Lelaki itu masih tersenyum suka.
"Jom keluar harini?" soal Jackson. Aku menggeleng semahunya.
"Saya busy," jawabku pendek.
"Makan ice-cream?" soalnya masih tak mahu mengalah. Aku menggeleng lagi.
"Theme park?" dia masih menyoal. Aku menggeleng lagi tanda tidak berminat.
"Myunghee.."
Aku terus bangun dan keluar dari kelas. Rimas dengan perangai Jackson. Itu yang aku rasakan. Jackson, cukuplah sekali kau melukakan hati aku.

"Dengan Jackson ke?" soal Tzuyu apabila Myunghee dan Jackson keluar dari kelas mereka.
Aku menjungkit bahu. Jackson... satu lagi masalah bagi Myunghee.

"Myunghee! Myunghee!"
aku menoleh ke belakang. Jackson menjerit namaku dan mengejarku. Aku terus berjalan laju di kaki lima itu. Bila ternampak satu lorong gelap, aku terus melalui lorong itu. Lorong bawah tanah. Terdapat bilik gym, kolam renang dan bilik stor mungkin. Aku terus menghilangkan diri di sebalik bilik stor yang tak berkunci tersebut. Bilik stor ni agak tersorok memandangkan ia terletak di hujung lorong bawah tanah.
"Myunghee?" suara Jackson jelas di dengari menandakan dia juga sudah turun ke lorong bawah tanah. Aku mengintai dari lubang2 kecil pada pintu bilik stor tersebut. Lelaki itu seperti buntu.
"Ah..sejuknya bawah ni. Lorong apa ni?" omel lelaki itu sendiri yang dapat didengari oleh aku. Lelaki itu sudah memeluk tubuh. Mahu saja aku menggelakkannya saat ini.
"Myung..myunghee?" Jackson seperti terpinga-pinga.
"Ah...seram sejuk pula di sini," Jackson yang kuat berfikir bukan2 terus blah sambil memeluk tubuh. Lelaki itu memang penakut dari dulu!
Aku tersengih lalu membuka lampu. Tapi memang agak seram sebab lorongnya cahaya samar2. Tapi bagus kalau nak lari dari Jackson.
Bila lampu terbuka, jelas kelihatan bilik yang aku anggap stor. Ni stor ke? Sepahnya mungkin stor, terdapat loker lama, barang2 membersih. Tetapi terdapat juga guitar, kotak2 pizza dan chess di atas meja, tampalan2 seperti di bilik remaja. Ini bilik stor ke bilik kelab???
Tiba2 aku terpandangkan sebuah sofa yang terdapat selimut terbungkus di atasnya.
Ma..mayat ke tu?!
Perlahan-lahan aku mendekati benda tersebut. Seperti satu susuk tubuh. Tapi...mungkin juga hanya barang. Perlahan-lahan aku menarik selimut yang membaluti bungkusan tersebut.
"Ahhhh! Mayat!!!" jeritku.
"Mayat?! Ha?! Mana?! mana?!!!" mayat tersebut terus melompat bangun. Mataku terbeliak.
"Awak rupanya?!" kataku. Badan ku sudah tersandar di pintu. Lelaki itu memandangku. "Saya? Saya mayat? Saya dah mati ke?" soalnya pula. Aku terus membaling kon mini ke atas kepalanya. Tah dari mana aku sempat mencapainya. Dia mengaduh kesakitan.
"Okay, awak masih hidup," jawabku selamba. Dalam hati dah ketawa terkekek-kekek.
"Yah, sakitlah!" ujarnya. Tawaku terus pecah. Ha, siapa suruh buat aku terkejut.
"Apa awak buat kat sini?" soal Kim Taehyung. Aku berhenti ketawa.
"Awak tu la. Apa yang awak buat kat sini?" soalan berbalas soalan.
"Saya tengah menikmati tidur saya," katanya lalu kembali duduk di atas sofa merah tersebut.
"Ooh. Ponteng ya," kataku.
"Aniyo! Mana ada! Saya penat lah. Saya nak rehat," jawabnya lalu selamba berbaring dan menarik selimutnya. Aku menggeleng kepala.
"Saya tunggu kat depan pagar balik nanti. Jangan lupa," kataku mengingatkan dia. Yelah, dia ni bukan boleh percaya. Taehyung yang berbaring membelakangi aku hanya mengangguk kecil.
"Dengar tak?" soalku lagi. "Hmm," jawabnya pendek.
Aku memandangnya dan terus keluar dari bilik stor tersebut.

I'm Yours [COMPLETE]Where stories live. Discover now